3 tahun kemudian.......
Fiza sedang membimbit beg tangannya dan masuk ke dalam sebuah kedai buku,Popular Book Store.Hmmm,nampaknya hari ni tak ramai orang kat sini.Fiza terus berjalan menuju ke bahagian"novel cinta".Fiza memang gemar membaca lagi-lagi novel yang berunsurkan percintaan.Bukannya apa,apabila dia membaca novel-novel cinta tersebut,sekaligus mengingatkannya tentang kisah cintanya yang gagal tiga tahun yang lalu bersama....Raffiqi.....Terus dia terkenangkan kejadian perpisahan yang terjadi antara mereka berdua.Fiza terus hanyut dalam khayalannya tanpa menyedari novel yang dipegangnya sebentar tadi terlepas dari genggaman.
Fiza tersentak lalu dia cepat-cepat menunduk untuk mengambil semula novelnya.Tanpa disedari,muncul satu figura di hadapannya dan cepat-cepat tunduk untuk membantunya mengambil novel tersebut.Kepala mereka terhantuk lalu Fiza terjerit kecil kerana merasa sakit campur terkejut.
"Aduh...sakitnya kepala saya...."omel Fiza sambil menggosok-gosok kepalanya menggunakan tangan kanan.
"Saya minta maaf,cik.Saya tak sengaja.Saya cuma nak tolong cik je tadi,"ujar pemuda tersebut.Fiza mendongakkan kepalanya bagi melihat wajah pemuda itu.Zapp!Bagaikan terkena panahan petir,mata mereka bertembung dan masing-masing diam terkaku.Fiza mengamati rupa paras pemuda itu.Mata berwarna coklat gelap,alis yang terukir sempurna,hidung mancung serta bibir yang menawan.Turut kelihatan jaw line pada kedua-dua sisi wajahnya.Wajah yang cukup tampan dan dapat mencuri hati mana-mana wanita yang memandangnya.Termasuklah...Fiza sendiri.
Tengku Mikhail turut menggunakan peluang tersebut untuk mengamati wajah gadis yang dilanggarnya.Wajah yang putih gebu,mata bundar sedikit kebiru-biruan serta pipi yang merah secara semula jadi.Ahh,sungguh...wajah tersebut terus tersemat di dalam kalbunya.Gadis di hadapannya ini benar-benar telah membuatkan dirinya jatuh cinta....
Mereka berdua serentak berdiri dan terus diam terkaku.Fiza secara automatik menundukkan pandangan ke lantai bagi mengelakkan matanya bertembung dengan wajah pemuda itu lagi."Ermmm,saya minta maaf cik.saya betul-betul tak sengaja tadi.Salah saya sebab cuai."Ujar Tengku Mikhail terlebih dahulu.Memang betul itu salah dia,kan?
"Eh,takpe encik.Saya tak salahkan encik pun pasal ni.Encik bukannya sengaja nak langgar saya tadi."Balas Fiza bagi mengelakkan salah faham berlaku.
"Baiklah kalau cik cakap macam tu,lega saya dengar.Eh,lupa pula.Ni dia buku cik yang jatuh tadi."Kata Tengku Mikhail lalu menghulurkan novel tersebut kepada gadis itu kembali.
"Thanks, Encik???
"Mikhail.Panggil saya Mikhail je.Nama cik pula apa ya?"
"Nama saya Fiza.Selamat berkenalan," kata Fiza sambil menghadiahkan sepotong senyuman yang cukup manis kepada Mikhail sebagai tanda perkenalan mereka.
"Oh,nama cik Fiza eh?okey,okey.Err,ni kad saya.Mungkin lepasni kita boleh berjumpa lagi?"Kata Mikhail sambil menghulurkan kad namanya kepada Fiza.Pada kad tersebut tertera alamat syarikatnya berserta nombor telefonnya sekali.Fiza menyambut kad itu lalu menyisipkannya di dalam beg duit miliknya.Sebentar kemudian,Fiza mengeluarkan sekeping sticky notes lalu menyalin nombor telefonnya di atas sticky notes tersebut sebelum menyerahkannya pada Mikhail.
"Okey.Ermmm,ni phone number saya.Kalau ada apa-apa encik boleh contact saya."Begitulah penjelasan Fiza kepada Mikhail.
Sejurus selepas itu,Fiza terus menuju ke kaunter bagi membayar novel yang dipilihnya sebentar tadi.Mikhail pula mengekori Fiza daripada belakang.Ketika Fiza ingin membayar novel tersebut,Mikhail menghalangnya.
"Takpe,cik.Biar saya bayarkan untuk cik."Mikhail terus mengarahkan Fiza untuk tunggu di luar sementara dia menyelesaikan urusan pembayaran novel tersebut.Melihatkan Fiza sudah berada di luar,Mikhail mengeluarkan pen lalu menulis sesuatu di dalam novel tersebut lalu membayarnya.Mikhail terus keluar dan menyerahkan bungkusan tersebut kepada Fiza.Fiza mengucapkan terima kasih kepada Mikhail lalu beredar.