BAB 18 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

388 16 0
                                    

"Hei Merly. Akim's on the news!" pandangan Merlina beralih dari baju yang sedang dijahitkan mutiara ke arah pembantunya, Arry.

"It's not something odd when that guy's on the news." Merlina meneruskan jahitannya yang perlu disiapkan dalam minggu ini juga. Sudah biasa sangat jika wajah Akim masuk dalam berita-berita internet. Bukan semua boleh dipercayai.

"But, here says that, ' Who's Alexender's next girl? Hugging so much?'" Arry membaca kuat tajuk berita di muka pertama lama web Yahoo. Terbantut hajatnya hendak membuka email.

Mendadak Merlina menghentikan kerjanya. Jantungnya berdebar kencang. Dia lantas bangun meninggalkan baju itu dan beralih ke arah Arry yang sedang menghadap komputer ribanya.

Di dada komputer itu terpampang gambar Akim sedang memeluk erat seorang gadis, di hadapan kelihatannya seperti di hadapan pintu sebuah restoran. Hatinya berdebar-debar dan dia berusaha menayangkan wajah yang tidak beriak kepada Arry.

 Tiada sesiapa yang tahu hubungan sebenar antara dia dan Akim. Semua gosip-gosip memang bertebaran sejak beberapa bulan kebelakangan ini, iaitu sejak Akim menggayakan dua koleksinya pada minggu fesyen New York tahun lalu. Sejak itulah mereka rapat.

"Merly, are you okay?" tegur Arry apabila gadis itu langsung tidak bersuara. Dia merasakan yang Merlina menyayangi Akim melihatkan cara Merlina bercakap dan melayan lelaki itu.

"Hmm? Yeah, I'm fine. May I read the whole page?" pinta Merlina.

"Sure." Arry segera beralih dari duduknya.

Merlina membuka pautan yang tertera. Matanya mengamati wajah Akim yang kelihatannya sangat mesra menunduk ke arah gadis yang sedang dipeluknya itu. 

Kata penghantar gambar yang diambil secara kandid oleh pemberita bebas itu, Akim meninggalkan tempat itu kemudiannya sambil memeluk bahu gadis itu. "Nampak mereka sangat rapat, sepertinya sedang hangat bercinta." Ujar saksi. Dan gambar seterusnya adalah gambar Akim memeluk bahu gadis tersebut meninggalkan tempat itu seperti yang dikatakan.

Merlina terasa seperti hatinya diramas. Dia sedar yang Akim bukanlah teman lelakinya tetapi apa yang mereka lalui bersama sewaktu Merlina menghantar Akim ke lapangan terbang seperti memberi gambaran yang mereka sedang berkongsi rasa yang sama. 

Dia menarik nafas panjang menenangkan hatinya yang walang. 'Aku tak boleh rasa macam ni, Akim bukan hak aku!' itulah yang difikirkannya. Dia lantas menekan lambang pangkah pada gambar yang menyakitkan matanya itu. Dia tak harus melatah. Dia cuma akan bercakap tentang gambar itu jika Akim membangkitkannya. 

Merlina tahu, selama ini bukan sedikit cerita-cerita, gosip-gosip Akim yang terkenal dengan sifat playboynya itu. Sudah lali. Tetapi kali ini rasa yang singgah di hati Merlina cukup berbeza hanya kerana petang sebelum Akim berangkat ke Malaysia. Akim seakan-akan memberinya harapan.

********************

Akbar menutup kasar laptopnya, nasib baik tak patah dua! Hatinya geram apabila melihat dia melihat bahagian hiburan yang tak sengaja dibukanya pada petang itu. Berita hangat tentang model terkenal Akim dan pasangan terbarunya tidak lain tidak bukan memang sah Laila Katrina, akauntannya! Kenapalah tangannya gatal hendak membuka laman web itu? Sedangkan pagi tadi dia tidak teringin langsung hendak menyentuhnya.

Dia menggenggam tangannya erat. Dia tidak suka dengan apa yang dilihatnya. Paling menyakitkan adalah melihat lingkaran tangan Akim yang erat memeluk tubuh kecil Laila! Argghh!! Adakah mereka terlanjur bersama? 

Persoalan yang semalaman difikirkannya. Berjalan bersama di tempat yang romantik, Akim yang terkenal, kacak, bergaya, anak billionaire. Perempuan mana yang takkan melutut di hadapannya? Akbar langsung tak dapat melelapkan mata semalam, tahu-tahu matahari sudah mencanak naik. Akim benar-benar mengotakan apa yang dikatakannya. Pasti gadis itu sudah dimilikinya.

Akbar mengeluh sendirian. Matanya merenung kejauhan, dia terasa menyesal kerana membiarkan Akim memikat Elise. Sangkanya, gadis itu lain dari gadis yang lain, yang mengejar glamour, yang mengejar harta, tetapi ternyata Elise juga tergolong dalam golongan itu. Nampaknya dia sudah jatuh hati dengan orang yang salah. Ya, Akbar mengaku hari ini yang dia sukakan Elise lebih dari seorang pekerjanya sahaja.

Tetapi sekarang sudah terlambat untuk mengakuinya. 

Akbar mengeluh lagi. 'Eh! Tak boleh jadi nih!' duduk rumah asyik ingat hatinya yang luka. Akbar segera bangun dan menuju ke tingkat atas. Kakinya pantas melangkah ke bilik tidurnya yang luas berkonsep terbuka itu. 

Kaca tebal pandangan sehala, kalis peluru menjadi pilihan sebagai dinding yang boleh dibuka dua bahagian ke balkoni di luar, menampakkan suasana agak berangin di luar dengan pokok-pokok pain yang menjulang tinggi menabiri pandangan, teroleng ke kiri dan kanan. Langit juga mendung. Dia menolak lagi sebuah pintu. Lampu menyala serta-merta menerangi sebuah bilik pakaian sebesar bilik tidur sederhana luas. 

Dia pantas membuka ruang yang menempatkan jeans. Sehelai Levi's koyak lutut berwarna biru muda pucat dipilih. Dia mencapai pula t-shirt kelabu dari semua t-shirt yang disangkutkan di penyangkut. Selesai memakai pakaian yang dipilihnya, Akbar mencapai snowcap kelabunya.

Tidak lupa jaket kulit hitam yang selalu dipakainya. Dia lantas berjalan keluar dari situ menuju ke pintu utama setelah mengambil kunci dan sepasang kasut kanvas Adidas dari almari kasut. Dia menuju ke arah sebuah Audi R8 hitam. Dia malas hendak menunggang motosikal dalam cuaca yang tidak menentu sekarang. Pintu dibuka sebelum meloloskan dirinya.

Enjin dihidupkan, mengaum memenuhi kawasan sekitar. Kereta itu sebenarnya sudah menjadi miliknya sejak Puan Sri Fazira menghadiahkannya kepada Akbar lima tahun yang lalu, cuma dua tahun kebelakangan ini sahaja dia menerima kereta itu. Akbar sering menganggap kereta itu diberi kepadanya untuk memujuk hatinya yang terluka. Dia membuktikan bahawa dirinya bukan untuk 'dijual, dibeli'! Akbar berkeras tidak mahu menerimanya sehinggalah dia mengalah apabila Puan Sri Fazira membawanya ke sini dan menangis di hadapan Akbar memujuknya menerima pemberiannya itu. 

Mahu atau tidak, Akbar terpaksa menerima. Hatinya luluh melihat air mata yang mengalir di pipi mamanya. Namun, Akbar tetap Akbar. Dia jarang sekali memandu kereta hitam itu kerana dia lebih suka menunggang motosikal yang dibeli hasil usaha kerasnya. Setakat ini Akbar berjaya membuktikan dirinya boleh berdiri sendiri tanpa harta Tan Sri Imran. Great Pan's adalah tempat yang sesuai untuk dituju. Bagi Akbar berada di situ dapat menenangkan sedikit hatinya. 'Boleh jugak aku tengok tuas peti ais hari ni.' Dia mengingatkan dirinya untuk singgah di kedai peralatan untuk membeli pembuka pintu baru untuk petinya.

Tidak lama kemudian, Akbar sudah berada di dalam dapur Great Pan's. Hujan lebat mencurah-curah di luar. Dia menanggalkan jaketnya dan diletakkan di atas meja penyediaan. Beanie kelabunya juga ditanggalkan. Peralatan menukang dikeluarkan dan pintu peti ais dibuka. Akbar masuk ke dalamnya. Matanya mencari-cari kerusi untuk menyendal pintu. 

" Mana pulak dorang letak kerusi nih!" rengusnya. Dia tak perasankan kerusi itu yang berada di luar tadi. Dia masih memegang pintu peti untuk menghalangnya dari tertutup. Tanpa sengaja, Akbar tersinggung kotak keju, dengan tindakan refleks, Akbar menyambut kotak itu dari terjatuh, dan terlepaskan pegangan di pintu petinya. Pintu peti itu tertutup rapat dengan bunyi KLIK yang menakutkan... Mata Akbar terbeliak besar.

" Oh, crap !!"  

bersambung...

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now