BAB 47 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Bahagian 2)

310 12 0
                                    


Elise menunggu teksi yang tidak kunjung datang. Bas memang tak ada di jalan itu. Mungkin kerana laluan itu kurang penduduk. Jam di tangannya sudah pukul 5.45 petang. Kalaulah Akbar bukan suaminya, sudah pasti dia akan dipecat lelaki itu.

Teringat amaran yang diberikan Akbar pada hari pertama dia bekerja. Elise tersenyum mengenang kisah pertemuan pertama dengan lelaki itu. 

SKREETTT!!! Sebuah Lamborghini kuning berhenti mengejut di hadapan Elise. Dia tersentak. 

Sesaat kemudian, wajah yang paling ditakutinya selama ini muncul di hadapannya. Senyum kemenangan terukir jahat di wajah lelaki itu. Kecut perut Elise.

"Miss me my darling?" sapa Zarith mendekati Elise yang sudah bangun berdiri. Sungguh, dia cemas. Ke mana hendak melarikan diri? Tiada kereta atau sesiapa pun yang lalu untuk dia minta pertolongan. 

"Kau buat apa kat sini?" tanya Elise cuba bertenang. Lelaki itu berhenti dan menongkat tangannya di palang besi tempat menunggu bas itu. Elise terundur ke belakang sedikit.

"Dah lama aku cari kau, Elise. Today is just my lucky day. Damn! Tak sangka kan?" Ujar Zarith, tersengih. Jiwa yang diselebungi dendam dan nafsu, membuatkan sifat ehsannya dimamah rakus!

"Kenapa kau cari aku lagi? Aku dah kahwin." Balas Elise.

"Ingat aku kisah? Kau jangan ingat kau akan terlepas dari aku dengan mudah Elise. Lepas apa yang kau buat pada aku, kau ingat semudah itu aku akan lupakan? Never!" Zarith berkata dengan suara yang dikeraskan.

"Tapi aku dah kahwin pun, kau nak apa lagi?!" pekik Elise. Berang.

"You are mine!! Ikut aku!!" Zarith melangkah ke arah Elise yang hendak melarikan diri. Tetapi Zarith lebih pantas, tangan Elise direnggut, kasar.

"Lepaskan aku, Zarith!!" jerit Elise lantang. Dia meronta-ronta, memukul Zarith. Tetapi Zarith tidak peduli. Pegangannya terlalu kuat untuk Elise melepaskan diri dengan mudah. Diheretnya Elise ke pintu kereta.

Elise menggigit tangan Zarith yang menggenggam kemas tangannya. Zarith menjerit kesakitan. Spontan dia menghentakkan kepala Elise ke pintu keretanya, agak kuat.

Elise terjerit kesakitan yang teramat di kepalanya. Pandangannya kelam.

"Bagus! Senang kerja aku." Zarith tidak peduli untuk memeriksa keadaan Elise yang terkulai tidak sedarkan diri dalam pangkuannya. Terus sahaja dia mencempung tubuh Elise dan meletakkan gadis itu di dalam kereta. 

Malam ini pasti bermakna. Selepas malam ini, Elise akan dimiliki sepenuhnya. Dia sudah merancang untuk mengurung gadis itu!

"Sayang, you are mine..." dia mengusap kepala Elise sebelum memecut keretanya laju meninggalkan tempat itu.

******************

Deringan telefon di meja sebelah lampu, di angkat. Berita jam lapan di televisyen di ruang tamunya sedang menunjukkan kemalangan bas yang membawa penumpang ke Cameron Highland yang terjunam ke dalam gaung.

"Hello?" sapa Tan Sri Mokhtar.

"Hai..uncle." sapa suara itu.

"Zarith ke? Ada apa call uncle ni?" tanya Tan Sri Mokhtar hairan.

"Nak cakap yang Elise is in my house." Zarith mengelus-ngelus rambut Elise. Gadis itu masih tidak sedarkan diri.

"Apa?? Apa yang kamu cakapkan ni?" Tan Sri Mokhtar terbangun dari duduknya. Cemas. Jantungnya berdegup kuat.

"In my bed to be precise..." Zarith ketawa kuat. Berdekah-dekah. Sedikit masa lagi dia mahu menyakitkan hati Tan Sri Mokhtar sebelum dia melunaskan dendamnya.

"Hei!! Apa kau nak buat ni? Kau dah gila ya? Jangan sampai aku panggil polis, Zarith!" jerkah Tan Sri Mokhtar lantang.

"Aku peduli apa! She suppose to be mine! Tapi kau kahwinkan dia dengan jantan tu!! What the hell?!!" Zarith menjerkah balas.

"Mana Elise, aku nak cakap dengan dia. Hei! Jangan sampai aku dapat kau. Lunyai aku kerjakan!! Lepaskan anak aku!" Zarith ketawa mendengar kata-kata Tan Sri Mokhtar yang langsung tidak terkesan di hatinya.

Dia memang jahat, kaki mabuk, kaki perempuan. Semua dia sudah buat. Apa yang mungkin berlaku tiada apa beza padanya. Bapanya, Tan Sri Husam orang berpengaruh, dia sendiri berpengaruh. Jika dia ditangkap polis sekalipun, dia tidak kisah, papa pasti dapat membantunya seperti selalu! Zarith ketawa menggila.

"Dia tengah sedap tidur. Okeylah ya. Good night!" ucap Zarith terus memutuskan panggilan.

"Hello! Hello!!" hanya bunyi talian diputuskan di hujung sana. Tan Sri Mokhtar mula merasakan sakit menyucuk di dadanya. Dia perlu bertenang. Apa yang lelaki jahanam itu telah lakukan kepada anaknya?

"Bik! Bibik!!" jeritnya. Dia benar-benar bimbangkan keselamatan Elise. 'Ya Allah, lindungilah anak aku.' 

Bibik Ati tergesa-gesa datang. "Ada apa Tan Sri?"

"Ambilkan ubat saya, cepat!" ujarnya terduduk kembali. Tetapi Tan Sri Mokhtar mencapai semula telefonnya, nombor Akbar tertera di skrin telefonnya. Sakit di dadanya kembali menyerang. Tan Sri Mokhtar terlepaskan pegangannya.

Tangannya mencengkam dada. Telefon terhempas ke lantai. "Allah!" dia tidak sempat menghubungi menantunya. 'Selamatkanlah Elise, ya Allah...' 

"Ya ampun! Tan Sri!! Tan Sri!!" Bibik Ati segera melutut dan menggoncangkan tubuh Tan Sri Mokhtar yang kaku itu. 

"Abang!!" laung Bibik Ati kepada suaminya, pak Hardi yang entah berada di mana selepas makan malam tadi.


bersambung...

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now