"Itu masalah awak sebab tak berkenan dengan perempuan pilihan keluarga awak tu.Bukan masalah saya."Balas Fiza kepada Mikhail.
Betul lah kan?Itu masalah Mikhail secara peribadi.Kenapa dia kena terlibat dalam hal ni pula?"Awak.Tolonglah saya,please.....Saya janji saya akan bayar awak kalau awak sanggup berlakon untuk jadi awek saya.Berapa yang awak nak?Cakaplah saya bayar asalkan awak sudi menyamar untuk perdayakan mama dan papa saya."Terdesak sangat si Mikhail ni nampaknya.Tengoklah,dia sanggup bayar Fiza supaya'berlakon'jadi awek dia.Mendengarkan betapa terdesaknya Mikhail akhirnya Fiza melepaskan satu keluhan yang berat dari mulutnya.
"Haihh...Yalah,saya setuju.Dan lagi satu,tak payahlah main bayar-bayar semua ni.Kalau awak betul-betul terdesak nak ada girlfriend saya sudi untuk jadi girlfriend awak secara percuma.Dengar tak?FREE OF CHARGE.Saya ikhlas nak tolong awak."Kata Fiza sebelum melemparkan sebuah senyuman yang sangat manis dan menawan pada mata Mikhail.
"Betul ke ni?Alhamdulillah....terima kasih Fiza.Terima kasih sangat-sangat."Balas Mikhail dengan wajah yang penuh dengan sinar kegembiraan tatkala mendengar persetujuan Fiza untuk menjadi teman wanitanya."okey,kalau macam tu,apa kata awak ikut saya pergi satu tempat sekejap lepas ni?Saya ada suprise untuk awak.""Hah?Kita nak pergi mana pula ni?"Soal Fiza.
"Mana boleh bagitau awak sekarang.Nanti dah tak suprise kalau saya bagitau awak sekarang."
_____________
"Okey,kita dah sampai!",ujar Mikhail sambil menunjukkan kedai pakaian di hadapannya kepada Fiza."Wah!Cantiknya kedai ni.Tapi,kenapa awak bawa saya ke sini,Mikhail?Awak nak beli baju baru ke?"Soal Fiza yang kebingungan.
"Siapa kata saya yang nak beli baju?Kita ada dekat sini sebab awak yang kena beli baju."
"Hah?Saya yang kena beli baju?Ehhh,tapi saya mana ada duit nak beli baju kat tempat branded macam ni.Lagipun,buat apa saya nak kena beli baju pula?Saya dah ada banyak baju kat rumah.Tu pun tak habis pakai lagi tau tak?Alah...membazirlah semua ni.Tak payahlah."
"Pasal tu,awak jangan risau.Disebabkan saya yang bawa awak datang sini jadi sayalah yang kena bayar untuk semua barang yang kita nak beli lepas ni.Dah,dah jom kita masuk."Balas Mikhail lalu mengajak Fiza untuk masuk ke dalam kedai tersebut.Dengan teragak-agak,akhirnya Fiza pun menjejakkan kakinya ke dalam kedai pakaian tersebut.Menggigil seluruh tubuh Fiza sebaik sahaja berada di dalam kedai.Kedai tersebut kelihatan sungguh merah dengan pelbagai rekaan pakaian yang berjenama dan berkualiti tinggi.Semua pakaian yang terdapat di dalam kedai itu kelihatan sungguh mewah dan anggun.
"Cantiknya semua pakaian yang ada dekat sini.Sebenarnya,ini kedai pakaian apa ya?Saya tak pernah lagi masuk ke tempat-tempat seumpama ni sebelum ni."
Belum pun sempat Mikhail hendak menerangkan dengan lebih lanjut mengenai kedai tersebut,muncul seorang wanita yang anggun bergaya dalam lingkungan 20-an di hadapan mereka.
"Hello you guys!My name is Suzzane,welcome to Precious Boutiqe.How Can I help you?"
"Hai Suzzane.Actually kitorang datang sini nak cari beberapa dress dan aksesori wanita."Jelas Mikhail kepada Suzzane dengan tenang.
"Oh,senang jer tu.Okey you guys ikut I."Kata Suzzane dan membawa Fiza dan Mikhail ke tingkat atas butik tersebut.Setibanya di tingkat atas,Fiza terkaku melihat pelbagai rekaan pakaian wanita yang sungguh elegan.Mikhail pun melihat ke arah pakaian-pakaian tersebut dan hatinya tertarik terhadap sehelai dress yang berwarna ungu dengan kilauan batu permata di atasnya.Tanpa membuang masa,Mikhail terus menyambar dress itu dan menghulurkannya kepada Fiza.Fiza yang masih terpinga-pinga terkejut dengan tindakan Mikhail.Fiza hanya memandang dress yang berada di tangan Mikhail tanpa mengambilnya.Lagi-lagi setelah dia terpandangkan harga dress tersebut yang mencecah RM 500!
"Fiza,kenapa ni?Awak tak suka ke dengan dress yang ni?Takpelah kalau awak tak suka kita boleh pilih yang lain.Yang mana sesuai dengan citarasa awak."Kata Mikhail setelah dia perasan Fiza seperti tidak menyukai dress pilihannya sebentar tadi.
"Eh,tak.Bukan macam tu,saya suka dengan dress ni cuma harga dia mahal sangatlah.Saya mana ada duit nak beli baju yang mahal-mahal."Jelas Fiza merendah diri.
"Lah,siapa cakap awak yang kena bayar untuk baju ni?Kan saya dah cakap tadi,semua benda yang kita beli kita beli kata sini,saya yang bayarkan.Dah,tak payah nak fikir-fikir bagai.Sekarang ni,saya nak awak cuba dulu dress yang saya pilih ni.Saya nak tengok sesuai ataupun tak untuk awak.Sekarang awak pergi cuba pakai dress ni dekat fitting room yang ada kat sana tu.Lepas dah siap nanti,awak panggil saya tau."Balas Mikhail panjang lebar.
Akhirnya,Fiza pun mengambil dress tersebut dan masuk ke dalam bilik persalinan bagi mencubanya sementara Mikhail pula menunggunya di luar bersama Suzzane.
Beberapa minit kemudian,Fiza telah siap memperagakan dress tersebut lalu dia pun keluar.Mikhail yang sedang leka berbual bersama Suzzane tidak menyedari bahawa Fiza telah keluar dari bilik persalinan itu sehinggalah sikunya di kuis oleh Suzzane.Sebaik sahaja Mikhail memalingkan kepalanya,dia terpengun melihat Fiza yang kelihatan sungguh menawan tatkala mengenakan dress tersebut sehingga dia tidak mendengar panggilan daripada Fiza.Sebaik sedar dari lamunannya,Mikhail terus memuji Fiza dengan mengatakan Fiza kelihatan semakin cantik apabila memakai dress berwarna ungu tersebut.Fiza tersipu malu mendengarkan pujian daripada Mikhail dan mengucapkan terima kasih kepadanya.Akhirnya,Mikhail pun membelikan dress ungu itu untuk Fiza sebagai hadiah untuknya.Fiza hanya mampu menyatakan setinggi-tinggi rasa syukur kepada-Nya dan amat berterima kasih kepada Mikhail.
"Terima kasih tau,Mikhail sebab dah belikan saya dress yang cantik ni.Terima kasih sangat-sangat.Ni dah kali kedua awak belanja saya.Saya belum pernah lagi belanja awak apa-apa."
"It's a small matter.No need to thanks me.Awak tak payahlah susah-susah nak belanja saya pula.Saya memang ikhlas nak tolong awak lagipun,awak kan dah setuju untuk jadi girlfriend palsu saya."Balas Mikhail merendah diri.
"Kalau macam tu,saya akan tunaikan permintaan awak untuk menyamar jadi girlfriend awak."Kata Fiza memberi kata putus.
"Betul ni?Syukur Alhamdulillah...eh,dah lewat sangat dah ni,apa kata saya tolong hantar awak balik rumah?Lagipun saya tak rasa awak datang sini naik kereta sendiri,kan?"Kata Mikhail.Memang benar,Fiza belum memiliki kereta sendiri buat masa sekarang.Tadi pun dia ke mari dengan menaiki LRT sahaja.Setelah mempertimbangkan cadangan Mikhail,Fiza pun bersetuju untuk dihantar pulang ke rumah oleh Mikhail.Sebaik terpandangkan kereta Lamborghini kepunyaan Mikhail di tempat letak kereta,Fiza sekali lagi berasa terpengun terhadap diri Mikhail.Menurut pemerhatiannya,Mikhail tentu seorang yang berjawatan tinggi dalam kerjayanya.Setelah tiba di hadapan rumah Fiza,Mikhail pun memberhentikan kereta dan menurunkan Fiza di hadapan pagar rumahnya.Fiza mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih di atas semua pertolongan Mikhail pada hari itu.Setelah kereta Mikhail meninggalkan kawasan rumahnya ,Fiza pun masuk ke rumahnya dan terus menuju ke bilik mandi bagi membersihkan diri sebelum berehat.
_____________
Mikhail pov
Haih,kenapa bila aku tengok Fiza pakai dress tadi tu,aku rasa semacam jer.Tak pernah-pernah aku ada perasaan yang macam ni dekat mana-mana perempuan yang aku pernah jumpa sebelum ni.Aku ni dah jatuh cinta ke?Ishhh,apa yang aku tengah merepek ni.Tapi,kalau betul lah aku dah jatuh cinta dengan Fiza,okey juga.Lagipun,kan dia kena berlakon untuk jadi girlfriend aku nanti.So,aku mestilah ada perasaan untuk dia kan.Yalah,mana lah tahu kan,daripada girlfriend palsu,boleh jadi girlfriend aku yang sebenar.Kalau lah semua tu terjadi...akulah lelaki yang paling bahagia kat dalam dunia ni.