Mikhail kini semakin tidak tentu arah.Jiwanya kacau disebabkan kehilangan isterinya.Habis berselerak pejabat dibuatnya.Mikhail memaksa dirinya untuk kembali semula ke pejabat kerana memikirkan kerjanya yang semakin menimbun akibat selalu diabaikan tidak terusik.
"Sayang...baliklah.Abang rindukan sayang sangat-sangat.Abang tak boleh hidup tanpa sayang di sisi Abang..."keluh Mikhail sambil meraup kasar mukanya menggunakan kedua belah telapak tangan.
"Bila masa saya tinggalkan Abang?Saya kan sentiasa ada di sisi Abang selama ni.Saya tak pernah tinggalkan Abang pun."Kata Fiza yang tiba-tiba muncul dihadapan Mikhail.
Bulat mata Mikhail tatkala terlihat Fiza yang sedang berdiri dihadapannya kini.Tangannya laju menggosok kedua-dua biji matanya bagi memastikan ianya benar.
"Sayang?Betul ke sayang dah balik pada Abang?I'm missing you with my whole heart,dear wifey..."Luah Mikhail lalu dengan pantas dia meluru ke arah Fiza dan memeluknya dengan erat kerana takut kehilangan Fiza buat kali kedua.
Tapi,apa yang Mikhail harapkan tidak menjadi kenyataan.Dia hanya memeluk angin kosong yang bertiup dihadapannya.Bayangan Fiza sebentar tadi turut hilang dengan serta-merta.Mikhail terpinga-pinga sebentar sambil otaknya cuba memproses apa yang baru saja berlaku sebentar tadi.Seketika kemudian,Mikhail melepaskan satu keluhan yang berat dari mulutnya.
Tiba-tiba kedengaran ketukan pada pintu biliknya.Mikhail menyuruh orang tersebut masuk dengan suara yang lemah sekali.Seketika kemudian,muncul wajah Raffiqi di muka pintu sambil tersenyum memandang Mikhail.Mikhail pula memberi reaksi sebaliknya.Habis berkerut dahi mulus miliknya melihat figura dihadapannya ini.Raffiqi melangkah masuk ke dalam dan terus duduk di kerusi yang berada di hadapan Mikhail tanpa dipelawa.
"Weii,bro.Kau dah kenapa?Tengok aku macam nampak hantu jer.Kau ada problem ke?"Soal Raffiqi selamba.
"Aku terkejut doh...entah macam mana kau boleh muncul dalam company aku ni.Sebelum ni,tak pernah pun aku bagi kau apa-apa information pasal company ni.Tu lah pasal aku terkejut macam nampak hantu tadi.Tambahan pula muka kau tu tak handsome macam muka aku ni.Dah serupa hantu dah aku tengok."Gurau Mikhail lalu tertawa kecil.Namun,bibirnya kembali meluahkan keluhan halus dan wajahnya kembali muram seperti tadi.
"Aku yang handsome macam Fattah Amin ni kau kata serupa hantu?Kejam weii....oh,ya lupa pula nak bagitau kau.Mulai hari ni syarikat kita akan bekerjasama dalam satu projek.So,aku sebagai wakil syarikat datang untuk discuss hal ni dengan kau.Lagi satu,tak payah nak terkejut sangatlah kalau aku tahu pasal company kau ni.Satu dunia dah tahu,maklumlah company kau kan viral satu Asia Tenggara ni.So,banyak jer pun information yang aku boleh dapat melalui internet dan media sosial."Kata Raffiqi sambil menyilangkan kedua belah tangannya ke dada.
"Ya tak ya,juga.Aku pun lupa yang company aku ni agak famous dalam media sosial.So,kalau macam tu.Aku berbesar hati nak bekerjasama dengan company korang untuk projek yang kita bakal uruskan nanti.Terima kasih sebab sudi pilih company aku untuk turut serta dalam projek ni."Kata Mikhail lalu tersenyum senget dan berjabat tangan bersama Raffiqi.
"Thanks sebab sudi terima tawaran aku.Anyway,kau ni dah kenapa Mikhail?Aku tengok serabut semacam aje.Kau ada apa-apa problem ke yang kau rasa nak share dengan aku.Mana tahu,kot-kot aku boleh tolong kau cari jalan penyelesaian untuk problem kau tu."Kata Raffiqi,prihatin.Maklumlah,mereka berdua juga sudah berkawan dengan baik sekarang.Jadi,wajar rasanya Raffiqi membantu Mikhail kali ini.
"Entahlah,Raff...aku pun tak tahu nak cakap macam mana.Fiza dah tinggalkan aku.Aku dah kecewakan dia,Raff.Tapi,ni semua salah Helena tu.Dia yang fitnah aku dan dia lah penyebab Fiza lari jauh dari aku.Aku dah tak tahu nak cari isteri aku kat mana,Raff.Aku buntu....Aku betul-betul dah putus asa.Fiza...dah tak perlukan aku lagi dalam hidup dia."Kata Mikhail lalu airmatanya mengalir tanpa disedari.Sungguh,hatinya benar-benar terluka saat ini.Tiada satu ubat pun yang boleh mengubat luka dihatinya kecuali Fiza kembali semula ke pangkuannya.Hanya itu yang dia inginkan saat ini.
"Yakah...no wonder kau jadi misserable macam ni.Takpe,aku yakin yang lambat-laun kau pasti akan berjumpa semula dengan Fiza.Aku tak rasa yang Fiza akan lari jauh dari sini.Sabarlah,ya bro."Kata Raffiqi sambil menepuk lembut bahu Mikhail ingin memberinya semangat.
"Thanks,bro.Kau memang kawan yang boleh diharap.Aku bangga dapat jadi kawan kau walaupun aku dah jadi suami pada Ex-Girlfriend kau."Kata Mikhail terharu akan keprihatinan yang diberikan oleh Raffiqi.
"Takde hal lah.Kita kan kawan?Hm...aku rasa aku tahu Fiza ada kat mana sekarang ni.Tu pun,kalau firasat aku ni betul lah."Kata Raffiqi.
"Kau tahu Fiza ada kat mana?Weii,bagitau aku dia kat mana sekarang ni.Aku nak jumpa dia sangat-sangat.Aku nak explain semua benda yang dah jadi kat dia."Gesa Mikhail tidak sabar ingin bertemu dengan sang isteri.
Raffiqi hanya tersenyum memandang Mikhail yang kembali bersemangat.Kemudian,Raffiqi pun bersuara."Aku rasa Fiza ada kat Mersing,Terengganu.Dia stay kat rumah bestie dia,Hanis.Sebab setahu aku,Hanis ni lah satu-satunya bestie Fiza dari sekolah menengah lagi.Diorang memang selalu jumpa kalau masing-masing ada problem."
"Betul ke?Thanks."Ucap Mikhail.
