BAB 55 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Bahagian 1)

309 11 0
                                    

Elise lekas-lekas membuka pintu utama. 

Wajah Akbar direnungnya. Namun, mata lelaki itu tidak memandangnya seperti selalu. 

"Assalamualaikum." sapa Akbar merendah. 

"Waalaikumussalam. masuklah." pelawa Elise.

'Marahkah Akbar kepadanya?' hatinya bertanya. Kalau Akbar marah sekalipun, memang salahnya. 

Tangan Akbar dicapai dan dicium. Akbar hanya mengusap-usap kepala Elise.

"Elise nak pakai apa ke pejabat esok?" tanya Akbar setelah melabuhkan punggung di sofa di ruang tamu. 

Elise duduk bertentangan dengan Akbar. Mata lelaki itu melewati segenap ruang yang luas itu. Meneliti tempat Elise membesar selama ini. Serta-merta Akbar berasa yang dia masih belum benar-benar mengenali isterinya. 

"Ada baju lama masa belajar dulu. Elise tak prepare apa pun. Tiga hari lagi nak berangkat, tak perlu pun baju tu." Ujarnya, tenang. Kalau dibeli pun, hanya esok sahaja dia akan memakainya. 

"Ini abang ada beli baju untuk Elise. Hope you'll like it." Akbar meletakkan dua beg kertas berjenama Gucci di hadapannya.

Elise menyambutnya. Menjenguk sedikit kandungan beg-beg kertas itu. Ada sepasang kasut dari beg kertas kedua.

"Terima kasih. Tak perlu abang susah-susah." Ujar Elise, sambil tersenyum melihat suaminya. Dia tahu Akbar sedang merajuk dengannya.

"It's okay. Abang tak nak Elise pakai baju lama. You are the new CEO. First appearance is very important. It's about the image. On how you look, and how you bring yourself." Nasihat Akbar kepada isterinya.

Elise mengangguk-angguk. Betapa Akbar mengambil berat tentangnya. 

"Abang dah makan?" tanya Elise.

"Dah, kat Great Pan's tadi. Okaylah. Abang pergi dulu." bohongnya. Dia tidak lalu hendak menjamah apa-apa sekarang. Akbar sudah bangun menuju ke pintu.

Elise mengerutkan dahinya. "Abang nak ke mana?"

"Nak balik semula ke Great Pan's lah, ke mana lagi?" ujar Akbar.

"Elise ingatkan abang nak tidur kat sini." ujar Elise.

"No, Elise. I have to go. Great Pan's sibuk malam ni." balas Akbar.

"Are you coming back here right?" tanya Elise, tidak puas hati. Kenapa pula dia berasa kecewa dengan sikap Akbar yang agak dingin dengannya. Wajar kerana dia yang mahukan jarak antara mereka. 'Apa kena dengan kau, Elise?'

"I guess not. Abang akan pulang ke rumah kita malam ni." tolak Akbar, lembut. 

Dia tidak betah berdua dengan Elise lagi. Dia bimbang tidak dapat mengawal dirinya dari mengizinkan Elise pergi.

Elise ingin membantah. "Tapi.."

Akbar menahan Elise dari berkata-kata. Dia mencapai kedua-dua tangan Elise. Digenggam ke dalam tangannya.

"Elise, listen. This is the best I can do. Kalau Elise terus rapat dengan abang, abang bimbang takkan izinkan Elise pergi." Ujar Akbar.

Berterus terang adalah jalan yang terbaik.

Elise menahan dirinya dari menangis. Mahu kelihatan kuat di hadapan Akbar. Dia yang mahukan perpisahan, tetapi dia juga yang terluka mendengar yang Akbar mahu menjauhkan diri darinya. Kerana ini adalah pilihannya. 

"Baiklah. Tapi abang, Elise takut kalau Elise tak boleh buat esok dan hari-hari seterusnya. Elise takde pengalaman dalam bidang ni." Adunya.

"Elise adalah setabah-tabah orang yang abang kenal. You'll be fine..." Akbar mengusap pipi Elise lembut.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now