Datin Fazlina sedang menikmati medicure bersama Helena di spa peribadi milik keluarga Helena.Apa lagi,suka lah Datin Fazlina apabila dapat menikmati rawatan spa yang mewah dan berteknologi tinggi.Secara PERCUMA!Untunglah nasib badan,ada orang nak belanja.Padahal,ini semua cuma salah satu taktik Helena untuk menambat hati Datin Fazlina agar Helena dapat memasuki tangga teratas dalam senarai menantu pilihan bagi keluarga Dato' Tengku Zainal.Bijak kan,Helena?Bijak dalam mengambil kesempatan...
"So,how auntie?Do you like It?"Soal Helena yang sedang leka menikmati facial treatment.
"I love it so much!Thanks dear..."Ucap Datin Fazlina lalu tersenyum ke arah Helena yang berada di sebelahnya.
"Anything for you,auntie....Therefore,you're my future mother in-law right?So,this cost nothing."Ucap Helena manis.Saja lah tu,nak ambil hati...
"Ni yang buat auntie sayang Lena sangat-sangat ni.Auntie akan pastikan Lena kahwin juga dengan Mikha,no matter what happen.Lena satu-satunya menantu pilihan auntie,bukan orang lain."Ujar Datin Fazlina bersungguh-sungguh.
________________________
"Bye,Lena.Thanks for such a wonderful day."Ucap Datin Fazlina sebelum bersalaman manja bersama Helena.
"It's just a small matter,auntie.Lain kali,kita keluar lagi?Ok auntie,I have to go now because I had something to do.Bye..."Ucap Helena sebelum masuk ke dalam keretanya dan meninggalkan halaman rumah keluarga Dato' Tengku Zainal.
Datin Fazlina yang baru saja masuk ke dalam rumahnya,disapa oleh Dato' Tengku Zainal yang kebetulan sedang duduk di ruang tamu.
"Hah,awak ni dari mana?Dari semalam tak balik rumah.Ke mana awak ni,yang?"Soal Dato' Tengku Zainal sambil melipat surat khabar di tangannya dan meletakkannya di atas meja.
"Alah,abang ni...saya keluar dengan bakal menantu saya lah,Helena.Semalam,kami pergi KL Central,sampai hari dah larut malam,lepastu kami tidurlah kat Grand Hotel.Alah,abang ni...bukannya selalu.Lagipun,saya bukannya keluar dengan orang lain.Bakal menantu saya juga!"Kata Datin Fazlina selepas melabuhkan punggungnya di sofa.
"Saya tak kisah kalau awak nak keluar dengan Helena tu...tapi sekurang-kurangnya awak telefonlah saya,bagitau yang awak nak keluar.Tak pun,boleh jer awak Whatsapp anak-anak.Ni tak.Awak main keluar jer.Buat saya dan anak-anak risau aje."Nasihat Dato' Tengku Zainal kepada isterinya.
"Yalah,saya janji lepasni saya tak buat lagi."Balas Datin Fazlina,acuh tak acuh sahaja.
"Hah,alang-alang awak dah ada kat rumah ni.Mikhail ada benda sikit nak bagitahu kat awak."Kata Dato' Tengku Zainal lagi.Setelah itu,beliau memanggil Mikhail dan Qashri untuk turun ke ruang tamu.
Mikhail yang keluar dari biliknya sambil berpimpin tangan dengan Fiza menimbulkan tanda tanya dalam fikiran Datin Fazlina.Setelah mereka semua berada di ruang tamu,Dato' Tengku Zainal pun memulakan bicaranya.
"Okey baguslah kalau semua dah ada kat sini.Daddy ada hal penting yang nak..."Belum sempat Dato' Tengku Zainal menghabiskan bicaranya,Datin Fazlina terlebih dahulu memotong.
"Jap,kau buat apa dekat sini?Kan aku dah kata,aku tak suka kau!"Jerkah Datin Fazlina kepada Fiza menyebabkan Fiza tertunduk tanpa kata dibuatnya.
"Mummy tak boleh cakap macam tu kat Fiza!"Bela Mikhail.Sungguh hatinya agak terguris melihat isterinya yang tercinta diherdik sedemikian rupa oleh mummynya sendiri.
"Awak...kawal perasaan awak tu.Hal yang ni lah,saya nak bagitahu awak.Fiza ni sebenarnya isteri Mikhail yang sah,menantu awak!"Kata Dato' Tengku Zainal membuatkan Datin Fazlina terjerit kerana tidak mempercayai hakikat yang sudah berlaku.
