BAB 55 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (Bahagian 2)

308 12 0
                                    

My heart belongs to you...

Oh, dearest of the star. Take me. Take me from this misery.

For that, I couldn't bear to see my love faded from my eyes.

.

.

'Elise okey?'

Akbar merenung mesej yang dihantarnya kepada isterinya sejam yang lalu. Jam sudah pukul 11.30 pagi.

Namun, Elise tidak membalas mesejnya itu. Sibuk barangkali, sudah tentulah kerana hari ini adalah hari pertama Elise bekerja.

Tentu banyak yang perlu dilihatnya. Jauh di lubuk hatinya, Akbar ingin sekali hari Elise pergi dari sisinya tidak akan pernah tiba.

Tiba-tiba dia merasakan perlunya mesin masa. Bolehlah dia melompat ke masa Elise pulang ke pangkuannya. Tidaklah dia akan merana.

Semalam, ikutkan hatinya, dia mahu bersama Elise sepanjang malam. Berbual dan bercerita mengenai perasaan Elise untuk menghadapi hari ini sebagai peneraju MEJ Holdings. Mahu berkongsi rasa hati. Tetapi akalnya menahan.

Sejak hari mereka bertengkar, mereka tidak lagi tidur sebilik. Akbar yang meninggalkan bilik tidur mereka, dan tidur di bilik tamu.

Akbar tersentak apabila isyarat pesanan baru masuk ke telefonnya.

'Elise okey...dont worry.'

Mesej pendek dari Elise itu terasa hambar.

"Boss!!" jeritan kecil Sonja mengejutkannya. Nasib baik telefon tidak terlepas dari tangannya.

"What?!" balas Akbar sebelum hidungnya menangkap bau hangus. Sedar apa yang Sonja jeritkan.

"What the...! Hesy!!" pantas Akbar menutup api dapurnya. Kentangnya yang hitam dilihat kesal.

Dia tidak pernah secuai itu apabila berada di dapur. Tetapi kebelakangan ini semua serba tidak kena. Akbar menonggengkan isi kualinya ke dalam tong sampah lalu menghempaskan kuali itu ke dalam sinki. Berang.

"Jiji, kau buatkan hidangan meja enam. Aku nak ke belakang." Arah Akbar, menanggalkan apron merah hatinya dan keluar dari pintu dapur.

Dia bertinggung di tepi longkang. Sebatang rokok dinyalakan lalu Akbar menyedutnya dalam-dalam.

"Hai, apa kenalah dorang berdua tu? Risau aku dibuatnya." Ujar Jiji meletakkan kentang baru ke dalam kuali leper.

"Ha'ah kan? Tapi aku masih belum percaya yang Laila tu anak Tan Sri! Maksud aku, tengoklah dia tu, biasa-biasa aje." Balas Jimmy yang berada dalam dapur.

Mereka baru tahu tentang latar belakang Elise sebenarnya pada hari mereka dikhabarkan oleh Akbar tentang kematian Tan Sri Mokhtar.

Keadaan selepas itu di Great Pan's tidak lagi seperti dulu. Akbar bertukar menjadi pendiam. Lelaki itu memendam rasa. Suaranya jarang didengari lagi sejak Elise tidak datang bekerja. Marah pun tidak. Apa pun tidak.

"Hmm...itulah. Rasanya Laila dah tak kerja kat sini kot. Syarikat bapak dia siapa nak tengokkan?" Sonja pula menambah. Tempoh hari ada dia bercakap dengan gadis itu ditelefon. Suaranya tidak bermaya, sedih.

Elise juga turut meluahkan bertapa terkilannya dia tidak dapat bekerja di Great Pan's ketika ini.

"Yalah. Siapa lagi dia kan anak tunggal." tambah Ajit pula.

**********************

Elise pulang ke rumahnya. Masih ada barang yang perlu dikemaskan. Elise memandu sendiri. Elise dengar dari Bibik Ati, setiap hari selama lebih setahun ini, daddy akan memastikan enjin Swift itu dipanaskan atau diservis sekali-sekala.

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now