"ELISE!!!" pekik Akim sambil menyambar tubuh Elise dari meneruskan langkah.
Elise terkejut. Jantungnya berdegup kencang seperti habis berlari pecut. Pandangannya kembali menatap jalan yang agak sibuk itu.
"Qu'est-ce que tu avais en tête?? God!" suara lelaki memarahinya.
Elise menekup wajahnya seketika. "Astaghfirullah." Lekas-lekas dia beristighfar.
"Sorry, Akim. Aku letih sikit." Ujar Elise, cuba tersenyum.
Akim mendengus tidak puas hati. Sudah tiga minggu sejak dari hari dia menjemput Elise di lapangan terbang Heathrow.
Begitulah Elise, kalau tidak teremenung, pasti tidak sah!
"Spacing out on daylight? And while walking with ME? You are the first one that got distracted with other things while I'm right by your side, sweetheart! And dear apple, red lights, means do not walk!" leter Akim. Sempat dia bergurau.
Sekilas pandangannya dilemparkan ke arah kenderaan yang menderu di hadapan mereka.
Elise hanya mampu tersenyum menerima leteran Akim. Lelaki itulah yang sering menemaninya jika ada kelapangan dari kerjanya. Sudah tiga minggu dia di sini.
Akim juga berusaha menggembirakan dia sebaik mungkin. Mungkin Akim berjanji dengan Akbar untuk menemaninya? Elise tidak tahu. Namun tidak pula kisah kerana tidaklah dia sunyi. Dia tidak mahu begitu memikirkan Akbar.
Kerana jika lelaki itu menerjah fikirannya, beginilah, berjalan pun Elise tidak tahu ke mana arahnya. Habis bersepai kenangan terakhirnya pada malam sebelum dia berangkat ke sini.
Akbar menurut segala permintaannya. Lelaki itu langsung tidak menghantarnya ke lapangan terbang. Elise terkilan, lelaki itu keluar dari rumah sebelum dia bangun. Dia mencari Akbar di seluruh rumah sebelum melihat garaj. Motor Akbar tiada di tempatnya.
Akim merenung beanie kelabu gelap yang dipakai Elise petang dingin itu. Dia kenal sangat dengan topi benang kait kesayangan Akbar itu.
Akim tersengih mengenangkan perpisahan di antara keduanya. Cinta itu aneh ya? Berpisah tapi saling mengenang. Saling merana. Mungkin betul agaknya bila pasangan tidak ada di depan mata, barulah tahu betapa berharganya satu sama lain?
"What's with the big grin on your face? Ingatkan Merlina, temankan aku kenapa?" tanya Elise memerli.
Beberapa hari dia di sini, Akim akhirnya memperkenalkan teman wanitanya kepada Elise. Sejak itu, Elise mula rapat dengan Merlina.
Bertuah Akim kerana memiliki gadis sebaik Merlina. Sudahlah cantik, terkenal di peringkat antarabangsa pula.
Elise juga mengagumi sifat merendah diri dalam diri Merlina. Apa yang paling dikagumi Elise adalah, gadis berpakaian menutup aurat seperti Merlina boleh berjaya di dalam bidang fesyen.
"Hmm...Aku kat sebelah kau ni, peneman kau berangan ajelah ya?" perli Akim lagi.
Elise cepat tersedar. Lalu dia menumbuk perlahan bahu Akim. Mereka ketawa.
Akim sempat merakam wajah Elise yang sedang ketawa itu. Elise perasan, mahu dirampasnya telefon Akim sebelum lelaki itu mengangkat tinggi jauh dari jangkauan Elise.
Buat sejenak mereka seolah-olah kembali ke zaman remaja mereka. Merayau kota London.
Selama tiga minggu ini juga mereka tidak berhubung. Bukan tidak ada Akbar menghubunginya. Setiap hari. Tetapi Elise enggan menerima panggilan Akbar. Dia tidak faham dengan dirinya. Teringat, rindu tetapi dia gusar kalau-kalau dia akan kalah dengan perasaannya sedangkan dia belum lagi menemui apa yang hilang dalam dirinya. Rumit.
YOU ARE READING
NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!
RomanceMimpikan Aku Please! adalah novel terbitan Kaki Novel Sinopsis: Elise, seorang gadis yang cekal. Demi melindungi dirinya dari lelaki si hidung belang, Elise tega meninggalkan majlis akad nikahnya sendiri tanpa mempedulikan reputasi si ayah. Perbuata...