"Daddy tanya, apa kamu buat di sini?" Tan Sri Mokhtar mengulangi pertanyaannya. Elise menguatkan hatinya. Berdepan dengan lelaki yang seorang ini memerlukan kekuatan mental yang kuat.
"Oh, sajalah datang nak makan free. Datuk Mokhtar...oh, maafkan saya. Tan Sri Mokhtar...pasti sibuk kan? Tapi masih ada masa untuk datang ke majlis kahwin, oh my bad...Mesti untuk perniagaan Tan Sri yang penting tu. Okeylah, tak nak buang masa Tan Sri. Have a good night!" sinis Elise menegur daddynya. Hatinya sungguh dingin sekali. Elise terus berlalu dari situ.
Tan Sri Mokhtar tidak berkata apa-apa. Panggilan Tan Sri yang keluar dari mulut Elise menyentap naluri kebapaannya. Namun, Tan Sri Mokhtar tidak terus menghalang langkah Elise. Dia hanya memerhatikan anaknya yang kian menjauh itu. Kesal.
"Kau dah makan ke?" tepukan di bahunya menyedarkan di mana dia berada. Senyuman lebar Datuk Vikram memenuhi pandangannya. Tan Sri Mokhtar membalas agak hambar.
"Dah. Meriah majlis kau ni, Vikram. It's very beautiful!" puji Tan Sri Mokhtar.
"Anak aku tinggal Sonja seorang saja yang belum kahwin. Itu yang meriah lebih sikit. Perempuan tunggal pulak." Balas Datuk Vikram, tersenyum gembira. "Make your self at home, ya. Aku minta diri sekejap."
Tan Sri Mokhtar hanya mengangguk. Hatinya kembali terkilan dengan penerimaan anak tunggalnya. Memikirkan juga adakah sempat majlis yang sebegini meriah juga diadakan untuk meraikan pernikahan Elise suatu hari nanti.
Tan Sri Mokhtar ingin Elise pulang semula ke rumah. Tiada tempat lain yang lebih baik untuk anaknya berada selain dari dekat dengannya. Dan dia tidak tahu bagaimana hendak mengembalikan keadaan kepada yang sepatutnya.
Terasa Eliselah yang sepatutnya meminta maaf darinya, tetapi terfikir yang dia juga turut bersalah kerana selalu memaksa Elise mengikut telunjuknya. Dia tidak betah lagi di sini. Segera Tan Sri Mokhtar mencari Datuk Vikram untuk memberitahu yang dia mahu pulang.
"Kenapa dengan kau?" tanya Akbar setelah Elise dapat dikesan. Dia melihat Elise tadi sedang bercakap-cakap dengan seorang lelaki yang agak berumur. Tetapi sekejap sahaja sebelum Elise meninggalkan lelaki itu sendirian dengan wajah yang kecewa. 'Adakah lelaki tua itu cuba mengurat Laila?'
"Takde apa-apa." Jawab Elise. Dia berusaha memaniskan wajahnya. Mengambil sekeping entah apa namanya dari pinggan yang dipegang Akbar. Manis! Sedap pula sebelum mencapai sekeping lagi. Kuih goreng nipis yang disalut gula aising. Akbar hanya membiarkan kerana memang dia mengambil makanan itu untuk dikongsi. Dia rasa Elise cuba menyembunyikan sesuatu darinya. Tetapi tidak mahu bertanya hanya membiarkan gadis itu menenangkan diri.
"Pak cik tua tadi tu nak mengorat kau ke?" tanya Akbar apabila mereka selesai mentertawakan King yang dipaksa menari tarian Punjabi yang menggunakan dua batang kayu pendek diketuk-ketuk antara satu sama lain, oleh Jack, Ajit, Jiji, dan Jimmy. Kekok namun serasi setelah membuat beberapa gerakan janggal. Sebelum mereka semua menari.
"Takdelah! Dia tanya toilet aje." selamba dia menipu. Akbar menggeleng-gelengkan kepalanya, tahu yang gadis itu berbohong.
Tidak sempat dia bertanya, Sherry datang menarik tangan Elise. Jimmy pula muncul dan menarik Akbar ke lantai tarian.
"Mana boleh korang duduk dating kat sini!" seru Jimmy, ketawa besar. Akbar dan Elise hanya mengikut sahaja. Dapat juga Elise melepaskan diri dari menjawab soalan-soalan Akbar.
Mereka berseronok sehabis mungkin dalam majlis Sonja yang meriah itu. Kelakar lagi melihat nenek Sonja yang turut menari di kalangan mereka. Sonja tidak lama meninggalkan rakan-rakannya sambil melayan para tetamu, masih sempat berhibur dengan meraka.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...