BAB 43 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

418 13 0
                                    

"Mama, itu apa?" jari kecilnya menuding ke arah bulatan besar, dari kejauhan nampaknya sedang berpusing perlahan.

Puan Sri Fazira menoleh ke arah yang ditunjukkan oleh Haikal. Spontan bibirnya menguntum senyum. Tangan sempat mengusap kepala anak itu.

"Itu, Eye of London. Kerusi buai macam di funfair tu. Takpe, nanti lepas hantar kak Rin ke kolej dia, kita naik benda tu ya?" ujarnya lembut. Tidak susah untuk menyayangi Haikal kerana dia memang anak yang baik. 

"Eh..ada pulak nak tinggal Rin? Nak naik jugak!" rengek Arina berpura-pura merungut.

"La...nak ikut jugak ke? Kan awak tu boleh naik hari-hari," sampuk Tan Sri Imran di kerusi hadapan sebelah pemandu.

"Alah papa ni. Mana nak sama, hari ni kan ada Haikal." Balas Arina. 

 "Yalah, yalah, lepas letak beg-beg Rin, kita pergilah. Puas hati?!" sergah Puan Sri Fazira menjegilkan biji matanya. Haikal ketawa melihat wajah ibu angkatnya itu. Tidak lama kemudian, mereka tiba di kolej Arina.

"Haikal, inilah kolej kak Rin. Nanti besar, kalau Haikal nak, papa boleh hantar Haikal belajar kat sini." Ujar Tan Sri Imran.

Haikal tersenyum lebar. Dia teruja hinggakan, semasa di atas kapal terbang berbelas jam tadi pun hanya sekejap sahaja dia tidur, sedangkan Arina di sebelahnya hanya terjaga sejurus kapten mengumumkan yang mereka telah tiba di Lapangan Terbang Heathrow.

 Kepalanya asyik berpusing-pusing ke sana-sini menikmati pemandangan yang seumur hidup tidak pernah dilihatnya. Keadaan musim bunga di sini memang sangat cantik sekali suasananya.

Mereka juga melawat tempat-tempat lain di segenap kota London. Haikal berasa sungguh seronok menikmati saat indah di dalam hidupnya. Mereka juga mengunjungi tapak purba Stonehenge berdekatan dengan Wiltshire yang berdiri tegap walau sudah berusia ribuan tahun.

Kemisterian binaan yang dikatakan dibina pada Zaman Gangsa itu masih dikaji. Puan Sri Fazira melihat sahaja Arina dan Haikal yang berjalan-jalan di sekitar Muzium Madame Tussauds yang menempatkan patung-patung lilin selebriti serta orang-orang yang terkenal dalam saiz yang sebenar. Dari kejauhan terdengar suara ketawa mereka. Pasti ada sahaja yang diusik Arina kepada adiknya. 

Puan Sri Fazira menoleh sebentar ke sisinya. Tan Sri Imran kelihatan merenung ke arah anak-anak mereka juga.

"Terima kasih papa." Ucap Puan Sri Fazira, lembut. Tan Sri Imran berpaling ke arah isterinya.

"Kenapa?" tanyanya pendek.

"Sebab setuju ambil Haikal jadi anak angkat kita." Jawab wanita itu.

Tan Sri Imran tersenyum kecil. "Papa buat kerana mama pada mulanya." Melihat kerutan kening isterinya, Tan Sri Imran menyambung. 

"Then, papa dapat lihat Haikal anak yang baik. Tak salah kita jaga dia. Dan papa rasakan, Allah temukan kita dengan dia sebagai ganti anak kita yang telah pergi." hati-hati Tan Sri Imran bertutur. Bimbang melukakan hati isterinya.

Mata Sri Sri Fazira sedikit basah. "Betul pa. Mama pun rasa macam tu jugak."

"Dah la ma. Jangan nangis." Tan Sri Imran menyeka air mata isterinya dari menitis.

"Nanti-nantilah romantik, kitorang dah lapar!" seru Arina entah dari mana. Haikal di sebelahnya tersenyum teruja. Habis satu muzium Arina membawanya berjalan-jalan. Sempat lagi kakaknya mengusiknya dengan patung-patung yang ada di situ.

Puan Sri Fazira tersenyum. "Yalah, jom kita makan." Ajaknya. Arina dan Haikal berjalan dahulu. Tan Sri Imran mencapai tangan Puan Sri Fazira dan memimpinnya. Wanita itu tersenyum senang.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now