"Bila kak Laila nak balik, nek?" tanya Alia sambil menyuapkan bingka roti ke mulutnya.
Mereka sedang santai di bawah pokok mangga sambil minum petang. Ada sepinggan pisang goreng yang umi Alia hantarkan untuk Nenek Sofiah. Angin petang menghembus nyaman.
Untung sesiapa yang berumah dalam kawasan bendang begini, walau banyak nyamuk sebelah malamnya. Apa nak kisah, kelambu dan ubat nyamuk kan ada?
"Hujung bulan ni kot. Gitulah katanya semalam." Suara riang Elise masih terngiang-ngiang di telinganya.
"Kasihan kak Laila ya nek." Ujar Alia merujuk kepada nasib gadis itu yang melarikan diri dari rumah. Masakan Alia tidak tahu kerana dia juga ada di rumah Tan Sri Mokhtar ketika hari perkahwinan Elise dan seorang lelaki hampir terjadi.
"Hmm...tapi dia lebih gembira sekarang dari masa duduk dengan pak cik Mokhtar kamu." Beritahu Nenek Sofiah. Dia meneguk minumannya.
"Masa dia balik hari tu, Angah tak sempat jumpa dia." Ujar Alia lagi. Dia berada di kem selama empat hari. Petang itu hanya sekejap sahaja dia berada di rumah nenek Sofiah, kebetulan Elise sedang mandi, sebab itulah dia tidak sempat berjumpa Elise.
"Takpe, nanti dia balik, boleh jumpa lagi. Angah ada kan?" gadis itu mengangguk sahaja.
Nenek Sofiah termenung jauh. Duduk-duduk begini tiada apa yang difikirkannya melainkan hubungan anak dan cucunya. Bilalah mereka akan berbaik. Nenek Sofiah tidak nampak jalan keluarnya kecuali salah seorang di antara mereka beralah. Dia menarik nafas panjang.
"Nenek jangan lah sedih-sedih. Angah kan ada kat sini sementara Kak Laila balik. Angah teman nek ya?" nenek Sofiah tersenyum lebar. Bersyukur hidupnya tidak pernah sunyi walau anak dan cucunya jarang berada di sisinya sekarang.
*********************
Elise sedang merancang sesuatu dalam fikirannya. Wajahnya yang ceria diamati Akbar.
"Buat akaun pun seronok ke?" tanya lelaki itu yang sibuk menyuap kek black forest ditengahnya ada jem blueberry air tangan King di dalam peti ais. Kek itu dibuat sempena meraikan kepulangan Sonja dari bulan madunya.
Juga sempena berita gembira iaitu hubungan Akbar dan Elise yang sudah melangkah satu anak tangga lagi. Mereka berdua menjadi bahan jenaka pada hari ini, apabila rahsia dipecahkan oleh Ajit yang terdengar perbualan mesra Elise dan Akbar.
"Best! Tak tau ke? Semua figure ni nampak macam muka awak!" Elise bergurau berserta ketawa besar. Akbar turut ketawa.
Elise mencapai sudunya dan memotong kek itu lalu memakannya. Kerjanya sudah siap. Sebetulnya dia berusaha mempercepatkan kerjanya kerana tidak elok duduk berdua begitu tambahan pula hari sudah jauh malam. Pasti ada makhluk ketiga.
"Hah! Dah siap! Hmm...esok Ahad awak free tak?" tanya Elise menolak laptop ke arah Akbar. Dia mengalihkan tubuhnya menghadap Akbar. Akbar melihat wajah teman wanitanya yang seperti kanak-kanak teruja itu. Comel!
"Awak nak apa?" tanya Akbar sambil matanya asyik melihat kerja Elise.
"Nak awak!" usik Elise, ketawa lagi. Entah apa di dalam kepala lelaki itu kerana pipi Akbar merona merah. Salah fahamlah tu! Lelaki itu mengalihkan pandangannya dari komputer ke wajah teman wanitanya.
"Betul ke?" Akbar merapatkan wajahnya ke wajah Elise yang mengundur sedikit. Bibirnya mencebik. Balik-balik dia yang kena.
Elise menolak dada lelaki itu menjauhinya. "Hesy! Fikir apa ni? Saya nak ajak awak jalan-jalanlah. I wanna show you something!" teruja sungguh dia mahu berjalan berdua dengan Akbar.
"Awak nak pergi mana?" tanya Akbar tertarik. Sepatutnya dia yang mengajak gadis itu keluar, ini dah terbalik, Elise pula yang mengajaknya.
"Saya nak awak hidup sebagai Akbar yang tidak terikat dengan peraturannya untuk sehari. Saya akan bawa awak jalan-jalan lihat dunia luar." Elise tahu Akbar selama ini tidak punya masa untuk dirinya. Semua dicurahkan untuk Great Pan's. 'Sorry Great Pan's, I want to steal your boyfriend! He's mine now! Hehe...'
Akbar terdiam. Dia tersenyum kecil. Tahu apa yang gadis itu mahu tunjukkan kepadanya dan dia tidak sabar untuk melihat dunia gadis itu.
"Setuju tak? Tapi jangan terkejut esok, kita takkan makan kat restoran mewah. Atau ada fancy food!" beritahu Elise lagi. Tidak sabar rasanya.
Akbar ketawa besar. "I'll look forward to tomorrow!"
Hidupnya amat bermakna saat ini. Dan dia akan menikmatinya sehabis mungkin. Elise adalah orang yang sangat sesuai dengannya. 'Adakah dia yang Engkau ciptakan untukku ya Allah...?' dia hanya merenung wajah Elise yang kalut bercerita tentang jadual menjelajah segenap kota esok.
Tetapi Akbar langsung tidak memberi perhatian. Dia hanya merenung teman wanitanya sambil menongkat kepala dengan sebelah tangannya, mengangguk dan mengiakan tanpa mengambil pusing tentang apa yang dipersetujuinya. Bibir Elise yang galak berceloteh itu menggamitnya lama merenung di situ.
"Apa awak tengok?" tanya Elise pelik melihat Akbar ralit sebegitu sekali.
"Your lips..." Akbar meraup wajahnya, tersenyum. Murah senyumnya sekarang. Bak kata Elise, senyum itu satu sedekah. Elise terdiam. Perlahan-lahan dia menekup mulutnya.
"Kenapa? Don't worry, I still can control myself!" Akbar berkata sambil ketawa.
Elise mengerutkan wajahnya. " Jahat awak ni! Dah la, jom balik. Tak elok duduk macam ni berdua!" marah Elise, bangun dan mencapai beg sandangnya. Lama-lama di situ makin menjadi-jadi gatal Akbar!
Akbar masih galak ketawa, mengusik. Dia faham. Tidak patut mengusik gadis itu begitu. Kasihan..tetapi dia tidak menafikan tarikan gadis itu begitu kuat...bilalah bibir itu akan dikucupnya lagi? 'Lagi??' Akbar ketawa lagi. Dia juga bangun mengekori Elise yang sudah menunggu di luar dapur. Laju aja dia...
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...