BAB 36 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

408 18 3
                                    


AUTHOR'S NOTE: 

Maaf kalau ada yang rasa offended scene Elise dan Akbar malam tersebut dalam part ni. Just don't take this as an example and practice it. Yang dosa tetap dosa okay. Luv yaa!!

.

.

Akbar membuat pusingan U. Hatinya mula tidak sedap. Dia memecut semula ke tempat dia meninggalkan Elise tadi. Dari jauh dia melihat lelaki-lelaki yang mencurigakan. Sebaik sahaja cukup dekat dia dengan kumpulan aneh itu, dia melihat mereka sedang mengelilingi seorang gadis yang berpakaian seperti...

"Laila!!" pekiknya seraya memberhentikan motorsikalnya mendadak.

Lelaki tiga mendekati Akbar dan menghayunkan penumbuk besarnya, sempat dielak Akbar yang tangkas menghentak tengkuk lelaki itu dengan sikunya. Lelaki tiga itu pengsan. Lelaki satu pula menghampiri Akbar dan tanpa sempat Akbar mengelak, tendangan lelaki satu mengenai perut Akbar yang terlentang ke belakang.

Akbar pantas melonjakkan tubuhnya kembali berdiri, mengelak layangan penumbuk lelaki satu dan menghentak tengkuk lalu memegang leher lelaki satu sebelum menghentak perut lelaki satu dengan lututnya pula. Sekali. Dua kali. Sehingga lelaki itu mengerang kesakitan.

Akbar menendang kuat lelaki itu ke belakang. Lelaki satu rebah tidak sedarkan diri. Lelaki dua kaget, tidak menyangka lelaki penyelamat itu hebat bertarung. Elise yang terasa lelaki yang memegangnya leka sebentar, tanpa membuang masa dia menggigit kuat lengan lelaki dua.

Dia mengerang kesakitan apabila rambutnya direntap kasar. Akbar datang dan melayangkan kakinya di kepala lelaki satu. Pengsan.

Akbar menghampiri Elise yang nampak tidak terurus. Rambutnya kusut masai, dengan wajah yang basah. Bibirnya terketar-ketar. Akbar tidak dapat menahan dirinya lalu memeluk Elise untuk melegakan sedikit perasaan gadis itu. Elise menangis ketakutan.

"Kau okey kan?" dia lega dapat menyelamatkan Elise tepat sebelum gadis itu dibawa lari.

"Ikut aku balik? Kau tak perlu sendirian malam ni. Aku akan jaga kau." ujar Akbar. Dia menyapu wajah Elise dengan ibu jarinya. Dia baru sahaja hendak memaut bahu Elise, tiba-tiba sahaja gadis itu menggeleng-geleng dalam esakkan.

Jiwa yang libang-libu tidak membejatkan akal Elise. Takkan dia hendak mengikut lelaki ini pulang ke rumahnya. Akbar seolah-olah faham. Tersenyum kecil memberi jaminan.

"Trust me, sayang. I love you, I respect you and I won't do anything to cross that line. Aku nak pastikan kau selamat, sekarang, malam ni, esok, for eternity..." Ujarnya perlahan.

Faham dengan keadaan tiada ikatan sah begitu, memang wajar Elise risau akan keselamatan dirinya. Lihat sahaja apa yang telah berlaku malam ini. Jika dia tidak berpatah balik semula kepada Elise, entah apa yang akan terjadi kepada gadis kesayangannya ini.

******************

Elise duduk di sofa. Merenung segenap sudut. Cantik...di dinding belakang televisyen berskrin leper yang besar, tergantung sebuah gambar yang besar seorang lelaki tidak lain tidak bukan, pemilik rumah ini. Gambar Akbar yang menayangkan separuh tubuh tegap tidak berbajunya berwarna hitam putih itu menggamit pandangannya lama.

Dia bangun dan berdiri berpeluk tubuh di hadapan gambar itu. Lelaki itu berwajah serius, berkumis nipis ketika gambar itu diambil. Rambutnya juga pendek. Hanya sehelai jeans sahaja yang dipakainya. Matanya sedang merenung kembali kepada Elise, membayangkan satu aura misteri. Tidak dapat tidak hatinya terusik...nakal. Seksi.

Dan itulah perkataan yang paling tepat untuk menggambarkan Akbar di dalam gambar itu. Macam model bergaya untuk majalah lagaknya. Akbar memang kacak. Namun, bukan itu yang selama ini dilihatnya, kerana Elise melihat hati lelaki itu di sebalik topeng rengusnya. Dia tersenyum sambil melihat gambar itu. Dia tahu dia juga mencintai lelaki itu.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now