"Laila..err...sorry sangat-sangat, aku tak dapat temankan kau." Ujar Sonja dengan perasaan bersalah. 'Tak baik menipu.' Hatinya berkata. Semalam pun adalah hari yang aneh bagi mereka semua. Elise dan Akbar pulang ke Great Pan's bersama-sama selepas insiden pertengkaran mereka hanya tepat-tepat waktu Great Pan's ditutup.
Elise berpaling dengan pandangan merungut sambil tangannya mengunci pintu. Jamnya dilihat sekilas. 2.30 pagi! " Alah, Sonja!"
"Takpe, aku hantarkan kau." Sampuk satu suara. Muncul Akbar dari balik rimbunan ros. Dia menunggu Elise rupanya. Elise sudah tidak terkata apa-apa. Sonja melambai-lambai. Rancangan Akbar berjaya rupanya. Segan juga Akbar tadi memberitahu Sonja yang hampir sahaja menjerit kesukaan apabila Akbar hendak menghantar Elise pulang.
"Err..kau marah?" tanya Akbar memecahkan sunyi yang menyelubungi ruang kereta. Mereka dalam perjalanan pulang. Elise malas sebenarnya berdua-duaan dengan Akbar begini, tetapi jauh di lubuk hatinya dia berasa selamat kerana tahu Akbar tidak akan membuat sesuatu yang melampaui batas-batas terlarang.
"Tak." Elise termenung jauh, hampir tidak memberi perhatian kepada lelaki di sebelahnya.
"Kau fikirkan apa?" tanya Akbar.
Sebenarnya Elise sedang teringatkan Haikal. Janjinya terpaksa ditangguhkan kerana terlalu sibuk hari ini sama ada di kedai bunga mahupun di restoran. Dia mahu menjenguk Haikal pada keesokkan hari.
"Laila! Mengelamun ke?" sergah Akbar sedikit membuatkan Elise tersentak.
"Ya Allah terkejutnya. Sorry, termenung pulak. Takde, saya teringatkan Haikal. Ingat esok nak jenguk dialah." Beritahu Elise. Sebenarnya dia risaukan Haikal. Entah apalah nasib kanak-kanak itu.
"Oh, ingatkan kau tengah ingat kat aku." Akbar tersengih. Elise memandang ke arah Akbar.
"Eh! Perasannya. Lagipun buat apa saya nak ingatkan bos. Bos kan kat sebelah saya aje." Tingkah Elise bersahaja. Lemah lutut pula berdepan dengan Akbar.
"Aku ikut kau esok. Kita pergi sama-sama." Putus Akbar tiba-tiba. Dia tidak mahu Elise pergi ke kawasan itu seorang diri. Nampak bahaya, bukan Akbar tidak nampak bagaimana pemuda-pemuda tempoh hari merenung Elise semasa mereka berjalan ke rumah Haikal.
"Eh! Kenapa pulak bos nak ikut saya. Tak naklah." Selamba Elise menolak. Nak menyibuklah tu!
"Apasal pulak? Bahayalah kau pergi sorang-sorang. Tak kira aku nak pergi jugak." Balas Akbar. Elise membeliakkan matanya.
"Saya taulah jaga diri. Bos tak payahlah ikut." Entah apa perlunya Akbar risau hingga begitu.
"Kau tu perempuan, jangan berani sangat." Nasihat Akbar lagi.
"Bos tak payah risau. InsyaAllah takde apa-apa."
"Jangan degil boleh tak. Kau tu perempuan. Buatnya kalau kau hilang, mana aku nak cari kau?"
Menarik melihat lelaki ini risau! " Kenapa bos nak cari saya?" Elise bertanya nakal sambil mengangkat keningnya. Akbar terperangkap.
"Sebab..sebab.." 'inilah masanya Akbar! Luahkan rasa hati kau.' Seolah-olah suara Akim yang kedengaran di telinganya.
"Sebab apa bos?" tekan Elise lagi. Dia merasakan sesuatu dengan kegugupan Akbar itu.
"Sebab aku akan hilang akauntan aku. Hah! Kan susah tu," 'alamak! Itu yang kau cakap? Bodoh kau ni Akbar!!' dia rasa seperti hendak mengetuk kepalanya sendiri.
Senyum Elise pudar sedikit. Agak kecewa dengan apa yang didengarnya.
"Oh! Ya tak ya kan. Saya kan akauntan bos aje. Hehehe...Yalah, esok kita pergi sama-sama." Ujar Elise agak mendatar. Akbar ingin membetulkan kenyataannya. Tetapi dia memutuskan untuk senyap sahaja. Nasib baik kelam, kalau tidak pasti Elise dapat melihat wajahnya yang kemerahan itu.
"Aku ambik kau. Kita pergi pagi sebelum kau pergi kerja." 'Wah! Pandai mengatur rancangan nampak!' cemuh hatinya.
"Err...okey. Pukul 9.00." persetujan Elise itu membuahkan senyuman lebar di wajah Akbar.
"It's a date then!" gurau Akbar, mengusik.
"No! Kita nak melawat Haikal aje." Elise tidak mahu mendiamkan diri. Jantungnya sudah tidak sekata. Terkejut mendengar bicara lelaki itu yang kedengaran semakin miang kebelakangan ini. Apa kena lelaki itu? Melihatkan anak mata lelaki itu yang tajam merenung seketika matanya sebelum Akbar kembali melihat di hadapan, membuatkan dia pasti yang kata-kata Akim adalah benar tentang lelaki ini. Akbar yang pemarah, bukan Akbar yang sebenar.
Ada Akbar yang sebenar yang sedang lelaki perengus ini sembunyikan. Dia tahu yang Akbar mempunyai hati yang baik atau dia tidak akan menolong hantarkan Haikal pulang walaupun niatnya hendak melindungi Elise dan menunggu Elise hingga selesai pengebumian, atau lelaki itu tidak akan menghulurkan sejumlah wang yang sebahagian besar dari jumlah yang menguruskan pengebumian ibu Haikal.
Elise tidak tahu jumlah sebenar namun, dia tahu memang banyak apabila mata pak cik tua yang mungkin imam di situ, terbeliak besar menatap jumlah yang berada di tangannya.
"Bos tak patut sembunyikan Akbar yang sebenar. Saya tau dia ada somewhere in there." Matanya dilarikan sejenak ke tubuh Akbar lagak mencari. Mungkin Akbar itu sedang bersembunyi di dalam poket jaket lelaki itu.
"Apa kau merepek ni? Kau mengigau, eh?" tanya Akbar hairan. Almaklumlah sudah hampir jam tiga pagi. Kata-kata Elise agak pelik di telinganya. Sebelah tangannya memegang stereng, sebelah lagi diletakkan di atas pintu dan menongkat dagunya. Dia memandu santai. Tengah-tengah malam begini, kenderaan agak kurang di atas jalan. Selebihnya dia mahu sampai lambat ke tempat tinggal Elise.
"Taklah. Cuma tengah cari Akbar yang bos sembunyikan. Akbar yang ada hati yang lembut. Dan mengambil berat pasal orang lain." Sebagai perempuan, memang lumrah dapat membaca bahasa yang tidak terucap di bibir begitu. Membaca fakta pergerakan bahasa tubuh badan yang terserlah kenyataannya! Dan juga hatinya sendiri. Dia mahu mengenali lelaki ini lebih dalam lagi, bukan sebagai akauntan, tetapi sebagai seorang perempuan. Elise tahu dia memang sudah jatuh hati dengan Akbar.
"Kau memang dah mengantuk. Aku kan Akbar. Aku nak sembunyikan aku macam mana? Lagipun, mana kau tau aku baik? Kan aku ni baran tak bertempat?" tanya Akbar. Elise ketawa kecil. " Bos tau pun yang bos ni baran rupanya!" Akbar hanya menayangkan senyumnya dan membiarkan Elise mentertawakannya hingga reda.
"Bos sembunyikan Akbar dengan menjadi seorang pemarah. You build a giant, thick wall around you and put the alligators to bite others leg from breaking into your life circle! I wish I could turn down those wall and save you ." Elise menyelitkan gurauan dalam kata-kata seriusnya tanpa langsung cuba menyembunyikan rasa.
Akbar terdiam. Dia memahami bicara gadis itu. Memikirkan bagaimana harus membalas, dan tidak perlu menunggu lama. " Please kill all the alligators..." Akbar membalas sambil tersenyum. Aneh gadis ini. Fikirannya tidak seperti yang ada pada orang lain yang Akbar kenal.
Elise turut tersengih. Berangan yang dia sedang menyembelih semua aligator yang mengawal dinding konkrit yang menyembunyikan Akbar di dalamnya.
"Dahlah, mengarut aje bos ni. Boleh tak cepat sikit drive tu. Bila nak sampai? Kata Audi R8, tapi nenek saya bawak kereta Mercedes tahun 80an punya pun laju tau!" sergah Elise memecahkan keadaan yang agak kekok di antara mereka itu sambil menunjukkan ke arah meter yang hanya mencecah 30 kilometer sejam itu. Akbar tergelak kecil sebelum memecut agak laju. Kalau tidak kerana trafik jam, dia tidak pernah memandu sebegini perlahan. Semuanya kerana Elise!
bersambung
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomansaMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...