BAB 10 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

489 11 0
                                    


Majlis berjalan lancar. Pengantin juga sudah ditepung tawar, dan direnjis-renjis. Hanya menunggu untuk bergambar dan pulang.

Laila turut berada di situ. Mulanya memang dia sudah hendak pulang selepas makan.

Tetapi Aunty Kaur menahannya untuk pulang bersama. Kebetulan wanita itu terjumpa kawan lamanya yang sudah lama terpisah tanpa khabar berita. 

'Sekali macam Jejak Kasih la pulak...' mana pulak tidak, lihat sahaja tadi, siap drama air mata bagai. Sudah lebih sejam, hari juga sudah agak lewat. 

Mata Laila sudah digam UHU lagaknya. Nasib baik dan terlelap. Lebih buruk kalau berdengkur...

PRANGG!! Mata Laila kembali segar. Pantas dia beralih. Kelihatan seorang lelaki sedang terbongkok-bongkok mengutip pinggan dan sudu. Makanan juga bersepah-sepah.

Tanpa berfikir, Laila bangun meninggalkan meja tempat perbincangan hangat Aunty Kaur dan temannya untuk membantu lelaki yang tidak kelihatan wajahnya itu. Hanya belakang sasanya sahaja yang kelihatan dari uniform putih dan jeans lusuhnya.

" Meh saya tolong." Ujarnya pendek. Dia mengutip serpihan dan diletakkan dalam dulang.

" Ada ke aku mintak tolong kau ni?" Akbar mengerutkan dahinya melihat perilaku gadis yang dirasakannya menyibuk itu.

Laila terbeliak memandang lelaki di hadapannya. Orang nak tolong bukan nak cakap terima kasih!! 

Pijar wajahnya menahan malu. Nasib baik tiada orang berdekatan kecuali beberapa orang yang sedang asyik bersembang sesama mereka. Dan serta-merta hati Laila terasa tidak suka kepada lelaki perengus yang sedang merenungnya tajam itu.

" Awak ni datang bulan ya?" tanya Elise dengan raut wajah perempuan bodoh yang memberangkan Akbar.

" Lebih kau blah, jangan ganggu aku!" Akbar bersuara kasar. Lantas mengutip pantas serpihan pinggan dan sisa makanan yang dapat dikutip sebelum berdiri tegak. Laila juga turut berdiri tegak. 

Tingginya lelaki ini...Mata bertentang mata. Mencerlung.

" Awak ingat saya nak mengorat awak ke? Saya cuma nak tolong aje." Ujar Laila dengan suara yang direndahkan. Dia tidak puas hati. 

Akbar yang baru hendak melangkah, terhenti. " Bukan nak menolong cuma nak menyibuk. You are trying to flirt with me! Bukan aku tak perasan yang kau asyik tengok aku aje dari tadi." Wajah senyum sinis lelaki itu dilihatnya tak percaya.

Apa yang dimaksudkan Akbar adalah sewaktu Elise 'ter' renung Akbar pada pagi tadi. Lidah Laila serta-merta kelu. Bukan kerana kata-kata Akbar, tetapi wajah yang tersenyum walau sinis itu, amat menarik perhatian Laila. 

Lesung pipit kiri dan kanan yang tidak begitu dalam, bibir yang meleretkan senyum sinis...dan...

" See what I meant?" wajah Akbar kembali serius dan berlalu pergi begitu sahaja. Menyampah melihat gadis yang tak punya rasa malu itu. Entah apa yang ada dalam fikiran gadis itu? Langkahnya mati apabila bibir mugil itu berbicara.

" Hei, sedara. Saya tenung awak bukan sebab awak tu menarik pun, you know what, you got something on your teeth, here," Laila menyengih dan menunjukkan dengan telunjuknya ke gigi hadapannya sendiri.

Lelaki itu membuat muka tak peduli dan berjalan pergi dari situ.

Laila melihat langkah lelaki itu yang menjauh. " Ceh! Apa yang aku buat ni? Kau memang bodoh! Lelaki perengus gila tu pun kau nak terpegun ke??" dia mengetuk-ngetuk kepalanya sendiri. 

Betul, entah kenapa dia terasa senyum lelaki itu menarik perhatiannya. Dan memang ada sesuatu pun di gigi tersusun cantik milik lelaki itu. Nasib baik ada alasan, kalau tidak buat malu kaum aje!

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now