Hmm..I noticed something. Sis tulis agak detail kadang-kadang tentang background situasi dalam MAP ni kan? Korang okey ke? Ada nak komplen kot2 meleret-leret atau bosan? Let me know alright? Boleh sis ubah atau pendekkan sikit and just straight to the point.
One more thing, nak minta maaf dulu untuk bab kali ini agak..err..hotter than usual. Sis tau ada storyline dari penulis lain yang lebih lagi dari ni. Tapi dalam novel yang sis tulis sendiri sis tak berapa suka sangat, not my cup of tea. Sebab sis tak jual soft p*rn material. But this time is a necessary and it relate to what's coming in the next episode. Sengaja sis bagitau dulu sebab kalau korang tak selesa, just skip that part okay. Luvvv ya!
.
.
Sesekali angin dari bukit di belakang rumah menghembus, sejuknya amat terasa. Elise berjalan pantas. Nampaknya Akbar masih di rumah. Oh, lupa pula Elise. Hari ni kan Sabtu. Lelaki itu akan lewat ke Great Pan's.
Dia melangkah ke arah pintu utama. Kunci di tangannya dimasukkan ke lubang kunci sebelum menolak pintu kayu hitam itu. Sunyi dan hening.
Elise mengatur langkah naik ke kamar mereka. Perlahan-lahan pintu bilik ditolak. 'Sejuknya!'
Dilihatnya Akbar sedang tidur nyenyak, langsung tidak menyedari kepulangannya. Elise meletakkan begnya ke lantai dan menuju ke bilik air.
Sesudah mandi, dia menyelak langsir, serta-merta kamar itu cerah. Akbar masih tidak sedar. Sibuk sangat ke di Great Pan's semalam?
Perlahan-lahan dia naik ke atas katil. Elise berbaring lantas memeluk lelaki itu. Baru dia sedar, dia sangat rindukan Akbar! Rasa takutnya kebelakangan ini entah di mana dicampaknya.
Lelaki itu bergerak-gerak. Akbar membuka matanya setelah merasakan tubuhnya dipeluk. "Elise?" sapa Akbar. Suaranya garau.
"Hey...good morning sleepyhead." sapa Elise, mengucup belakang kepala Akbar membayangkan rindunya. Mengusap bahu dan lengan Akbar, lembut.
"Good morning...bila Elise balik? Daddy okey ke?" tanya Akbar. Dia membiarkan pelukan itu sejenak.
"Okey. Rindukan abang. Itulah Elise balik." Ujar Elise memejamkan matanya. Dia berasa tenang. Akhir-akhir ini tidurnya tidak begitu lena kerana bimbangkan keadaan Tan Sri Mokhtar.
"Habis, semalam tak rindukan abang? Hari-hari lain pun tak rindulah?" tanya Akbar bernada merajuk. Ingin mencari perhatian Elise.
Elise ketawa. "Hari ni rindu lebih sikit dari biasa, itu yang Elise balik." Balas Elise, bergurau. Dia mengelus rambut Akbar.
Akbar mengalihkan tubuhnya menghadap Elise.
"Nak baring kat lengan boleh?" pinta Elise.
Akbar menguis selimutnya ke hujung kaki lalu menghulurkan lengannya dan Elise meletakkan kepalanya di situ.
Akbar merenung wajah isterinya yang tersenyum manis. Elise meletakkan tangannya di pipi Akbar. "Rindu." ucapnya sepatah.
"Sayang balik dengan apa? Kenapa tak call abang?" tanya Akbar. Dia mengelus-ngelus rambut panjang lembab isterinya. Dia mengusap-usap belakang Elise.
"Dengan grab. Do you want some breakfast?" tanya Elise, mengucup hidung lelaki itu yang ketawa kecil.
"Later. Elise dah mandi ya?" tanya Akbar tersenyum nakal merenung seraut wajah yang tersenyum sengih memandangnya. Hatinya mula menakal melihat mood Elise yang ceria itu.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...