BAB 40 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

462 20 2
                                    

Panjang doa dititipkan buat yang Maha Esa subuh itu. Tan Sri Mokhtar tidak pernah lupa menghadiahkan doa buat arwah Jane tersayang, semoga roh wanita itu aman dan bahagia di sisi Tuhan. 

Semoga mereka akan bertemu lagi kelak. Juga buat puterinya. Elise sudah keterlaluan dengan hidup bebas tanpa kongkongan. Ah! Hatinya pedih. Jika sahaja dia mengheret Elise pulang lebih awal, mungkin perkara ini tidak akan terjadi. Terngiang-ngiang di telinganya cerita Zarith. Juga gambar yang dilihatnya.

"Jane, maafkan I. I tak dapat jaga Elise dengan baik." Rintihnya. Dia mesti menghentikan perbuatan Elise!

*****************

Loceng yang berbunyi, membuatkan Elise memanggungkan kepalanya bersama senyuman manis, yang langsung mati. Sekujur tubuh di hadapan matanya, membejatkan akalnya sesaat.

"Tan...Tan Sri?" terpacul panggilan itu di bibirnya. Jantungnya berdegup kuat.

"Elise, I need to talk to you. And you!" dia mengangguk ke arah Akbar yang kebetulan masuk ke masuk ke ruang depan itu. Akbar mendekati Elise, hairan dengan raut wajah Elise yang seperti nampak hantu itu.

Pandangannya beralih ke arah lelaki yang serasanya pernah dilihat. Tiba-tiba dia teringat bahawa lelaki itulah yang dia lihat berbual dengan Elise di majlis Sonja tempoh hari.

"Nak tanya toilet pulak ke?" pertanyaan sinis Akbar itu mengerutkan dahi Tan Sri Mokhtar.

"Saya, Tan Sri Mokhtar Abdullah." Tangannya disambut Akbar yang masih membisu.

"Akbar," jawab Akbar dingin.

"Saya bapa Elise." ujar Tan Sri Mokhtar lagi.

"Elise, who?" tanya Akbar mengerutkan dahinya. Hairan.

Elise gelisah dengan kedatangan Tan Sri Mokhtar tanpa amaran begitu.

"Tan Sri please..not here!" Elise cuba menghalang. Bukan sekarang dia hendak bercerita dengan Akbar tentang siapa dia sebenarnya.

Akbar kian tertanya-tanya, siapakah gerangan Elise yang dikatakan Tan Sri Mokhtar itu. Matanya merenung tajam wajah teman wanitanya yang kalut itu.

"Laila, siapa ni? Siapa Elise?" tanya Akbar pula. Elise berasa sungguh bimbang yang Akbar mungkin akan marah. 

"This girl, here, young man, is my daughter. Elise? Yes, Laila Elise Katrina!" Tan Sri Mokhtar berkata dengan nada dingin dan sinis.

"Daddy! Please..." rayu Elise. Elise tidak sanggup melihat wajah Akbar yang pasti marah kerana menyembunyikan perkara sebenar darinya.

"Silakan Tan Sri. Elok kita duduk di hujung sana." Akbar membuat keputusan. Sambil mengisyaratkan kepada Elise yang hampir menangis, supaya mendahuluinya, mereka bertiga melabuhkan duduk di meja paling tersorok di situ.

Selepas menghidangkan air, Sherry mengambil tempat Elise di kaunter. Entah apalah urusan tiga orang yang nampak senyap itu. Belas hatinya melihat wajah Elise yang selalu ceria itu mendung begitu sekali.

"Kedatangan saya ke sini hari ni, nak meminta awak supaya bertanggungjawab terhadap Elise tentang apa yang dah kamu berdua buat. Pasal apa dia di sini, bukan di rumah dia sendiri, itu awak tanya dengan dia sendiri. Yang saya tahu, saya hanya nak jalankan tanggung jawab saya sebagai ayah kepada Elise. Awak berdua eloklah nikah saja bagi menghalalkan apa yang haram." Kenyataan Tan Sri Mokhtar membuatkan Elise terpempam.

Jantungnya seakan-akan terhenti. Jenaka apa yang sedang daddy katakan?

"Excuse me!" Akbar menegur dengan nada agak dingin. Siapa lelaki ini hendak mengata perkara sebegitu?

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now