Fiza pov
Mikhail,Mikhail...baiknya awak ni.Dahlah dress ni mahal,awak sanggup pula nak bagi saya macam tu jer.Tapi,kenapa aku rasa dia ni bukan lelaki biasa-biasa?Kereta yang dia pandu tadi pun,Lamborghini.Biasanya kereta macam tu,standard anak orang kaya.Kalau dia anak orang kaya,kenapa dia kena susah payah minta tolong aku yang biasa-biasa ni?Boleh jer pun dia upah model yang lagi cantik dari aku untuk menyamar depan family dia.Ke dia ni ada plan something?Ahhhh,biarlah yang penting aku kena tolong Mikhail.Nasib baiklah awak ni handsome kalau tak,saya pun tak ingin kat awaklah....ecewah,gurau jer eh,jangan marah.Mikhail pov
Nasib baiklah dia faham aku.Kalau tak,mana lagi aku nak minta tolong?Aku lagi sanggup kahwin dengan Fiza daripada kahwin dengan Helena biarpun dia tu anak kawan papa.Bukan aku sengaja tak nak tunaikan janji,cuma aku memang tak berkenan dengan perempuan tak tahu malu macam tu.Pakaian pun tak pernah cukup kain.Apa papa ingat taste aku teruk macam tu ke?Kalau si Qashri tu lainlah...semua perempuan dia nak ngayat.Bukti???Girlfriend dia asyik tukar-tukar je.Minggu ni nama Suzie,minggu depan Linda.Nasib baiklah aku bukan jenis lelaki yang macam tu.Cukuplah dulu aku pernah dikecewakan oleh....Ah,kenapa aku kena ingat semua tu.Sekarang ni aku dah ada Fiza lah.Ya,betul tu...aku dah ada Fiza dan aku yakin yang aku akan gembira dengan Fiza nanti.
Fiza pov
Bosannya.......apa aku nak buat ni?Dahlah mama dengan papa pergi Perth kelmarin,seminggu pulak tu.Dah tinggal aku sorang-sorang kat rumah ni.Nasib baik Pak Hamid dengan Mak Tam ada.Kalau tak,memang aku mati kebosananlah macam ni.
__________________
Sedang Fiza menonton drama kegemarannya di ruang tamu,telefon rumah berdering.Mak Tam kemudiannya keluar dari dapur dan mengangkat telefon tersebut.
"Ya,betul.Boleh saya tahu siapa yang bercakap?"
"......"
"Ya Allah....kamu rupanya.Ingatkan siapa lah yang telefon tadi."
"......"
"Oh,Datuk dengan Datin ada urusan kat Perth minggu depan baru mereka balik.Fiza??Tu hah,tengah layan drama kat depan.Kamu nak cakap dengan dia?
"......"
"Ok,jap.Mak Tam panggilkan."
"Fiza,ada orang nak cakap dengan kamu ni kat telefon ni hah."
"Siapa Mak Tam?"
"Kamu datanglah sini dulu,nanti bila kamu dengar suara dia,mesti kamu gembira sangat."
"Yelah,Mak Tam.Fiza datang ni..."
Sebaik sahaja Fiza muncul,Mak Tam terus menyerahkan gagang telefon kepadanya dan segera berlalu ke dapur semula.Fiza memberikan salam namun,salamnya tidak dibalas.Hanya kedengaran bunyi nafas seseorang di sebelah sana.
"Hello,siapa ni?Tolonglah bagi respon.Saya ada hal lah,jangan buang masa saya boleh tak?"Ujar Fiza dengan kasar kerana terlalu geram.
"Hahahaha...okey adik janganlah marah.Ni Abang Qri lah.Bukannya orang lain.Abang adik jugak kan?Tak rindu kat Abang ke,adikku sayang?"
Sebaik sahaja mendengarkan jawapan daripada si pemanggil,Fiza terus menjerit keriangan.Mana taknya,dah dekat lima tahun dia tak bertemu dengan Fiqri iaitu satu-satunya abang kandungnya kerana Fiqri melanjutkan pelajaran di Sydney,Australia.
"Abang!kenapa tak bagi tahu awal-awal yang Abang call.Adik ingatkan mamat sengal mana yang call tadi."
"Oh,adik Abang ni ada ramai peminat eh?Kalau macam tu,cepat-cepatlah kahwin,ada jugak geng Abang nanti.Hehehehe...Abang gurau jer.Adik, Abang baru jer sampai kat KLIA ni.Boleh tak adik datang sini jemput Abang?"
"Okey jap lagi adik datang dengan Pak Hamid.Dalam setengah jam lagi,adik sampai.Okeylah Abang,jap lagi kita jumpa.Adik nak bersiap dulu.Assalamualaikum."Ujar Fiza lalu menamatkan perbualan mereka.
"Mak Tam,Fiza nak pergi jemput Abang Fiqri kat KLIA ni.Mak Tam ada nak kirim apa-apa tak?Alang-alang Fiza keluar ni."
"Takpelah Fiza.Barang dapur banyak lagi tu.Dua hari lepas Mak Tam dah pergi beli barang dapur.Kamu pergilah jemput Fiqri tu.Malam ni Mak Tam nak masak special."
"Okeylah Mak Tam,Fiza pergi dulu ya!Assalamualaikum."
