BAB 29 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Part 2)

416 15 3
                                    


"Kau ni kenapa? Lebam sana-sini?" tanya Zarith kembali menyedut rokoknya apabila pintu kondominiumnya dibuka dan terjengul kepala seorang lelaki yang kelihatan tidak bermaya. Hairan sungguh melihat lelaki yang berdiri di muka pintu rumahnya hari ini.

Lelaki muda itu berjalan perlahan masuk tanpa menjawab pertanyaan Zarith.

"Rancangan aku berjaya tak?" tanya Zarith lagi tidak sabar-sabar. Dia berjaya menakutkan Elise tempoh hari apabila muncul tiba-tiba di restoran Great Pan's. Dan Zarith menyuruh adiknya pula mengintip Elise di restoran itu.

"Boleh tak kau bagi aku duduk dulu sebelum kau tanya aku macam-macam?" rengusnya tidak puas hati.

"Just straight to the point Zarul!" jerkah Zarith. Dia mahu mendengar rancangannya berjaya. Tidak boleh tidak. Zarith Bazli tidak pernah gagal!!

" Okey! Okey! Aku dah hancurkan kedai makan dia tu kalau itu yang kau nak dengar." Beritahu Zarul. Dia mengerang sedikit. Dan menceritakan juga tentang dia membelasah Akbar, kononnya.

Sebenarnya dia yang lembik dibelasah lelaki itu. Mampos hidup balik dia tidak akan menceritakan kepada Zarith yang pasti mentertawakan dirinya.

Dia menghidap demam gara-gara dibelasah lelaki itu. Tumbukannya berbisa benar. Pipinya bengkak dan berbirat kebiruan. Perutnya juga masih sengal. 'Celaka punya orang!' egonya yang turut tercalar akibat dibelasah Akbar menambah lagi dendam yang sedia ada apabila Elise memalukan seluruh keluarganya.

Akbar menerima nasib malang kerana Elise! Mulanya Zarul hanya hendak melihat tempat itu, mengkaji sebelum menyerang apabila dia melihat pekerja perempuan yang bernama Yani dan meraba punggung gadis itu. Akbar datang menegurnya dan cuba menghalau dia keluar dari situ secara terhormat.

Dan Zarul akui lelaki yang bernama Akbar itu mempunyai karisma yang cukup hebat. Alah, bukan mereka tidak menyelidik dahulu siapa Akbar. Tetapi tidak banyak pula yang mereka tahu tentang pemilik Great Pan's itu.

Sungguhpun begitu, saingan abangnya cukup sempurna. Fikir Zarul. Tetapi apa yang membuatkan dia mengecahkan restoran lelaki itu adalah kerana Akbar berani membelasah dan memalukannya begitu!

Jika hendak diikutkan, tidak kuasa dia hendak menyusahkan diri yang berkemungkinan besar masuk ke pagar besi jika ada yang tahu onarnya semalam.

"Hahaha...!! Kau memang bagus! Dendam aku setengah dah berbalas. Lepas aku dapat Elise, segalanya akan sempurna!" Zarith ketawa gembira dengan apa yang diberitahukan kepadanya. Dia mengaku yang dia cemburu melihat kemesraan Elise dan Akbar.

Sekali lihat pun dah tahu yang lelaki itu menyukai Elise pada hari dia mengintip sendiri Elise. Dia lebih suka menjadi bayang-bayang dan menakutkan gadis itu tanpa Elise lihat kehadirannya. Dia pasti akan muncul di hadapan gadis itu suatu hari nanti. Buat gempak!

" Kau pasti takde sesiapa nampak korang?" tanya Zarith inginkan kepastian.

" Confirm. Ini Zarullah!" balas Zarul mendabik dadanya, tercabar. " Kenapa kau tak cari perempuan lain aje berlambak lagi kat luar. Dia tu miskin dah sekarang ni! Takde gunanya lagi kau nakkan perempuan macam Elise tu! Bapak dia dah buang dia!" geram Zarul apabila mengetahui abangnya masih hendakkan Elise.

" Aku tau dia dah takde apa-apa. Tapi ini Zarith. Takde perempuan yang menolak aku sebelum ini, dan bukan juga Elise. Aku bukan nakkan sangat dia, tapi aku tercabar dengan keras kepala dia terang-terang menolak aku! Ini mesti pasal lelaki tu, hinggakan dia lari dari kahwin dengan aku!" ujar Zarith penuh dendam.

Zarul tersengih sinis. Begitu rupanya. " Nanti kalau dah kau dapat, jangan lupakan aku pulak. Biar berbaloi si Akbar tak guna tu aku belasah!" Zarul ketawa besar bersambung-sambung dengan ketawa Zarith.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now