BAB 63 - MIMPIKAN AKU PLEASE! (AKHIR)

656 15 7
                                    


Alhamdulillah. Bahagian terakhir Mimpikan Aku, Please! Sis tak nak tulis panjang-panjang kat sini, just nak korang enjoy je part last ni. Semoga kita berjumpa lagi in the next manuscript. InsyaAllah. Luvvv korang!

#staysafe #keepreading #mimieismail

.

.


Paris Fashion Week Men Spring-Summer, Julai

.

Elise teruja melihat suasana di dalam Carrousel du Louvre, yang terletak di bawah Museum Lourve. Tempat itu sesak dengan orang ramai yang mula mengambil tempat. 

Pak ciknya, James Albert di seberang pentas sedang melayangkan ciuman untuknya. Elise membalas sambil tersengih. 

Di tangannya ada brosur yang sejak tadi telah dikhatamnya. Nampaknya, jenama Merly K. akan bermula selepas sahaja jenama Hermes. Tak sabar dia hendak melihat koleksi Merlina Khadijaa diperagakan. Atau dia sebenarnya teruja kerana salah seorang peraganya adalah Akbar?!lol.

Selepas dipujuk Akbar bersetuju untuk memperagakan koleksi Merlina. Syaratnya cuma sepersalinan sahaja! 

Kebanyakkan tetamu adalah dari pereka, pengkritik, dan penggemar fesyen. Lampu-lampu spotlight dan muzik latarnya yang bising, memeriahkan lagi majlis yang hampir bermula. 

*************

Di belakang pentas, Akim sudah sedia untuk mengetuai jenama Merlina.

Pakaian rekaan isterinya tersarung ke tubuhnya. Segak. Sebentar lagi, rekaan dari pereka lain juga akan diperagakannya. Dia berpaling ke arah Akbar yang sedang menyarungkan jaket berwarna coklat muda. Juga rekaan Merlina. 

Kelakar. Akim tersengih sinis. 'Hmm...kena queen control la ni!' 

"Akbar, comment allez-vous??" sapanya. Rambutnya disembur pula dengan penyembur rambut oleh pendandannya.

"Shut up!" sergah lelaki itu merengus. 

Bukan marah tetapi lebih kepada menghambat resahnya. Ini adalah kali pertama dan terakhir dia buat ini semua. Dan semuanya kerana Elise!!

Tidak dapat tidak dia menolak permintaan berserta wajah ala-ala seposen isterinya rasanya sebulan yang lalu tentang permintaan Merlina yang mahu Akbar memperagakan salah satu koleksinya di Paris Fashion Week Men's ini. 

Memikirkan ini juga adalah kali terakhir Akim memperagakan dirinya di atas pentas, apa salah dia juga meraikan persaraan Akim.

"Aku kagum betul dengan Elise kau tau! Dia aje yang dapat buat kau buat apa yang kau, taknak buat!" ujar Akim bersimpang-siur, sambil ketawa. 

Akbar tidak menjawab, hanya menarik muka.

Sejak bertahun lamanya dia memujuk Akbar untuk menjadi model sambilan, tetapi tidak pernah dipersetujui lelaki itu. Sekarang, sekali sahaja Elise meminta, terus Akbar rela dirinya dipertonton.

Seminggu yang lalu, dia menamatkan zaman bujangnya bersama Merlina yang mana majlisnya disaksikan Akbar dan Elise yang hadir bersama. 

Seperti janjinya, Akim akan bersara untuk mengambil alih jenama James Albert.

****************

Elise berbual dengan seorang tetamu di sebelahnya sementara menunggu acara bermula. Wanita yang agak berumur, tetapi sangat bergaya penampilannya. 

Wanita itu adalah pemilik butik berjenama di Paris, yang menjemput Elise ke butiknya nanti. 

Mengikut brosur, selepas sahaja penyanyi itu habis menyanyi, tibalah masa untuk para model memperagakan rekaan para pereka. 

NOVEL : MIMPIKAN AKU PLEASE!Where stories live. Discover now