BAB 48 - MIMPIKAN KAU PLEASE!

353 16 0
                                    

Akbar masuk ke dalam dapur. Dia hanya mengangguk ke arah para pekerjanya. Dia terus berjalan ke dalam pejabat. Elise tiada di situ. Pasti di depan. Dia keluar semula dan melangkah ke bahagian depan restoran. Elise tiada. Hanya Sherry yang menjaga kaunter. Hairan. Jamnya dilihat. 6.30 petang. Telefonnya dikeluarkan. Nombor Elise dihubungi. Langsung tak berjawab. Hatinya mula bimbang.

Akbar kembali ke dalam dapur.

"Sonja! Ada nampak Laila tak?" tanya Akbar.. Sonja beralih sebentar dari pemanggangnya.

"Takde bos. Ingatkan datang dengan bos." Jawab Sonja.

"Korang ada nampak dia?" Sonja bertanya kepada rakan-rakannya yang lain. Masing-masing menggelengkan kepala.

Akbar menggaru-garu kepalanya tidak gatal. "Ke mana pulak dia pergi?" Akbar memeriksa telefonnya. Tiada sebarang panggilan yang terlepas atau pesanan ringkas dari Elise. 

"Dia takde call pun." Sonja menambah. Matanya tertancap di skrin telefonnya. Bimbang mula bertandang. Tidak pernah Elise buat begini. Sejak berkahwin, Elise jarang berenggang dengan Akbar. Ke mana pun mesti berdua, atau paling tidak, Elise akan berada di Great Pan's jika Akbar ada urusan di luar.

Akbar mendail pula telefon rumahnya. Tiada jawapan. Bermakna Elise sudah meninggalkan rumah. Chik sememangnya sudah pulang berjam-jam yang lalu. Elise cuba dihubungi lagi, masih sama. Panggilan tetap Akbar tidak bersambut.

**********************

Matanya terasa berat sekali. Dahinya berdenyut-denyut. Elise memegang kepalanya, sedikit mengerang. Dia cuba memfokuskan pandangan. Bilik yang asing.

"Hai sayang." Ujar lelaki keparat itu dari kerusi di tepi dinding. Elise membesarkan matanya. Jantungnya mula hilang rentak. Dia melihat ke tubuhnya sendiri. Pakaian masih melekat di tubuhnya. 

"Apa kau nak?!" jerkah Elise bingkas bangun. Tetapi merasakan kudratnya lemah. Kepalanya begitu sakit kesan hentakkan di pintu kereta tadi.

Elise bangun cuba melarikan diri ke arah pintu. Zarith pantas memaut pinggang Elise sebelum membanting tubuhnya semula ke katil. Elise menjerit sakit. 

"Apa kau nak buat? Jangan buat aku macam ni. Kalau aku salah, maafkan aku. Tapi lepaskan aku." Elise cuba merayu. 

Zarith ketawa. Dia merasakan dia berkuasa ke atas Elise sekarang. Gadis itu tidak akan dapat melarikan diri daripadanya. Dia akan pastikan yang dia dapat menawan tubuh Elise malam ini!

Elise pantas berundur apabila Zarith mendekatinya. " Tolonglah jangan buat aku macam ni..."

"Kau sepatutnya milik aku. Tapi bapak kau kahwinkan kau dengan jantan tu? Kenapa?! Semua rancangan aku musnah kerana bapak kau!!" Zarith menyumpah seranah. 

"But now, you can never run, Elise. You are mine, totally mine..." dia meliarkan pandangannya ke tubuh gebu itu, sebelum jatuh ke bibir Elise. Gadis itu begitu cantik sekali. Dia mahu menyentuh pipi Elise. Namun Elise menepis kasar tangan Zarith.

Elise mengengsot ke tepi katil sebelum Zarith memegang kakinya dan menolak tubuh itu. Elise terlentang. BUK! Belakang kepalanya mengenai kepala katil yang keras. Pandangannya berbalam. Elise menjerit sakit. Tetapi dia memaksa dirinya untuk kekal sedar. Dia tidak akan menyerah begitu mudah. 

"Lepas ni, Akbar akan jijik nak sentuh kau!" ujar Zarith puas hati. Dia membuka bajunya. 

"Lepaskan aku binatang!! LEPAS!!! Tolong!!!!" jeritnya sekuat-kuat hati. Dia menahan Zarith dari merapatinya. Masa genting. Dan tiada sesiapa akan mendengar. Zarith sudah berada di atasnya menindih tubuhnya. Elise dapat merasakan tangan lelaki itu merayap-rayap di tubuhnya. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now