Bunyi muzik rancak memenuhi ruang dalam kelab malam itu.Helena yang sedang leka meneguk segelas arak buat kali kelima hanya mengabaikan sahaja tangan-tangan liar yang menyentuhnya di sana-sini.
"Mikha,Mikha...kenapa lah you ni bodoh sangat.Apa kurangnya I nak dibandingkan dengan minah low class macam dia tu.I seribu kali ganda lebih baik dari perempuan kampung tu.You,you bagitau I apa kurangnya I ni?"Soal Helena yang telah mabuk kepada seorang lelaki yang duduk bersebelahan dengannya.
"You tak kurang apa-apa pun,Lena...You lah perempuan paling perfect yang pernah I jumpa selama ni.Dah lah cantik,seksi...pandai menggoda pula tu.Eiii,geram I tengok muka you ni tau.Rasa macam nak ngapp you kat sini jer."Balas lelaki itu,sambil memicit mesra dagu Helena.
Helena menghadiahkan sebuah senyuman buat lelaki itu sebelum menangkap tangannya dan menghentikan perbuatan lelaki itu daripada terus mencuit dagunya.
"Tapi,kenapa Mikha tak boleh cintakan I?Dah lama I cintakan dia,tapi sekali pun dia tak pernah nak balas rasa cinta I..."keluh Helena lagi.Nampaknya,diri Helena telah dikuasai sepenuhnya oleh pengaruh arak.Fikirannya juga semakin bercelaru dibuatnya."Alah,you lupakan aje lah mamat tu.Takpe,kalau dia tak nak dekat you I kan ada?I boleh bagi you lebih banyak daripada yang mamat tu bagi pada you.Kalau untuk perempuan secantik you ni,apalah sangat kalau I bazirkan duit I sejuta dua."Pujuk lelaki itu lagi,sambil mengurut lembut bahu Helena.
Terbuntang Mata Helena sejurus sahaja mendengar apa yang baru diucapkan oleh lelaki yang berada di sampingnya.Helena yang sudah pulih sepenuhnya daripada pengaruh alkhohol itu mengambil peluang untuk meneliti penampilan pemuda tersebut dari atas ke bawah.Hmm,not bad...handsome juga mamat ni,nampak macam kaya aje.
"Erm...siapa nama you ni ya?Dari tadi you asyik temankan I tapi,nama you pun I belum tahu lagi."Kata Helena dengan suara yang manja.
"Oh,my name is Badrul but,mostly people call me,Benny.Or,more formal Tengku Benny."Kata Benny sambil memperkenalkan dirinya dengan penuh senang hati.Nampaknya,usahanya untuk menarik perhatian Helena sedari tadi membuahkan hasil.
"Oh,you anak Tengku?What a suprise!Can I know who's your father?"Soal Helena yang mula menunjukkan minat untuk berkenalan dengan Benny.
"Of course you can!My daddy's Dato'Tengku Jusni.He's the owner of J&B Company Sdn.Bhd.It's one of the richest company in Malaysia."Kata Benny dengan penuh bangga.
"Wait,you are the son of Dato'Tengku Jusni?What a small world!Daddy I memang berkawan rapat dengan daddy you.Mustahil you tak kenal I,Helena.Helena Tan Sri Baharin."Daddy I pemilik syarikat Firma Juara Holdings Sdn.Bhd."Kini,tiba giliran Helena pula memperkenalkan dirinya.
"Wait a second,what did you say?You ni Helena?Helena anak uncle Baharin.Hey!I didn't expect to meet you tonight. Dah lama I bercadang nak jumpa you,tapi tulah kan...I dengar you bakal disatukan dengan Tengku Mikhail,jutawan terkemuka Asia tu.So,I pun batalkan je lah niat I nak pergi melawat you."Luah Benny.Kedengaran dari nada suaranya seakan-akan orang yang kecewa sahaja bunyinya.
"Tsk,itu dulu...sekarang ni pun,Mikha dah kahwin dengan perempuan lain.So,I rasa takde gunanya lagi I pergi goda Mikha.Lagipun,I rasa Mikha mesti dah bahagia dengan isteri dia."Jujur Helena.Sebentar tadi,dia merasakan satu kekecewaan yang teramat sangat kerana dia telah kalah pada perempuan seperti Fiza.Helena berasa seakan-akan dia tidak akan dapat meneruskan hidupnya seperti biasa semula.Namun,semuanya berubah setelah dia mula mengenali Benny.Helena tidak tahu mengapa,tapi ada sesuatu pada diri Benny yang telah membuatkan Helena menyukainya.Malah,mungkin saja Helena telah mencintai Benny dalam diam.
"So,sekarang ni you takde sesiapa lah?"Soal Benny lagi.Dia ingin memastikan bahawa Helena memang tidak mempunyai pasangan sebelum menyatakan isi hatinya.Sebenarnya,semua ini telah dirancang oleh Tan Sri Baharin sendiri.Tan Sri Baharin ingin menjodohkan Helena dengan Benny,namun Mummy Helena pula berkeras hendak bermenantukan Tengku Mikhail.Dek kerana itulah,sejurus saja mereka mendapat tahu bahawa Tengku Mikhail sudah mendirikan rumah tangga bersama Fiza,mereka terus menjalankan rancangan,iaitu Benny diarahkan untuk mengikuti ke mana saja yang Helena pergi,dan jika ada peluang Benny harus menggunakan peluang itu untuk cuba merapatkan dirinya dengan Helena.Malah,lebih baik jika dia berjaya membuatkan Helena jatuh cinta pada dirinya dengan sendirinya!
"Yeah,I guess so.I think I wanna move on from Mikha and find someone else to be my lover?What do you think about my idea,Benny?"Soal Helena yang inginkan pendapat daripada Benny pula.
"Well,if you want to do so...I'm okay with it.As a long as you happy.Or,maybe...I can be your true lover starting from today on?"Kata Benny,cuba berbasa-basi.
"Wait,Ben...are you serious?"Soal Helena yang terkejut mendengar pengakuan berani mati yang baru sahaja keluar dari mulut Benny sebentar tadi.
"Kenapa pula I nak bergurau?I'm serious Lena.I really love you."Luah Benny sambil meraih kedua belah tangan Helena lalu digenggamnya erat.
Helena pula terkedu tatkala mendengar luahan hati Benny sebentar tadi.Benarkah Benny adalah jodoh yang Helena nantikan selama ini?Apa maksud disebalik pertemuan mereka pada hari ini?Helena menjadi buntu memikirkannya.
