Seorang lelaki sedang duduk di meja sebelah dinding cermin separa kayu, membelakangkannya.
Akbar tertanya-tanya siapakah lelaki itu. Dia terus melangkah. Semakin dekat terasa api kemarahannya menyala-nyala. Matanya mencerlung.
'Apa yang si jahanam ni buat di sini??!'
"Akbar...aku..." Zarith bangun serta-merta apabila Akbar muncul di sebelahnya. Dia tidak berharap yang Akbar akan menerima kedatangannya dengan baik.
Kemungkinannya dia akan dibelasah oleh Akbar. Zarith tidak berniat untuk menahannya.
"You have no f*cking reason to be here. Lebih baik kau blah!" suara Akbar merendah namun penuh kebencian. Dia berusaha untuk bersabar.
Pelanggan yang ramai kala ini perlu dihormati. Lelaki inilah punca Elise meninggalkannya. Lelaki ini punca rumah tangganya retak!
"Aku datang nak minta maaf dengan apa yang aku dah buat pada Elise..."
Akbar pantas memotong, "Kau jangan sebut nama dia dengan lidah kau yang kotor tu!" suara Akbar meringking. Beberapa pelanggan berdekatan mula tertoleh-toleh.
Hati Akbar sakit apabila mengingatkan kemeja Elise yang koyak rabak menampakkan apa yang tidak patut lelaki selain Akbar nampak.
Elise yang ketakutan, meracau tidak menentu. Tidak suka disentuh. Elise yang menghindarkan diri. Hilang sifat riangnya. Elise yang meninggalkannya! Semuanya gara-gara lelaki jahanam ini!!
Akbar mencengkam bahagian hadapan kemeja Zarith, kuat. "Kerana kau Elise tinggalkan aku! Semua kerana kau, jahanam!! Hanya sebab bapak kau kaya aje kau boleh lagi berjalan ke sini. Tapi kau jangan ingat aku akan berhenti selagi aku tak tengok kau merempat dalam penjara!!" jerkah Akbar sekuat hatinya.
Sabarnya hilang. Hari ini kemarahan yang disimpan akan diluahkan semuanya kepada punca segala perkara buruk yang berlaku padanya dan Elise.
Sherry menggamit Jimmy pantas. Great Pan's bakal menyaksikan satu lagi pertumpahan darah.
"Abang nak tengok dulu. Kalau boss naik tangan abang panggil King. Kita tengok dulu." Ujar Jimmy, menenangkan isterinya.
Sesekali melihat bos mereka membelasah orang agak seronok sebenarnya. Acara tinju percuma katakan...
Zarith terkedu tidak terkata. Benar apa yang dikatakan oleh Akbar. Dan Zarith tidak punya hak untuk marah dengan apa yang sudah dia lakukan kerana mengikut hawa nafsunya. Dia menyesal sekarang.
"Aku minta maaf, Akbar. Aku minta maaf. Aku tau aku salah, dan aku takkan lari dari hukuman. Tapi maafkan aku." Beberapa hari di tahan di lokap, Andra datang melawatnya.
Barulah Zarith mendapat tahu bahawa Andra sedang mengandungkan anaknya. Perasaannya libang-libu. Dia tidak tahu bagaimana harus berhadapan dengan semua itu. Sesudah Andra pulang, Zarith termenung panjang. Dia merasakan yang dia perlu bertanggung jawab terhadap Andra.
Itulah perkara yang sepatutnya dia lakukan. Belajar bertanggung jawab atas perbuatannya. Dia berjanji dengan Andra akan mengahwini gadis itu dan menjaga anak mereka bersama kelak.
"Maaf? Adakah kau layak dimaafkan?" Akbar bertanya sinis, melepaskan kasar baju Zarith. Dia melangkah ke belakang.
"Thanks to you, I'd lost my wife. She lost her dad because of you! Tapi hati aku bukan bangkai macam kau. So, aku maafkan kau. Tapi kau jangan muncul lagi dalam hidup isteri aku." Ujar Akbar mendatar. Puas hatinya melihat wajah serabut Zarith.
Akbar tahu segala yang berlaku seperti kematian Tan Sri Mokhtar adalah takdir Allah, tetapi Akbar mahu Zarith diselubungi rasa bersalah seumur hidupnya. Dan itulah hukuman yang paling setimpal buatnya.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...