Mikhail sedang membawa Fiza menuju ke satu tempat sambil tersenyum.Dia pasti bahawa Fiza akan menyukai tempat itu nanti.
"Abang...sebenarnya kita nak ke mana ni?Dari tadi Abang drive,tapi kita tak sampai-sampai juga ke tempat tu."Tanya Fiza yang mulai bosan.Mana taknya,mereka keluar dari rumah daddy tadi pukul 9 pagi,sekarang ni dah dekat pukul 11 pagi dah mereka di atas jalan raya.
"Sabarlah sayang...sekejap lagi kita dah nak sampai.Nanti bila dah sampai,baru Abang bagitau sayang ek?"pujuk Mikhail sambil mencubit lembut pipi isterinya yang sedang monyok disebelahnya.
Mikhail membelok di satu simpang dan akhirnya memberhentikan keretanya dihadapan sebuah rumah banglo dua tingkat yang cukup besar dan mempunyai halaman rumah yang cukup luas.
"Okey,sayang.We're here.Keluarlah sayang."Kata Mikhail sambil membukakan pintu kereta buat Fiza ala-ala gentleman gitu.Fiza menapak keluar dari kereta dan terpengun melihat banglo dua tingkat yang cukup indah itu.Lalu Fiza pun berkata,"Wah!Cantiknya banglo ni...tapi kita buat apa dekat sini,Abang?Banglo siapa ni?"Soal Fiza yang kehairanan.
Mikhail tersenyum memandang Fiza lalu berkata,"Actually,ni lah rumah baru kita sayang.Abang baru beli dua hari lepas.Lagipun,Abang rasa sekarang ni masa yang sesuai untuk kita ada rumah sendiri.Sampai bila kita nak tinggal dengan daddy ataupun papa kan,sayang?Nanti bila kita dah ada anak,senanglah anak kita nak main dengan selesa sebab rumah ni kan besar?Tak adalah anak kita terhantuk ke,atau terlanggar dinding bila main dalam rumah nanti."
"Betul ke ni,Abang?Banglo ni rumah baru kita?Saya tak mimpi kan?"Soal Fiza bersungguh-sungguh.
"Ya,sayang.Betul lah ni rumah baru kita.Sayang tak mimpi pun lah."Kata Mikhail lalu tertawa melihat reaksi isterinya yang terlebih teruja itu.Macam budak-budak dapat lolipop pun ada gaya Fiza ni.
"Are you serious?I love you Abang!I love you so much!"Ucap Fiza lantas mengucup pipi kanan Mikhail sehingga membuatkan Mikhail ketawa.
"I love you too,Sayang.Dah,jom kita masuk dalam.Boleh juga kita tengok-tengok rumah baru kita ni."Kata Mikhail lalu menarik tangan Fiza mengikutinya masuk ke dalam.
Rumah mereka sudah lengkap dengan segala perabot.Dapurnya pun amat luas dan cantik,senanglah Fiza nak buat kerja di dapur selepas ni.Dalam rumah mereka ada lima bilik kesemuanya.Dua bilik di tingkat bawah dan tiga bilik lagi berada di tingkat atas.Bilik tidur utama terletak di tengah-tengah berhadapan anak tangga di tingkat atas.Dua bilik yang berada di sebelah kanan bilik tidur utama merupakan bilik tidur bagi kanak-kanak.Sementara satu bilik yang berada di tingkat bawah bersebelahan dengan dapur merupakan bilik tetamu dan bilik yang berada di ruang paling belakang di tingkat bawah merupakan bilik kerja Mikhail.Di halaman belakang rumah mereka pula terdapat sebuah kolam renang yang besar dan sebuah meja kopi mini.
Setelah puas menjelajah setiap pelosok rumah baru mereka,Fiza dan Mikhail pun duduk berehat di ruang tamu bagi melepaskan lelah.
"So,macam mana dengan pilihan Abang?Sesuai tak dengan taste sayang?"Soal Mikhail pada Fiza.
"Sesuai sangat Abang!Pandai Abang pilih rumah.Dah lah luas cantik pula tu."Kata Fiza lalu tersenyum memandang Mikhail.
"Kalau sayang suka dengan rumah ni,alhamdulillah...kalau macam tu,esok kita pindah masuk rumah ni.Malam ni kita bagitau daddy dengan mummy pasal kita nak pindah rumah sendiri,okey?Sayang jangan risau pasal mummy tu.Tahulah Abang nak cakap apa nanti."Kata Mikhail pada Fiza.
"Okey,Abang.Harap-harap mummy tak marah sebab kita nak pindah rumah ni.Abang pun tahukan mummy tu macam mana?Saya tak nak lah nanti mummy kata saya yang nak bawa Abang pindah rumah dan pisahkan Abang dari mummy."Kata Fiza meluahkan rasa bimbang dihatinya.
"Sayang jangan risaulah.Tahulah Abang nak explain kat mummy."Ujar Mikhail.
