Bab 53

960 37 0
                                    

   "Jemput minum Zainal,Qashri...maaflah dapat sediakan teh'O' jer.Maklumlah...barang dapur belum beli lagi."Kata Encik Abdullah merendah diri.

    "Alah...takpe.Tak payah susah-susah...ini pun dah cukup mewah ni."Gurau Dato'Tengku Zainal.

     "Hah,Mikha dengan Fiza ada beli cenderahati sikit dari London untuk semua.Boleh lah tengok apa isinya.Maaflah,tak sempat nak beli banyak...sibuk sangat pergi bersiar-siar dengan London tu.Cantik jer bandar dia."Kata Mikhail sambil menghulurkan beg berisi hadiah pada setiap ahli keluarga mereka.

     "Terima kasihlah nak...susahkan kamu berdua pula beli hadiah bagai untuk kami yang kat Malaysia ni."Kata Encik Abdullah dengan senyuman.

       "Errr...Fiza ada benda nak cakap sikit ni.Benda ni agak penting jugalah.Dan,Fiza rasa ini masa yang sesuai untuk bagitau semua orang khususnya papa,mama dan Abang Qri."Kata Fiza bernada serius.

       "Err...apa benda yang penting sangat tu dik??"Soal Fiqri curiga.

       "Mama,papa,Abang...Nenda dengan Uncle Steve kirim salam kat semua.Dan,Fiza pun dah bagitahu Abang Mikhail hal yang sebenar masa  kitorang terjumpa nenda.Jadi,eloklah rasanya kita bagitahu semua orang."Kata Fiza pula.

        "Baiklah,kalau itu yang terbaik.Ayahanda akan bagitahu hal sebenar pada mereka semua."Kata Encik Abdullah pula.

         "Apa bendanya tu,Dullah?"Soal Dato' Tengku Zainal.

          "Yang sebenarnya...nama saya bukannya Abdullah...tapi,nama sebenar saya ialah Prince George Henry Manhattan dan saya merupakan putera Raja England."Jujur Encik Abdullah.

            "Apa??!Dullah ni Prince George Henry Manhattan?!!Putera Raja England yang menghilangkan diri dulu tu?"Soal Dato' Tengku Zainal dalam nada yang tinggi.Sungguh,dia tidak sangka dapat menjadi biras pada Putera Raja England yang cukup terkenal itu.Rasa macam semua ni satu mimpi buatnya dan Qashri.

         "Betul tu,Zainal.Beta lah putera Raja England yang menghilangkan diri lima tahun lalu."Kata Encik Abdullah.Alur bicaranya juga turut diubah menjadi cara percakapan kerabat diraja.

           "Maafkan kekhilafan patik selama ni,Tuanku.Patik tak tahu yang Tuanku ni berkerabat Diraja."Kata Dato' Tengku Zainal,memohon maaf.

            "Tidak mengapalah...yang penting sekarang ni kita dah jadi satu keluarga.Jadi,apa gunanya Beta berahsia tentang identiti sebenar Beta pada kamu semua.Kamu jangan risau,walaupun Beta berketurunan Diraja England,tapi Beta tetap seorang muslim.Setiap Muslim itu kan bersaudara?"Tutur Encik Abdullah lembut sekali.

     "Lega Patik bila Tuanku kata begitu.Rasanya inilah masa yang sesuai untuk kita adakan majlis perkahwinan Fiza dan Mikhail.Masa majlis tu nanti,bolehlah Tuanku dedahkan identiti sebenar Tuanku pada semua yang hadir terutama sekali isteri Patik.Biar dia rasa malu dengan apa yang dia dah cakap pada Fiza sebelum ni."Kata Dato' Tengku Zainal.Dia ingin memberi isterinya pengajaran di atas sikapnya yang terlalu mementingkan darjat keturunan seseorang dan terlalu cepat menilai seseorang hanya melalui penampilan sahaja.

     "Kalau semua dah setuju...baguslah.Lagipun,benda baik tak elok ditangguh-tangguhkan."Kata Encik Abdullah lagi.

       Fiza memandang wajah keluarganya satu persatu.Akhirnya,mereka semua boleh hidup dalam suasana yang aman dan gembira selepas ini.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now