" Apple, cerita dengan aku. Kau tak cerita langsung pada aku masa last kita chatting dulu. Why? Am I not your brother anymore?" Akim meletakkan tangannya di atas tangan Elise. Dia kecewa sebenarnya kerana Elise tidak menceritakan apa-apa dengannya. Mungkin dia dapat membantu. Apa jua demi adiknya ini.
" Masa tu, aku tak nak menyusahkan sesiapa. I've been leaving with my own effort for almost a year now. And I feel great. Walaupun daddy sekat semua kad kredit dan bekukan akaun aku, dan semua company tak nak terima aku bekerja walau untuk jawatan tea lady! Aku ada semua yang sayang aku for being Laila. Not Elise." Air matanya mula bertakung. Untuk bercerita semula kejadian selepas mummynya meninggal, seperti sekali lagi menoreh parut luka yang terpahat di jiwanya.
" Cerita pada aku, ya?" pujuk Akim. Dia pasti yang dia dapat membantu Elise. Kasihan adiknya ini. Elise menarik nafas untuk menenangkan jiwanya sedikit.
" It's all started from the day when mummy's gone..." Elise memulakan ceritanya. Tidak salah dia bercerita dengan Akim. Mereka amat rapat suatu ketika dahulu. Elise tahu Akim adalah orang yang tepat untuknya meluahkan segala yang berbuku di dadanya.
Akim mendengar tanpa langsung mencelah. Menggenggam tangan Elise memberi kekuatan apabila ada di antara cerita yang mengalirkan air mata gadis itu. Cerita tentang ibunyalah yang paling menyedihkan.
" Macam mana kau dapat lalui semuanya?" tanya Akim lembut. Dia benar-benar bersimpati dengan nasib yang menimpa gadis ini. Kalau sahaja dia mendapat tahu Elise jadi begini sudah lama dia mengambil Elise pulang ke England. Meletakkan Elise di bawah perlindungannya.
Elise mengelap air matanya. Entah dapat atau tidak dia memaafkan daddy kerana tidak membiarkan dia bertemu mummy untuk kali yang terakhir. Setiap kali mengenang peristiwa yang satu itu, Elise menjadi bertambah marah.
" Elise.." Elise mengangkat wajahnya melihat Akim merenungnya dengan pandangan simpati. Sudah lama sesiapa tidak memanggilnya dengan nama itu.
" Aku pun tak tau. Semuanya aku hanya merancang, Allah yang menentukan. Setiap kali aku menghadapi kesusahan, ada saja bantuan. Aku tak seorang. Aku ada semua yang dapat terima aku. Aku survive. Seminggu lepas aku lari dari rumah, aku dapat kerja dengan Aunty Kaur jadi penjual bunga. And now, it's been almost 4 months aku kerja dengan kawan baik kau tu."
"Diorang layan aku macam family. Aku tersisih dari family aku, Allah kurniakan aku orang asing yang mahu terima aku menjadi sebahagian mereka. Hampir setahun aku tinggal seorang diri di luar, daddy langsung tak peduli. Aku rasa dia gembira dapat singkirkan aku dari hidup dia." Luah Elise. Dia mengesat lagi matanya.
Akim terdiam. Beberapa detik masa berlalu.
" Aku tak rasa uncle Mokhtar tak sayangkan kau, Elise. Hanya kau seorang anak yang dia ada. Waris tunggalnya. Tak mungkin dia buang kau begitu saja tanpa dia mengetahui tentang keadaan kau." Pujuk Akim memecah kesunyian.
Dia tidak tahu sebenarnya untuk apa dia berkata begitu. Tetapi dia pasti, sekeras-keras hati Tan Sri Mokhtar, dia tidak akan sanggup membiarkan anaknya berkelana di luar.
" Kau tak tahu apa yang aku rasa Akim. Keterlaluankah kalau aku cakap, aku tak pernah rasa kasih seorang ayah? Sampai aku rasakan yang kadang-kala aku ni cuma anak angkat dia aje. Memang segala kemewahan aku kecap sejak hari aku lahir. Tapi tanpa kasih sayangnya, apa erti semua kemewahan tu? Tak ada makna Akim!" Elise menyatakan perasaannya. Apabila nama daddy disebut-sebut, dia menjadi sangat marah.
" Aku memang takkan tau apa yang kau rasa. Tapi, dia tetap daddy kau kan?" Akim memujuk.
Elise tahu dia memang anak kandung Tan Sri Mokhtar, cuma dia ingin meluahkan apa yang dia rasa. Daddy jarang sekali bercakap lembut dengannya. Melayannya tidak ubah seperti orang luar. Tambah apabila mummy tiada lagi dalam hidup mereka. Elise benar-benar rasa sunyi. Dan sejak dia keluar dari rumah besar itulah baru dia berasa benar-benar hidup!
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...