BAB 46 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

369 15 0
                                    


Dia mundar-mandir di ruang tamu apartmentnya. Jarinya digigit. Andra berasa kusut memikirkan perkara yang semalaman difikirkannya. Apa benar lelaki itu merancang untuk merosakkan hidup orang? Dia tidak menyangka sejauh itu jahatnya Zarith! Dia tidak sengaja terdengar perbualan antara lelaki itu dengan adiknya Zarul.

Ah! Apa yang harus dilakukan? Andra tahu dia mesti menghalang perkara itu dari berlaku atau dia akan menanggung rasa bersalah seumur hidupnya jika rancangan jahat Zarith berjaya.

********************

Matanya dibuka perlahan. Cahaya menerobos masuk dari balik tirai yang separuh terbuka menyakitkan mata. Elise menguap lebar. 'Dah pukul berapa ni??' Benar kata Akbar, pantang letak sahaja kepalanya, mulalah rohnya melayang dari tubuh. Kebelakangan ini, jika dia tidur, jarang sekali mimpi hendak menjengah tidurnya. Tahu-tahu, sudah 6.00 pagi.

Tangannya meraba ke sebelah. Kosong. Bibirnya menguntum senyum. Elise mengubah kepalanya dari bantal tidurnya ke bantal Akbar. Dia mencium bantal itu. Hmm...bau Akbar.  Akbar pasti sudah ke Great Pan's. Dan Elise akan ke sana pada sebelah petang. Sebelah pagi dia akan berada di rumah.

"Cium bantal buat apa? Cium tuannya kan best?" suara Akbar mengejutkan Elise. Dia pantas berpaling lalu bangun duduk. Akbar mendekatinya.

"Eh! Ingatkan keluar?" sapa Elise, gembira melihat lelaki itu terpacak di hadapannya. Dapatlah menjamu mata melihat wajah Akbar sejenak lagi.

Di tangannya, Akbar sedang menatang sebuah dulang. Hah! Elise dah boleh masak beberapa hidangan mudah. Apa nak susah, chef di depan mata! Akbar juga tidak jemu-jemu mengajarnya.

"Lewat sikit hari ni. Sebab nak serve my princess a breakfast in bed..." dulang sarapan diletakkan di hadapan Elise. Satu kucupan dihadiahkan di dahi Elise. Hangat.

"Thanks sayang." Ucap Elise tersenyum lebar.

"Your welcome!" balas Akbar mendekatkan pipinya kepada Elise menuntut penghargaan.

"Naughty!" Elise mengucup pipi lelaki itu. Akbar ketawa kecil sebelum duduk dan menuangkan sirap maple ke atas telur hancur Elise.

Telur dicuck dengan garfu. Sesuap masuk ke mulut Akbar. 

"Sepatutnya Elise yang sediakan sarapan untuk abang. Ini dah terbalik!" ujar Elise meneruskan suapannya. Lelaki itu membelek-belek buku Elise yang selalu dibaca isterinya sebelum tidur. 

Sesudu lagi tersua di hadapannya. "Abang masak untuk Elise. I had my latte already." ujar Akbar. Tetapi tetap membuka mulutnya apabila Elise sudah mengangkat sebelah keningnya lagak mengarah. 

"Good boy!" seru Elise tersengih melihat Akbar mengunyah. Lelaki ini. Kalau dah mula bekerja, makan pun dia lupa. Ah! Apa kurangnya dia sebelum ini? Syukurlah sekarang makan minumnya terjaga oleh lelaki di hadapannya ini. Dan Elise mahu menjaga Akbar sebaik itu juga.

"Best ke buku ni?" soalnya sambil meletakkan buku itu ke tepi tetapi tidak menunggu Elise menjawab. "Sayang, abang tak kisah. Elise pun tahu kan betapa abang suka masak. Eleh! Setakat nak sediakan sarapan macam ni, pejam mata ajelah." Jawabnya bergurau.

"Berlagak!" Elise mengejek. Akbar hanya ketawa.

"Elise, abang sibuk hari ni. Nak kena pergi port sebelah petang. Mungkin lama. Maybe I can't fetch you like usual. Tapi abang call Elise dulu apa-apa pun. Abang akan cuba untuk habiskan kerja cepat." Akbar memberitahu. Kalau ikutkan kesibukkannya hari ini, mungkin dia tidak sempat makan pun!

Elise sedang mengunyah sarapannya mengangguk-angguk, faham. "Takpe, I can take cab."

"Are you sure?" tanya Akbar. Dia berasa risau teramat jika Elise hilang dari pandangannya walau sekejap. Sebab itulah dia tidak kisah langsung berulang-alik mengambil Elise pada setiap petang. Dan kerana itu jugalah dia menyuruh Elise berhenti dari bekerja di kedai bunga.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now