BAB 32 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

384 17 2
                                    


Akbar sedang melihat kerja-kerja menurunkan meja dan kerusi dilakukan oleh pihak kedai perabot dari atas lori. Tadi di dapurnya ada sedikit kekecohan apabila dapur yang masih elok tiba-tiba mengeluarkan bau gas yang sangat kuat. 

Nasib baik King cepat-cepat menutup kepala gas. Hampir setengah jam juga kerja-kerja mengemas tergendala sehingga bau gas hilang dari dalam dapur.

Tidak jauh darinya kelihatan Elise sedang mengelap dinding cermin. Mulutnya kelihatan sedang berceloteh dengan Sherry, ceria benar wajah gadis itu. Sehari lagi gadis itu datang awal ke Great Pan's semata-mata untuk menolongnya.

Tanpa dirancang, matanya beradu dengan Elise. Elise tersenyum lebar kepadanya dan mengerutkan hidung, nakal. Akbar tersengih melihat perilaku comel begitu. Kata-katanya dua hari lepas seperti mimpi kerana Elise kelihatan tenang-tenang sahaja.

Keadaan di bahagian hadapan sudah hampir seperti sedia kala. Meja dan kerusi diatur di tepi dinding dahulu sehingga habis lantai di mop. 

"Hmm...kita rehatlah dulu. Aku belanja makan kat luar." terdengar sorak-sorai kegembiraan mereka akan dibelanja makan oleh lelaki perengus itu.

Belum habis kata-kata Akbar loceng pintu berbunyi membuatkan kepala masing-masing menoleh spontan untuk melihat siapa yang masuk. Masing-masing hairan melihat lelaki bersut kelabu kemas tanpa tali leher, melangkah masuk ke Great Pan's yang tertera di pintu masuk itu tanda 'Close'. Wajahnya kelihatan tidak beriak, hampir tidak menunjukkan sebarang emosi.

"Encik, kami tutup hari ni." ujar Sherry kalau-kalau lelaki itu tidak perasan.

"I saw the close sign. I'm here to see my son." Pendek kata-kata lelaki itu. Masing-masing berpandangan sesama sendiri penuh tanda tanya 'bapak siapa pulak ni?' seumur hidup mereka tidak pernah mereka nampak lelaki itu.

Menghilangkan suasana janggal itu, Akbar bangun berjalan ke arah lelaki itu. "Mari kita duduk, papa..." perkataan papa dari bibir Akbar menjelaskan semua perkara.

*****************

"Dah siasat siapa dalang semua ni?" tanya Tan Sri Imran. Matanya ditebarkan ke sekeliling tempat itu yang masih tidak kemas.

"Masih dalam siasatan. Akbar dah serahkan semuanya pada polis." Jawab Akbar. Dia tidak menyangka akan dapat bercakap dengan papa dalam keadaan yang aman begitu. Rasanya terlalu lama.

"Ada Akbar bermusuh dengan sesiapa ke sampai nak buat khianat begini?" tanya Tan Sri Imran lagi. Dia mengacau-ngacau minumannya dengan straw.

"Rasanya tak ada. Cuma maybe ada pelanggan yang tak puas hati dengan Akbar." Balas Akbar.

"Papa ada dengar dari mama yang Akbar pukul a costumer few days ago. Ada kemungkinan dia ke yang buat semua ni?" Tan Sri Imran terus-menerus bertanya.

"He deserved what he got." Akbar memberikan jawapan dengan nada puas. Masih diberi amaran, lelaki muda itu masih juga cuba mengganggu Elise. Rasakan penangannya, dan apa yang Akbar dapat jika benar lelaki itu yang membuat Great Pan's begitu, memang setimpal dengan perut dan wajah yang lebam lelaki muda itu dapat.

"Papa akan tolong Akbar. Beritahu papa, berapa Akbar nak guna duit. I'll give it to you, right now." Tan Sri Imran mengeluarkan buku cek dan diletakkan di hadapannya.

Akbar tersenyum kecil namun sinis. Setelah hampir empat tahun, baru hari ini Tan Sri Imran Haikasy sudi melangkah masuk ke situ. Akbar yang gembira pada mulanya bertukar berang. 'Ada meatball di sebalik spaghetti!'

"What's the catch?" sudah terlalu lama Akbar mengenali Tan Sri Imran untuk tidak mengetahui apa sebenarnya di sebalik tawaran durian runtuh papanya itu.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now