"Uncle! Apa khabar? Lama tak jumpa." Sapa lelaki itu. Tan Sri Mokhtar terhenti dan berpaling ke belakang.
"Zarith! Khabar baik...kamu apa khabar?" balasnya. Dia menyambut tangan anak muda itu dan berjabat kejap. Hatinya masih rasa bersalah dengan apa yang terjadi. Sehingga sekarang hubungan antara dia dan Tan Sri Husam masih tegang.
"Baik, uncle. Dari mana ni?" Zarith tersenyum lebar. Lakonan yang top gitu...!
"Dari Hilton. Jumpa kawan lama. Nak balik ke office, jom ke office uncle, boleh sembang-sembang." Pelawa Tan Sri Mokhtar.
Zarith memaniskan roman wajahnya. "Maaf, lain kali uncle. Saya ada lunch date sekejap lagi." Tolaknya, sopan.
"Hmm...yalah. Zarith, uncle nak minta maaf dengan kamu dan keluarga kamu bagi pihak keluarga uncle, terutama Elise." Itulah yang hendak dikatakan asalnya.
"Takpelah uncle, benda dah lama, dah takde rezeki kita nak jadi keluarga. Saya terima Elise tak nak kahwin dengan saya, tapi cara dia larikan diri begitu, not acceptable." Kata-kata itu kedengaran pedih di pendengaran Tan Sri Mokhtar, tetapi harus ditelannya, kerana itulah kebenaran.
"Sekali lagi uncle mintak maaf, Zarith. Uncle tak tahu kenapa dia berkeras tidak mahu kahwin dengan kamu. Bagi uncle, kamu adalah pemuda yang baik, ada kerja bagus." Satu nafas ditarik meluahkan berat hatinya.
Zarith meneruskan dengan wajah sopannya yang biasa. "Tak perlu uncle nak minta maaf. Bukan salah uncle. Macam saya kata tadi, takde rezeki kita nak jadi keluarga. Saya nak cakap sikit dengan uncle tentang Elise. I didn't see it with my own two eyes, but it's from someone I trust." Zarith mula memasukkan jarumnya.
Tan Sri Mokhtar merenung tepat ke arah anak muda itu. Diusahakan untuk menenangkan dirinya. " Apa Zarith. Tell me." Pintanya sedikit mendesak.
"Uncle, please forgive me with what I have to tell you. Elise. Dia duduk dengan seorang lelaki sekarang. I assume they didn't have the legally knots," ujarnya berhati-hati, umpama apa yang dikatakannya amatlah membimbangkan akan melukakan hati seorang ayah di hadapannya, tetapi itulah nawaitunya. Fikirnya, jika cerita rekaannya berjaya, mesti Tan Sri Mokhtar akan memaksa gadis itu berkahwin dengannya kerana tidak mahu nama baik Tan Sri Mokhtar terus dicemarkan oleh anaknya sendiri. Apa nak kisahkan, Elise bukan benar-benar duduk dengan majikannya. Hatinya masih sakit melihat kemesraan pasangan itu tempoh hari. Menghancurkan kebahagian Elise adalah apa yang mahu dilakukannya. Hatinya ketawa jahat!
Tan Sri Mokhtar terkedu, gambar yang dilihatnya tempoh hari adalah benar-benar berlaku. Elise bersekedudukan! Apa yang didengarnya itu seakan-akan mengesahkan apa yang telah difikirkannya selama seminggu ini. Astaghfirullahalaziim...
"Uncle okey?" tanya Zarith berpura-pura prihatin. Melihat wajah Tan Sri Mokhtar sedikit pucat, sedikit membimbangkannya kerana tidak mahu terakhir dilihat bersama Tan Sri Mokhtar jika ada apa-apa yang berlaku pada lelaki itu.
"Uncle okey. Terima kasih kerana kamu cerita pada uncle. Uncle akan bawa Elise pulang ke rumah!" kata Tan Sri Mokhtar, serius. Anak tak mengenang budi!!
*********************
Akbar sudah sedia menunggu di hadapan pintu grill yang masih berkunci itu. Telefonnya dikeluarkan. Nombor yang sedia berada di atas skrin telefonnya ditekan. Sekejap sahaja panggilannya bersambut.
"Hai... Saya dah ada kat bawah ni...okay!" panggilannya dimatikan.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...