BAB 5 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

507 15 0
                                    

Akbar memarkir Ducati Monster 696nya di tempat letak motor di belakang kedai. 

Kunci di poket diambil dan ditolak ke dalam lubang kunci mangga grill dan kemudian kunci di pintu dapur pula. Elok sahaja kakinya melangkah masuk di pintu dapur tadi, dia menangkap bunyi orang ketawa kecil. Bukan seorang tapi lebih. Mungkin dua. 

Bulu tengkuknya meremang sekejap memandangkan jam menunjukkan pukul 5.00 pagi. Bunyi berderang yag tiba-tiba datang dari bilik pejabatnya menunjukkan bukan si gentayangan, tetapi makhluk yang ada akal dan nafsu. 

Mungkin pencuri...dia membuka pintu pejabatnya perlahan-lahan. Dan, mungkin juga dua ekor manusia yang berperangai seperti babun yang mabuk asmara!

" WHAT THE FUCK ARE YOU DOING?!!" jerkahnya sekuat-kuat hati.

Si perempuan yang pakaiannya hampir semua terlondeh, dan lelaki yang hanya memakai boxer bingkas bangun dari sofa dua tempat duduk, kelam-kabut memakai semula baju dan seluar. Mereka kini sedang berhadapan bukan lagi dengan Akbar, tetapi singa yang kelaparan! 

" Err..boss..err...kami tak buat apa-apa. Betul, just talking!" tergesa-gesa gadis itu menutupi badannya dengan blaus. Dia benar-benar terkejut. Setahunya, hari Sabtu begini Akbar akan datang lewat ke Great Pan's dan para pekerja yang lain hanya akan pada pukul 10.00 pagi sebelum Great Pan's memulakan perniagaan pada jam 11.00 pagi. 

Sebelum ini pun bukan tidak pernah dia membawa teman lelakinya datang ke sini untuk bermalam, sudah beberapa kali, tidak pernah tertangkap. Mujur, hari ini Akbar terlupakan senarai barangannya, membuatkan hari ini adalah hari paling malang dalam hidup gadis tersebut.

" Talking with your %$#& working together?! That's enough! Get the hell out of here! And Marry, you're fired!!" jerkahnya. 

Lelaki di sebelah Marry tidak berkata apa-apa. Hanya melihat. Tak dinafikan, memang menakutkan wajah lelaki di hadapannya ini. 

Dia mungkin hebat di katil, tetapi jika hendak bertumbuk dengan majikan Marry hanya untuk mempertahankan Marry, rasanya tidak.

'Alah, pompuan boleh cari, berlambak! Cuma jangan cari sakit!'

Akbar semakin berang melihat mereka yang masih tercegat di hadapannya. Kurang ajar! Patut lah kadang-kadang, apabila dia masuk ke pejabatnya pagi-pagi, ada bau pelik.

Rupa-rupanya akuantannya membuat ulah di sini. Dan di atas sofanya!!

" Kau tak nak berambus ke??! HAH?!" suara lelaki itu mungkin dapat didengar sebatu dari situ. 

Tetapi Marry atau nama sebenarnya Mariah Jonet masih tercegat di situ. Air matanya mula berjatuhan. Teringat anak-anaknya Aira dan Nija. Kedua-duanya masih kecil. Ke mana pula dia hendak mencari kerja sekarang. Dengan keadaannya sebagai ibu tunggal, dia sudah nampak kelamnya masa depannya anak-beranak.

" Please, Encik Akbar. Maafkan saya, saya janji tak buat lagi. Please..anak saya masih kecil lagi..." Marry mara ke arah Akbar yang mengundurkan dirinya setapak.

Bukan takut, tetapi jijik dan tidak mahu tangannya hinggap di wajah perempuan sumbang laku itu. Bukan dirinya jika hendak memukul perempuan. Tan Sri Imran dan Puan Sri Fazira tidak pernah mengajarnya begitu.

" Oh, kau ingat pulak anak-anak kau sekarang, ya? Masa kau setaraf dengan babun tadi kau tak ingat?? Sudah! Aku tak nak tengok lagi muka kau dalam restoran aku lagi! Sebelum aku report polis, baik kau blah! Blah!!" jerkahnya lagi. 

Kesabarannya benar-benar sudah habis. Dia tidak dapat berkompromi dengan perbuatan zina begini, walaupun dia sendiri sudah tidak kenal tikar sejadah.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now