BAB 24 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

406 23 0
                                    


 " Nek!" sergah Elise memeluk erat nenek Sofiah dari belakang.

" Eh! Budak ni. Nasib baik tak terlepas senduk nenek!" leter Nenek Sofiah. Dia sempat menepuk pipi Elise yang meletakkan kepalanya di bahu nenek Sofiah. Sukar membiasakan diri bangun awal kalau berada di kampung. Tabiat yang sukar ditinggalkan walau lama tidak pulang ke sini. 

Elise berasa bersalah kerana bangun lewat. Lihatlah, bangun sahaja hidungnya sudah disapa dengan bau masakan kampung kegemarannya iaitu lempeng pisang seperti yang Nenek Sofiah sedang goreng di atas belanga leper non-stick sekarang. Hah! Dapur nenek Sofiah bukan sembarang dapur nenek tua. Tapi dapur nenek Sofiah adalah dapur moden yang dilengkapi oven dinding dan hud dapur eletrik. Nampak sahaja rumah kampung tetapi bahagian dalamnya boleh tahan moden!

" Sorry nek, Laila bangun lewat." Ujarnya dengan rasa bersalah.

" Takpelah. Nenek faham Laila dah lama tak pulang ke sini, itu yang nenek biar Laila bangun lewat. Tapi kali ini aje. Awak tu anak dara. Tak elok bangun lewat-lewat ni, nanti suami lari takde orang buat sarapan untuk dia. Isy..isy..tak baik tau!" nenek Sofiah mula berleter. Elise hanya tersengih mendengarnya.

" Alah nek. Laila mana ada suami lagi." Tingkah Elise melabuhkan punggung di kerusi meja makan menunggu nenek Sofiah sudah menggoreng lempengnya.

" Habis tu, nanti kahwin baru nak belajar bangun awal ke, cu ooii..!!" bengkeng Nenek Sofiah bercekak pinggang.

" Ololo...baiklah, Laila janji bangun awal." Pujuk Elise lagi. Seronok bertingkah cakap dengan nenek Sofiah begini.

" Hmm..sebut pasal suami, Imam Syariff bertanyakan Laila," nenek Sofiah memberitahu tentang lamaran yang datang dari risikan jirannya bulan lepas.

Elise yang baru hendak mengambil sekeping lempengnya terhenti, mulutnya sudah muncung tak berkenan. " Kan imam tu dah tua, kenapa nak pinang-pinang Laila pulak. Isy!"

Nenek Sofiah mengucap panjang mengenangkan 'kelurusan' cucunya itu. Bendul pun tak lurus macam Laila!

" Kamu ni Laila...Imam Syariff merisik kamu untuk anak dia Amran. Dengar-dengar sekarang Amran kerja di Kuala Lumpur jugak. Entah apa nama syarikat tu. Syarikat kapal-kapal ni. Entahlah." Beritahu nenek Sofiah lagi. Melihatkan air muka cucunya itu, nenek Sofiah sudah tahu apa yang bersarang di fikiran Elise. Teringat perilaku Elise semalam ketika bercakap di telefon.

" Terima tak? Baik si Amran tu." Nenek Sofiah menjeling sekilas wajah masam di belakangnya itu.

" Laila muda lagi la nek. Hidup pun tak tentu arah lagi. Banyak yang perlu Laila selesaikan. Dan Laila nak balik England, jauh dari daddy!" tegas Elise.

Nenek Sofiah tersentap. Dia berpaling menghadap cucunya. " Nak tinggalkan nenek lagi, ya?"

Elise terlanjur kata. Rasa bersalah bertimpa-timpa ke hatinya. Sudahlah dia baru pulang selepas hampir setahun tidak pulang ke kampung atau menghubungi nenek Sofiah. Kini, apa yang dikatakannya kepada nenek Sofiah adalah untuk pergi jauh dari bumi Malaysia pula!

" Bukan nek. Bukan itu maksud Laila. Laila cuma terlepas cakap. Takkanlah Laila nak tinggalkan nenek...Laila memang nak balik ke sana, tapi bukan waktu terdekat ni lah. Yalah, kan Laila dah lama tak balik rumah atuk dan nenek kat sana." Elise bingkas bangun dan memeluk bahu nenek Sofiah, memujuk.

" Yalah tu. Laila, nenek nak cakap sikit pasal daddy. Duduk sekejap sayang." Elise hanya menurut. Dadanya agak berdebar-debar menunggu apa yang ingin dikatakan neneknya. Entah-entah nenek Sofiah dah termakan pujukan daddy untuk mengahwinkan dia dengan si hidung belang, Zarith itu!

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now