BAB 14 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

497 13 0
                                    


"Hah, kau datang sini kejap Laila, aku nak ke tandas. Kau alih-alihkan aje daging tu ya?" pinta Sonja, kalut. 

Saat kalut beginilah juga perutnya memulas yang amat. Mesti gara-gara terlebih makan kari semalam! Tanpa menunggu Elise menjawab, atau menolak, Sonja terus berlari ke tandas. Semua tahu Elise itu memang zero pengetahuan tentang memasak. Fail!

Elise menggaru-garu kepalanya. Menyesal pula datang ke sini. Niatnya untuk masuk ke dalam pejabat untuk minum air. Matanya memandang sekeliling. Semua sibuk. 

King tengah menghias pencuci mulut. Entah apalah benda seperti kristal yang dibuat bentuk seperti sarang burung kemudian ditelangkupkan ke atas puding yang sudah dihias cantik itu. Nampak sedap! Jack pula sedang sibuk dengan buah avokadonya untuk salad.

Jiji, tak usah diganggu, sedang 'bertarung hebat' dengan lobster yang degil tidak mahu diikat penyepitnya sebelum dimasak. Elise mengeluh kasihan dengan udang itu. Ajit pula cuti.

Nak, tak nak, Elise terpaksa juga mencapai sudip. Dalam takut-takut minyak yang 'menembak' ke sana-sini, dia mengalih daging batang pinang itu terkial-kial. Dia tidak tahu yang kelakuannya itu sedang diperhatinya oleh Akbar yang berada di dalam pejabat, berehat. 

'Perempuan apalah tak tau masak?' kemudian Akbar ketawa kecil tanpa sedar apabila Elise lekas-lekas menarik tangannya sambil berundur pantas apabila daging yang dipanggang itu memercikkan minyaknya tiba-tiba.

" Mana pulak pergi Sonja ni? Daging, baiknya kau, jangan tembak-tembak ya? Good meat...good meat..." ujarnya lagak memujuk sambil menepuk-nepuk daging yang pada pandangannya nampak 'marah' itu. 

Akbar menahan tawa melihat kelakuan gadis itu. Tidak pernah seumur hidupnya melihat orang bercakap dengan daging panggang.

Tiba-tiba daging itu memercikkan minyak selepas bunyi pop yang kuat. Elise yang terkejut, lekas-lekas mengundurkan diri tanpa sedar di mana dia melangkah. Tanpa diduga, Elise tersenggol sikunya ke periuk yang berisi air menggelegak kepunyaan Jiji yang masih cuba mengikat sebelah lagi penyepit udang degil itu. 

Akbar yang sedar akan bahaya yang mendatang pantas keluar menuju ke arah Elise. 

" Hati-hati!!" Tetapi dia tidak secepat mana.

" Argghh!!!!" Elise terlepas penyepit di tangannya apabila air panas itu tercurah ke lengannya yang pantas memerah menandakan lecur tahap pertama. 

Pada waktu itu juga, tindakan refleks atau apa, Elise memegang tanpa melapik dahulu periuk yang senget itu untuk menghalangnya dari mengundang bencana yang lebih besar, tanpa memikirkan betapa panasnya periuk itu. 

Serta-merta juga dia melepaskan periuk itu. Sekali lagi dia menjerit. Secepat kilat Akbar mencapai tuala yang tersangkut di pemegang pintu oven dan mencengkam periuk itu yang hampir terbalik. Pemegang periuk itu terkena periuk kosong di sebelahnya lalu periuk itu jatuh. 

'TANGG!!' keadaan menjadi kelam-kabut sebentar. Semua meninggalkan kerja masing-masing untuk melihat kekecohan yang berlaku.

" Aww..." Elise menahan sakit di lengannya, kedengaran merungut perlahan, memandang dapur itu dan berapa banyak kerosakkan yang disebabkannya. Matanya berair menahan sakit. Jack mematikan api dapur. 

Jiji pantas mengutip periuk yang jatuh sementara King pula mengambil mop untuk mengeringkan air yang tertumpah di lantai. Karang ada pula yang tergolek gara-gara lantai yang licin.

" Yang kau cuai sangat ni kenapa? Kau ingat periuk tu duduk atas ais ke sampai tak ingat nak lapik dulu? Apa tangan kau tu heat proof ke?!" herdik Akbar tanpa membuang masa. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now