BAB 59 - MIMPIKAN AKU PLEASE!

328 16 0
                                    


Akbar berteleku sudah hampir sejam di tikar sejadahnya. Menadah tangan memohon kekuatan. 

Akbar sudah biasa melalui susah payah hidupnya ketika baru menceburi bidang kulinari. Tetapi ujian Allah kepadanya kali ini benar-benar menduga kekuatannya. 

Akbar meraup wajahnya. Akbar teringat mimpinya tadi. Alangkah indahnya jika ia menjadi kenyataan. Anaknya dan Elise.

Sudah dua hari dia mendiamkan diri. Tiada panggilan atau mesej kepada Elise. Akbar merasa bersalah, tetapi apabila dia memikirkan kata-kata papa, dikuatkan hatinya agar tetap dengan pendiriannya.

Tanpa Akbar sedar, Puan Sri Fazira sedang mengintainya dari pintu yang renggang. Lapang dadanya melihat perubahan si anak. Semuanya datang dari Allah SWT. Puan Sri Fazira perlahan-lahan menutup pintu bilik Akbar sebelum turun ke bawah. 

************************

"Haa...little bit here..and here I think." komen Merlina masih membetulkan kelim di baju rekaannya yang tersarung di tubuh Akim. 

"Jess, hand me the cutter, please?" pinta Merlina kepada pembantunya yang pantas meletakkan setimbun baju ke atas meja sebelum mencapai gunting kecil lalu diberikan kepada Merlina. "Thank you." ucap Merlina.

Elise hanya duduk di sofa pinggir studio Merlina. Masih ada beberapa orang yang sedang bertungkus-lumus memastikan sentuhan terakhir sempurna pada semua pakaian yang akan diperagakan di pentas esok malam.

"Sayang, it's the fourth time already!" terdengar Akim merungut sambil mendepangkan tangannya kerana Merlina hendak membetulkan lipatan poket jaket tepi bajunya.

"Shh...! Stand still!" marah Merlina menjeling tajam wajah teman lelakinya.

"You know what, Elise? She can be furious when it comes to her design. I mean, jaguar pun surrender tengok Merly marah!" Akim ketawa besar. 

Elise turut sama tergelak. Merlina pula mengetap giginya geram.

Riuh terdengar suara Merlina memberi arahan itu ini kepada para pembantunya. Memang benar, di dalam studio, Merlina memang menakutkan! 

Elise suka melihat gaya tudung Merlina. Sopan, dan cantik. Walau bertudung litup, tetapi masih memperlihatkan gaya moden. Mungkin ini yang dikatakan  , moden tetapi masih bertutup sempurna.

"Haa...dah settle untuk malam ni. Lega betul hati I!" ujar Merlina sambil duduk du sofa sebelah Elise. Akim masih di dalam bilik persalinan. Mencuba beberapa lagi baju.

"Merly, can I ask you something?" tanya Elise, tersenyum.

"What darling?" tanya Merlina kembali sambil mengenyitkan matanya.

Elise tersengih. "Boleh you ajar I cara nak pakai tudung?"

"Subhanallah...Alhamdulillah." Merlina memeluk Elise pantas. 

"Boleh! Boleh sangat-sangat!" Merlina bingkas bangun menuju ke almari di sudut studio. Teruja sungguh dengan permintaan Elise itu. 

"I ada banyak design tudung..kejap. Nanti I ambikkan. OMG! This is so exciting!!" bebel Merlina sambil tangannya sibuk mencapai beberapa helai kain.

"I design sendiri. Bertuah you tau, belum masuk market lagi ni! Belum finalized lagi." Merlina menarik Elise bangun ke hadapan cermin besar sebelum berhenti di hadapan Akim yang berada di atas pentas kecil di hadapan cermin besar itu. 

"Excuse moi, chérie." Usik Merlina. Akim segera menepi, menunduk hormat memberi laluan.

Melihat Merlina bertudung, hatinya terbuka mahu bertudung. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now