BAB 17 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

400 16 0
                                    

Lariannya diperlahankan apabila sudah memasuki laman rumahnya. Seperti biasa, Tan Sri Imran melakukan senaman seminggu empat kali, iaitu berjoging di sekitar tasik buatan di kejiranan mereka.

Dia melihat isterinya sedang ralit dengan kanvasnya tanpa menyedari kepulangannya. Dia menghampiri Puan Sri Fazira. 

Matanya menangkap gambar seekor kumbang ladybird di situ, yang sudah separuh jalan diwarnakan.

" Mana kumbangnya papa tak nampak pun?" tegur Tan Sri Imran. Isterinya ini selalunya melukis di studionya. Hanya sesekali sahaja dia membawa segala peralatan melukisnya keluar ke laman begini.

" Eh! Papa, terkejut mama." Puan Sri Fazira mengurut-urut dadanya sedikit. Tan Sri Imran ketawa kecil menyedari kesilapannya.

" Itu, papa nampak tak? Tapi jangan dekat, kang lari kumbang mama. Mama dah nak siap ni." Puan Sri Fazira memberi amaran. 

" Papa duduk sini, teman mama boleh?" pinta wanita itu, dengan suara yang lunak, sambil menarik kerusi besi di sebelahnya. Dia sudah meminta bibik membawa air ke sini dari tadi lagi untuknya dan Tan Sri Imran. 

Sementara dia menunggu suaminya pulang dari berjoging, dia ternampak seekor kumbang kecil dan warnanya amat menarik sekali sedang hinggap aman di bunga orkidnya. Terus sahaja dia mengambil kanvas kosong, akrilik dan berus dan duduk di situ.

Tan Sri Imran menurut . " Yalah." Dia mencapai gelas kaca berisi air kosong dan meneguknya perlahan-lahan. Hilang dahaganya.

" Bila mama punya pameran? Rasa papa tak lama lagi kan?" dia sudah terlupa tarikh yang diberitahu isterinya tempoh hari. Setahun sekali pasti Puan Sri Fazira akan mengadakan pameran seni halus yang menghimpunkan karya-karya pelukis profesional mahupun amatur.

" Dua bulan lagi. Papa dah carikan orang buatkan semula ruang pameran ikut tema yang mama bagi kan?" kali terakhir karyanya bertemakan Harapan dan Abstrak. Kali ini pula bertemakan Flora dan Fauna. 

Senarai pelukis yang akan mengadakan pameran bersama Puan Sri Fazira nanti sudah diuruskan. Puan Sri Fazira suka memberikan peluang kepada para pelukis muda untuk menunjukkan bakat mereka. Dan pameran ini adalah salah satu cara untuk mereka menonjolkan bakat masing-masing. 

Pameran yang diadakan pada setiap tahun itu bukan sahaja dikunjungi oleh peminat-peminat lukisan, malahan pencari bakat dari dalam dan luar negara dan pembeli-pembeli lukisan. Puan Sri Fazira juga adalah merupakan pensyarah jemputan di sebuah universiti tempatan dalam bidang seni halus.

" Dalam tiga ke empat minggu lagi siaplah." Jawab Tan Sri Imran pendek.

" Thanks dear. Papa, mama nak ke Great Pan's dalam minggu depan, mungkin hari Khamis. Nak lunch. Jom kita pergi sekali nak?" tiba-tiba sahaja Puan Sri Fazira mengutarakan hal itu. Dia terasa rindu dengan anak lelaki tunggalnya itu. Dia memandang sekilas ke arah suaminya yang mendiamkan diri, sebelum menyambung mewarnakan bahagian kelopak orkidnya.

" Mama pergilah. Papa sibuk jugak minggu depan." Tan Sri Imran cuba mengelak. Dia tidak pernah menuruti perlawaan isterinya untuk melawat restoran Akbar. Hatinya membatu apabila nama anak lelakinya itu disebut-sebut.

" Papa sikit pun tak terasa teringin nak jengah ke situ?" penuh hati-hati Puan Sri Fazira bertanya. Dia meletakkan berusnya, kembali memandang wajah lelaki yang dikahwininya selama 32 tahun itu. Sampai bilalah dua beranak itu akan terus bertegang urat?

" Tak. Maybe next time, ma." Tambahnya pantas apabila melihat raut wajah sedih isterinya.

" Mama tanya, papa jangan terasa ya. Sampai bila papa nak bermasam muka dengan Akbar?" Puan Sri Fazira menyentuh tangan suaminya, menenangkan.

" Sampai dia setuju nak ambil alih perniagaan-perniagaan papa." Mudah jawapannya. " Selagi dia keras kepala macam tu, selagi itulah papa takkan bertolak ansur dengan dia."

" Papa, maafkan mama. Tapi, kalau papa terus berkeras, Akbar terus berkeras, hal ini takkan ke mana-mana. Kadang-kala kita sebagai orang tua perlu juga dengar kehendak mereka, selagi tak mendatangkan mudarat. Papa memang betul dalam nak mewariskan semua pada anak-anak, tapi papa kena faham juga yang anak-anak zaman sekarang tak sama macam kita dulu, patuh cakap orang tua. Zaman sekarang anak-anak ada impian dan kehendak mereka sendiri. Mama tak salahkan Akbar juga kerana ada impian yang macam tu. Mama tahu sejak dulu lagi, papa juga tahukan, yang Akbar memang minat memasak..."

" Ya, sekadar hobi nak penuhkan masa lapang, papa tak ada masalah. Tapi taklah sampai nak bukak kedai makan kecik macam tu, dan tinggalkan study tanpa bagitahu kita dulu." Rengus Tan Sri Imran.

" Ya, itu memang salah. Sebab dia jadi macam tu kerana kita tak pernah nak memahami dia. Akbar lain dari Arina yang selalu mendengar kata papa. Masalah ni takkan ke mana kalau papa berkeras dan Akbar juga berkeras. I think both of you should sit down and discuss as a grown up! As a father and son. Mama teringin nak tengok semula keluarga kita berkumpul sama-sama macam 10 tahun dulu." Lembut dan teratur Puan Sri Fazira menasihati suaminya itu. 

10 tahun juga mereka tidak pernah menyambut Ramadhan bersama, apatah lagi Aidilfitri. Akbar pulang hanya seminggu selepas hari raya setiap tahun. Puan Sri Fazira juga tidak tahu dengan siapa Akbar menyambut hari raya. Mungkin dengan teman akrabnya, Akim. Kerana Akbar tidak ada kawan rapat yang lain. Bila diingatkan kembali, hati Puan Sri Fazira menjadi sedih. Akbar bak anak yang terbuang.

Tan Sri Imran mendiamkan diri. Sepi berlalu tanpa sesiapa pun bersuara.

Puan Sri Fazira juga tidak mahu berkata apa-apa lagi kerana. Hanya menunggu Tan Sri Imran membuat keputusan. Dia menyambung mewarnakan kumbangnya, tenang. Angin petang sesekali menyapa mereka.

" Akbar dah berubah. Dia tak macam Akbar yang kita besarkan." Tan Sri Imran meluahkan rasa hatinya. Puan Sri Fazira tersenyum.

" Sebab, diam Akbar selama ini adalah kerana dia tak puas hati dengan apa yang dia buat. Dan orang pendiam ni bahaya. Sekali dia meletup, kita pun takkan boleh berbuat apa-apa. Akbar sekarang memang tak sama dengan Akbar yang dulu kerana Akbar sekarang dah dewasa dan hidup sendirian di luar, tanpa ada yang membantah cakap dia. He's really 'own' the world, you know. Dan dia hebat dengan apa yang dia buat sekarang, mama nampak tu." Puan Sri Fazira tidak memberitahu lanjut tentang maksudnya itu. Biarlah Tan Sri Imran tahu sendiri tentang betapa hebatnya anak mereka itu!

Tan Sri Imran tidak bertanya walaupun hairan dengan kata-kata isterinya.

" Tapi pa, mama yakin yang suatu hari nanti, Akbar yang pendiam, dan yang simpan marah dalam diri dia tu akan berubah menjadi Akbar yang kita besarkan dahulu. Percaya cakap mama." Sambil berkata begitu, Puan Sri Fazira terus mencalit-calitkan warna ke kanvasnya, tersenyum misteri. Suaminya hanya melihatnya hairan. " Nanti akan ada seseorang yang akan bertanggung jawab ke atas semua perubahan Akbar." Sambungnya lagi. Serta-merta Tan Sri Imran menangkap maksud isterinya itu.

" Oh, mama nak cakap yang dia akan berubah kerana seorang perempuan? I doubt it my dear, I doubt it!" sangkal Tan Sri Imran. Takkanlah sekelip mata orang keras hati akan berubah hanya kerana seorang perempuan. Nonsense!

" What if I'm right?" cabar Puan Sri Fazira, mengangkat keningnya sebelah.

" I'll buy you Audi Q7!" laju Tan Sri Imran menawarkan 'hadiah'. Tak mungkin Akbar akan berubah. Keras kepala budak tu!

" Deal!" sahut Puan Sri Fazira yakin sekali. Dia tidak akan buat apa-apa untuk Akbar berkenalan dengan mana-mana gadis, kerana dia tahu doa ibu itu dimakbulkan Tuhan. Dan bukan kerana dia mahukan kereta mewah yang dijanjikan suaminya, tetapi untuk Akbar bahagia dalam hidupnya.

Suatu hari nanti, dia yakin keluarga mereka akan kembali bersatu dan bahagia seperti dahulu.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now