Mata Akbar mencerlung melihat skrin telefonnya.
"Ini aje mesej dia. Melampau!" dia mencapai kunci motornya dan memecut laju. Dia mahu ke Sweet Florist! Terbayang-bayang di ruang matanya mesej pendek tidak bermakna itu.
'Saya cuti hari ni dgn esok. Lama tak cuti. Sorry. K bye!'
*****************
Bentley Mulsanne berhenti di hadapan kedai bunga itu. Mujur tempat letak kereta itu baru sahaja dikosongkan. Seorang lelaki dari tempat pemandu keluar agak tergesa-gesa menuju ke dalam kedai. Elise yang sedang menyusun bunga di atas rak terkejut melihat pemandu daddynya.
"Non Elise, non mesti ikut saya sekarang." Ujar lelaki itu kepada Elise. Suaranya kedengaran panik.
"Pak Hardi? Macam mana tahu saya kat sini?" tanya Elise hairan. Pasti daddy sudah mengupah orang mengekorinya, kalau tidak tentu Pak Hardi tidak akan terpacak di sini.
"Nanti aja saya jelasin ke Non Elise dalam perjalanan. Udah telat," ujar Pak Hardi cemas. Sudah lama tidak bertemu dengan anak majikannya ini. Hampir dua tahun. " Pasal daddy ke?" tanya Elise cemas.
"Ya, non!" jawab Pak Hardi sebelum terburu-buru keluar dari situ.
Elise lekas-lekas memberitahu Aunty Kaur dan terus meninggalkan kedai bunga itu. Dia tidak nampak sebuah Ducati Monster 696 menderu melepasi kereta kelabu itu. Dan dari jauh tadi Akbar sudah melihat gadis itu berlari keluar dari kedai bunga sebelum pantas menaiki kereta. Akbar membuat pusingan U dan memecut mengekori kereta itu. Dia penasaran!
Pak Hardi memandu laju menuju ke sebuah hospital. "Teruk ke keadaan daddy?" tanya Elise. Baru semalam bertemu Tan Sri Mokhtar, hari ini lelaki itu terlantar di hospital pula.
"Cemas juga dibuatnya, non. Serangan jantungnya kali ini nggak seperti biasanya."
Elise terpempan. Sejak bila daddy mempunyai masalah jantung? Ya Allah...air matanya bergenang.
********************
Elise menolak pintu wad itu perlahan. Nampaknya Tan Sri Mokhtar sedang menghadap iPad. Nampak sedang berkomunikasi dengan seseorang. Tan Sri Mokhtar mengalihkan pandangannya ke arah pintu. Serta-merta dia terdiam.
"Gerard, I'll have to call you back." Ujar Tan Sri Mokhtar.
"Yes, Tan Sri." Balas suara itu. Dia meletakkan iPadnya ke tepi. Nafasnya ditarik dalam lalu dihembus kasar.
"Assalamualaikum, Tan Sri." Sapa Elise perlahan. Tan Sri Mokhtar menjawab perlahan. Dia membuka cermin matanya. Matanya melihat ke luar tingkap.
"Bibik Ati tak boleh langsung simpan rahsia!" rengusnya.
"Dah sakit macam ni pun nak masih bekerja lagi?" sapa Elise mendekati Tan Sri Mokhtar. Dia berdiri di hujung katil. Memehati daddynya yang sudah nampak berumur itu.
"Kerja banyak. Bukan macam sesetengah orang, takde tanggung jawab." Balas Tan Sri Mokhtar mendatar. Elise terasa menyucuk di ulu hatinya. Tetapi tidak membalas. 'Kang ada yang kena serangan jantung buat kali kedua!
"Kesihatan pun kena jaga jugak." Balas Elise. Tan Sri Mokhtar merengus geram.
"Why are you here?" tanya Tan Sri Mokhtar tanpa berbasa basi.
"I'm not sure." Itulah yang dirasakan. Apa sebenarnya yang dia buat di sini? Adakah kerana simpati, atau dasar tanggung jawab?
" Nak makan kat kantin hospital kot." balas Elise menambah.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
Roman d'amourMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...