Bab 8

1.5K 50 0
                                    

~you just want attention,you don't want my heart~

"Assalamualaikum,Fiza.Awak tengah buat apa tu?Teringat kat saya ke?"Gurau Mikhail lalu tertawa kecil.

"Waalaikumussalam.Saya tengah bersembang dengan Abang sayalah.Takde maknanya nak ingatkan awak tu.Macamlah takde benda lain yang saya nak buat.Hah,ni kenapa tiba-tiba call ni?Ada apa-apa ke?"Tanya Fiza kembali.

"Sebenarnya saya nak ajak awak keluar ke satu tempat yang special.Jom,keluar."Ringkas saja ayat yang dituturkan oleh Mikhail.

"Hah,kat mana?Awak ni nak berkias-kias pulak.Bagitau jerlah kan lagi senang.Tak payahlah saya susah-susah nak pergi sana sini cari tempat tu."Kata Fiza sedikit bimbang.

"Oh,awak tak perlu risau sebab saya yang akan datang jemput awak nanti.Sekarang awak pergi siap-siap dulu,ok?Dalam setengah jam saya datang jemput awak kat rumah.Oh,sebelum terlupa,boleh tak awak share location awak kat saya?"

"Okay,jap."Fiza terus send location kat Mikhail guna Google Maps."Done It".
     
      "Okay,good.Lagi 15  minutes saya sampai.Bye,Fiza...."Kata Mikhail sebelum mematikan talian.

         Fiqri yang diam sedari tadi akhirnya bersuara bagi memecahkan kesunyian.
        
          "Hah,kan Abang dah kata.Mesti boyfriend adik yang call kan?Kenapa? dia ajak adik keluar ke?"

             "Ha'ah...dia ajak adik keluar, jap lagi dia sampai sini.Dia kata dia nak ambik adik dalam 30 minit lagi."
               
                "Hah,kalau macam tu,adik pergi siap cepat.Nanti dia dah sampai,biar Abang panggil adik,okey?"
        
                "Okey,Abang Qri,terima kasih."Balas Fiza sebelum terus berlalu ke biliknya bagi memperkemaskan dirinya dan bersiap-siap untuk keluar bersama Mikhail sebentar lagi.

                _______________________
   
  "Hmmmm,nak pakai baju yang mana satu ni?Semua nampak cantik jer."Bebel Fiza di hadapan pakaiannya sendirian.

     Fiza akhirnya membuat keputusan untuk mencuba kesemua pakaiannya dan melihat rupanya di hadapan cermin terlebih dahulu.

     10 minit kemudian...

         Fiza akhirnya berpuas hati dengan rupanya.Fiza memakai dress ungu yang pernah dibelikan Mikhail buatnya tempoh hari .Fiza mengoleskan sedikit pelembap bibir untuk menyempurnakan tatariasnya.Rambutnya dilepaskan sebelum dilicinkan menggunakan pemanas rambut.Setelah berpuas hati,Fiza terus keluar dari biliknya  menuju ke ruang tamu untuk memperlihatkan rupanya kepada Fiqri bagi meminta pendapat daripada Abangnya.
   
      "Abang Qri,okey tak rupa adik?"Tanya Fiza sambil berdiri dihadapan Abangnya.

        "Cantiknya adik Abang ni.Mesti boyfriend adik terpikat habis lepasni."
Komen Fiqri sambil tersenyum melihat adiknya sendiri.

            Fiza gembira mendengarkan pujian daripada Abangnya.Tidak lama kemudian,bunyi kereta Mikhail kedengaran di luar rumah.Fiqri mengiringi Fiza keluar sambil mencuri pandang ke arah Mikhail.Mikhail keluar daripada keretanya dan terkedu melihatkan kehadiran Fiqri di situ.Secara tiba-tiba,Mikhail berasa gementar untuk berhadapan dengan abang iparnya.Oops,"BAKAL"abang iparnya.Hehehehe.....
       
            Mikhail memberanikan dirinya untuk bertegur sapa bersama Fiqri.

            "Apa khabar?Nama saya Mikhail,teman lelaki Fiza."kata Mikhail sambil menghulurkan tangan bagi berjabat tangan bersama Fiqri.

              Fiqri tersenyum sebelum membalas huluran tangan Mikhail dan memperkenalkan dirinya.

              "Khabar baik.Nama Abang,Fiqri.Abang Fiza,panggil Abang Qri jer."
   
        Mikhail tersenyum sejurus mendengarkan perkataan "ABANG" yang diucapkan oleh Fiqri sebentar tadi.Nampaknya,dah dapat restu daripada bakal abang ipar.

           "Baik,Abang Qri.Saya minta izin bawa Fiza keluar ya?kami pergi dulu,Assalamualaikum."Kata Mikhail meminta diri.Fiza bersalaman dengan Abangnya sebelum masuk ke dalam kereta Mikhail.Sejurus selepas itu,Mikhail memecut kereta laju hingga hilang dari pandangan Fiqri.
    

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now