BAB 53 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

340 15 2
                                    

'I tried so hard to be as strong as I always am, but fate keeps on tugging me down, drown me to the bottom of reality' - Laila Elise Katrina

Elise menolak pintu wad Tan Sri Mokhtar. Dia mendekati Tan Sri Mokhtar. Direnung wajah yang pusat itu sepenuh hatinya. Bagai hendak mengingati raut itu untuk seumur hidupnya. 

Akbar memimpin nenek Sofiah mengekori Elise. Sebaik sahaja dia tiba di hospital tadi, Nenek Sofiah juga baru turun dari teksi.

Tangisan Elise di luar wad Tan Sri Mokhtar semasa dia dan nenek Sofiah tiba,  membuatkan Akbar turut sama hiba. Elise dipeluk erat, memberitahu bahawa dia tidak akan sesekali meninggalkan Elise sendirian walau apa pun yang terjadi. 

Nenek Sofiah berada di sebelah kanan Tan Sri Mokhtar, manakala Elise berada di kiri daddynya.

"Elise..." suara perlahan Tan Sri Mokhtar memanggil anaknya.

Elise segera mendekatkan telinganya kepada daddy. Tangan Tan Sri Mokhtar digenggam lalu dikucup bersama linangan air mata.

"Daddy...please don't leave me. " Ujar Elise mengawal suaranya.

Tan Sri Mokhtar menarik topengnya untuk memudahkannya bercakap. "Daddy sayangkan Elise..." perlahan-lahan Tan Sri Mokhtar bercakap. 

"Maafkan daddy mengabaikan Elise..Maafkan daddy," Suara perlahan itu membuatkan Elise tidak dapat menahan air matanya. 

"Ya daddy. Elise maafkan. Dan Elise juga minta ampun dari daddy atas semua kesalahan Elise kepada daddy selama ini. Ampunkan Elise, ya?" pinta Elise memeluk Tan Sri Mokhtar. 

Nenek Sofiah menggenggam tangan anaknya, erat. Jika ini janji Allah terhadapnya, dia mesti kuat menerima ketentuan ini. Nenek Sofiah mengelap tubir matanya. 

Tan Sri Mokhtar mengusap kepala anak perempuannya sambil mengangguk-angguk. Nafasnya ditarik dalam. Dia berpaling ke arah ibunya.

"Mak..." hanya sepatah yang mampu Tan Sri Mokhtar katakan kepada ibunya. Nenek Sofiah mengusap kepalanya anaknya. Mengangguk, mengerti apa yang hendak dikatakan oleh anaknya.

"Mak redha.  Mak halalkan segala-galanya untuk Mokhtar." Suara nenek Sofiah bergetar. 

Tan Sri Mokhtar menarik nafasnya susah payah.

"Ajarkan daddy mengucap, sayang." Ujar Akbar yang berada di sisi Elise. Tiada apa yang mampu mereka lakukan saat ini.

Elise mendekati telinga bapanya lalu berbisik. "Mengucap daddy. Laailahaillallah...lailahaillallah" Ujar Elise lembut di telinga Tan Sri Mokhtar.

Tan Sri Mokhtar merenung wajah Elise redup sambil mulutnya terkumat-kamit tanpa suara. Matanya perlahan-lahan terpejam. Dadanya tidak lagi turun naik.

Tan Sri Mokhtar sudah dijemput Ilahi.

Elise terasa ada air sejuk dicurahkan ke ubun-ubunnya. Tak mungkin! "Daddy!" panggilannya tidak lagi bersambut. Tan Sri Mokhtar hanya kaku di situ.

"Daddy!! No...!"

'Besarnya dugaanMu ya Allah...' ujar nenek Sofiah di dalam hatinya. Dia mengusap kepala Elise yang menangis di dada jenazah bapanya.

Akbar menarik Elise perlahan-lahan. "Sayang..." Dia memeluk erat isterinya. Tiada kata, hanya mengusap-usap belakang Elise yang meraung kuat.

"Daddy dah takde." Elise teresak-esak di dada Akbar. Tiada kata yang dapat digambarkan tentang perasaannya sekarang. Hakikat yang menyakitkan terhampar di depan matanya. Daddy baru sahaja mengikut jejak mummy. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now