BAB 30 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

442 19 1
                                    


"Awal kau sampai hari ni Ajit?" sapa Akbar sambil mengeluarkan kunci dari poketnya. Selalunya Ajit hanya datang tepat-tepat waktu sebelum jam 10.00 pagi.

Hati Akbar kurang senang sedikit pagi ini. Entah kenapa. Tadi dia membawa Haikal ke rumahnya dan meminta Chik pembantu rumah yang hanya bekerja pada waktu siang sahaja supaya menjaga Haikal sehingga dia pulang malam nanti.

"Tayar motor pancit bos, kena tumpang Jiji." Jawab Ajit tersengih.

"Sonja, kejap lagi kau..." sebaik sahaja pintu dapur ditolak, arahan kepada Sonja hilang ditelan angin apabila mata terbeliak Akbar menangkap imej kejam di hadapan matanya. 

"Siapa punya kerja ni?"

"Bos nak suruh saya buat apa?" Sonja bertanya apabila Akbar terdiam begitu sebelum dia menjenguk dari balik bahu Akbar. Sonja juga kehilangan kata-kata apabila suasana dapur tidak seperti yang mereka tinggalkan semalam. 

Sonja menjerit lantang. Periuk, peralatan memasak yang lain, habis bersepah di lantai. Dapur yang selama enam hari seminggu di hadapnya, kini terkopak-kapik ditetak.

"Weh! Kenapa ?" Ajit, Jack, Jiji dan King yang masih berbual di luar lekas-lekas masuk ke dalam apabila mendengar Sonja menjerit begitu. Sangka mereka mungkin ada ular atau serangga. Sonja memang takutkan kedua-dua jenis makhluk itu.

"Ya Allah! Apa dah jadi ni?" ujar Jimmy yang baru tiba di situ. Sherry dan Yani yang juga kelihatan di situ. Semuanya kelihatan terkejut dan bungkam melihat keadaan tempat mencari rezeki mereka dibuat khianat begitu. Seperti tiada ruang yang tidak disepahkan.

Akbar berjalan merentasi lantai yang dilitupi pelbagai barang itu. Walau sudah diagak apa yang bakal dia lihat, Akbar tetap juga menolak pintu yang memisahkan ruang hadapan dan bahagian dapur itu. Dia masih membisu seribu bahasa. Hatinya sakit hingga lidah pedasnya menjadi kelu. Orang yang bertanggung jawab mesti menerima balasan!!

"Korang jangan kemas apa pun! Sentuh pun jangan. Hari ni, Great Pan's tutup. Sesiapa nak balik, boleh balik. Aku nak pergi balai!" ujar Akbar keras kepada sesiapa yang mendengar. 

Nampaknya semua pekerjanya semua berada di ruangan itu juga, melihat dan mengagak sebanyak mana kerosakkan yang berlaku. Akbar terus keluar dari situ menyarung kembali jaketnya. Motornya dipecut laju menuju ke balai polis. Dia memang marah. Dan mungkin dapat mengagak siapa punya angkara. Lelaki yang dibelasahnya dua hari yang lalu kemungkinan besar adalah jahanam yang hampir meranapkan restorannya hari ini!

"Korang baliklah. Aku tunggu sini." Ujar Sonja mendatar. Dia duduk di kerusi yang tidak dipatahkan oleh penjahat-penjahat itu. Ya, memang bukan kerja seorang diri untuk melakukan kerosakkan boleh dikatakan seluruh restoran. Kasihan sungguh kepada Akbar.

"Aku pun nak duduk sini. Nah kunci, Jit. Kau baliklah dulu. Aku nak tunggu bos," Ujar Jiji menyerahkan kunci kepada adiknya. Jiji hanya melabuhkan punggungnya di lantai. Tiada sesiapa yang menyentuh apa-apa yang mungkin terdapat bahan bukti. Ajit tidak menyambut kunci dari tangan abangnya.

"Habis aku balik dan tinggal Great Pan's macam ni? Aku pun nak tunggu." Ajit menolak sambil meninjau-ninjau sekitar. Baginya, jika dia pulang, samalah kejamnya juga seperti orang yang membuat Akbar begini.

"Nak balik?" tanya Jimmy kepada isterinya yang pantas menggeleng sedang dia sendiri juga tidak terasa nak pulang. Yani juga tidak berganjak, hanya mendiamkan diri.

"Yani ke belakanglah." Yani meminta diri. 

"Akak pun sama." Sahut Sherry. Mereka lantas meninggalkan ruang hadapan. Nampaknya tanpa 'Close' yang dialihkan Jimmy semalam, hari ini akan kekal 'Close' juga. Juga hari-hari seterusnya jika dilihat pada kerosakkan itu. Suasana suram dan senyap menyelubungi ruangan itu.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now