BAB 11 MIMPIKAN AKU PLEASE! (Part 1)

476 12 0
                                    


Aunty Kaur menolak pintu cermin sebelum melangkah masuk ke dalam kedainya. Dia mencari-cari kelibat Elise.

" Sally, ada nampak Laila tak?" dia bertanya kepada pekerjanya.

" Kat belakang. Tengah praktis buat bouquet. Tadi ada costumer nak, dia yang nak buatkan. Semangat bukan main lagi." Beritahu Sally kepada Aunty  . Aunty Kaur terus ke belakang sebelum dia menemui Laila yang sedang ligat menyusun bunga di dalam bekas kaca untuk memudahkan kerja-kerja meletakkan bunga mengikut kehendak pelanggan sebelum dibalut dengan plastik.

" Bunga balsam tu elok kalau naikkan sikit dari daun. Barulah nampak terserlah." Elise tersentak. Tapi lekas-lekas menaikkan sedikit bunga putih kekuningan itu.

" Ha'ah. Cantik pulak. hehe..." Elise tergelak sendiri, matanya masih ralit membelek hasil gubahannya yang sudah siap itu. Selepas hari dia membantu Aunty Kaur menggubah bunga di ballroom hotel tempoh hari, dia berasa seronok pula melakukan kerja-kerja ini.

" Kan aunty dah cakap, Laila ada bakat cuma kena asah aje."

" Tak sangka best pulak susun-susun bunga ni." Jawab Elise.

Aunty Kaur meletakkan beg tangannya di atas meja sebelah Elise. " Laila serius ke nak cari kerja satu lagi macam yang Laila cakapkan hari tu?" tanya Aunty Kaur.

" Hmm..ha'ah. Kalau boleh petang la. Tapi susah nak cari la aunty. Semua tempat yang Laila cari semua nak pakai pekerja dari pagi. Takde yang petang." Ujar Elise dengan nada kecewa.

Dia memang memerlukan wang lebih. Dia mahu segera pergi dari bumi Malaysia. Dia tidak mahu menyusahkan nenek Sofiah yang pasti sahaja akan membantunya jika dia membuka mulut. Sudah lama dia tidak pulang bertemu neneknya itu. Takut diketahui oleh Tan Sri Mokhtar.

" Haa..ada satu tempat yang Laila belum jumpa. Ada satu restoran ni...apa ke namanya..Ayoyo..lupa la pulak. Itu..Hah! Great Pan's! Dorang nak pakai akauntan. Cuba pergi tengok balik nanti." Suruh Aunty Kaur. Tadi dia dipelawa teman lamanya yang ditemui di majlis perkahwinan tempoh hari untuk makan tengah hari. 

Masih terasa keenakkan nasi Turki dengan daging kambing, dan pencuci mulut tradisional Turki di tekaknya. Suasana restoran juga sangat menarik. Patutlah ramai sangat pelanggannya sehingga menurut rakannya, meja mereka itu mesti ditempah sebelum datang ke situ.

" Ya ke? Terima kasih aunty. Petang ni Laila pergi tengok." Balas Elise.

****************

" Hei!! Kau ingat ini tempat make-up ke? Kau dah tengok belum akaun-akaun yang aku suruh tadi?" tinggi nada suara lelaki itu kedengaran.

Gadis yang sedang melukis alisnya tekejut hingga tercampak pensil keningnya. Lekas-lekas dia kembali menghadap komputer.

" Err...err..dah tengok. Tapi, saya..saya belum buat lagi..." sungguh jika dia berdiri tadi sewaktu diherdik begitu, mesti sudah terduduk di lantai. 

Lelaki kacak ini memang garang. Mana mungkin dia dapat bertahan di sini. Untuk sejam ini pun dah macam setahun!

" Apa? Kau ingat kau aku main-main ke? Akaun tu mesti ditutup setiap hari, ini dah lebih seminggu akaun tak ditutup. Kau tahu betapa banyak kerja nak kena buat? Kau nak kerja ke tak ni?" berang sungguh melihat gadis itu. 

Sudahlah dia terdesak begini. Semua yang memohon dan walk-in interview, masih tiada yang betul-betul serius hendak bekerja.

" Err..err.."

" Sudah, kau boleh kemas alat make-up kau semua dan berambus dari sini!" halau Akbar tidak peduli jika hati gadis itu terluka atau tidak.

Gadis itu terkedu. Malu diherdik dan dimarah begitu. "Setakat tempat macam ni pun nak berlagak. Ceh!" ujar gadis itu, menutup malunya.

Akbar membeliakkan biji matanya, "Tak payah nak cakap banyak. Blah!" jerkahnya.

Gadis itu menghentakkan kakinya ke lantai sebelum pergi. Dia berjalan keluar dari pejabat itu dan menuju ke ruang depan Great Pan's. Pintu setengah kaca, setengah kayu itu ditolak kasar sebelum tanpa amaran dia melanggar seseorang. Dia terhenyak ke tepi.

" Ouwwh!!" seru gadis bersolek tebal itu.

" Cik tak apa-apa ke?" ujar gadis yang tidak sengaja dilanggarnya itu. Hairan melihat kening gadis yang melanggarnya. Terang sebelah keningnya....

" Mata kau letak mana? Hah?!" jerkah gadis itu. Marahnya dilepaskan kepada gadis itu.

Elise terjegil mendengar kata-kata lantang itu. 'Eh! Aku pulak yang salah?'

" Tapi cik yang langgar saya." Elise mempertahankan diri.

" Ah! Sudahlah!!" rengus gadis sebelum melangkah pergi dari situ.

Elise menggosok-gosok lengannya kesakitan. 

'Lebam tak lengan aku? Kayu apalah keras sangat ni??' fikirnya membelek pintu kayu berwarna coklat kehitaman itu, sebelum tiba-tiba seorang lelaki buru-buru keluar dari dalam restoran dan meninjau-ninjau sekeliling.

" Mana pulak pompuan bodoh tu!" dia mahu menyerahkan beg make-up perempuan itu yang tertinggal di meja pejabatnya. 

Gadis itu sudah tidak kelihatan. Akbar terus melemparkan beg alat solek perempuan itu ke dalam tong sampah berdekatan.

 Sebaik beralih untuk masuk semula, matanya menangkap kelibat seseorang di tepi pintu.

Akbar hairan melihat gadis yang seakan pernah dilihatnya, sedang membelek-belek pintu Great Pan's.

" Kau ni siapa? Kau nak curi pintu ke??" tanya Akbar sinis. Elise tersentak. 'Familiarnya muka dia...oh! Memang lelaki tu! Apa dia buat kat sini? Dia kerja kat sini ke? Alamak...' ujarnya di dalam hati setelah melihat apron merah gelap yang terikat kemas di pinggang lelaki itu.


bersambung...

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now