Fiza membetulkan gaun putih yang terletak elok pada badannya.Gembira betul hatinya apabila keluarga mereka bersetuju untuk mengadakan majlis resepsi antaranya dan Mikhail pada hari ini.
Pintu biliknya diketuk dari luar.Setelah Fiza menyuruh orang diluar masuk,terlihat mamanya Tengku Haslinda Ameliath tersenyum gembira melihatnya yang sudah selesai bersiap.
"Cantiknya anak bonda ni...dah macam Puteri dah gayanya."Komen Tengku Haslinda Ameliath.Belum sempat Fiza ingin membalas komen mama,Fiqri pula melangkah masuk ke dalam bilik adiknya dan menyambung ayat mamanya tadi.
"Bukan cantik macam Puteri bonda,memang Puteri dah pun.Puteri dalam hati Mikhail.Hahahahaha...."Ketawa Fiqri setelah menghabiskan ayatnya tadi.Mamanya turut sama tertawa mendengar ayat yang dilontarkan Fiqri itu.Fiza pula hanya diam tidak berkutik kerana mukanya telah merona merah menahan malu.
"Eeeiii...Abang kalau tak kalau Adik sehari memang tak sah kan.Nasib baik Adik dah kahwin dengan Abang Mikhail,tak payahlah Adik nak menghadap muka Abang Qri setiap hari."Kata Fiza,sengaja.
"Hmmm....yalah.Mentang-mentang dah dapat suami kacak,terus Abang dia ni dilupakan.Siapa lah kita ni nak dibandingkan dengan suami dia tu kan."Kata Fiqri,buat-buat merajuk dengan Adiknya.
"Tak mungkinlah Adik lupakan Abang.Abang kan satu-satunya Abang Adik sampai bila-bila.Adik sayang Abang sangat-sangat."Tutur Fiza lantas memeluk erat tubuh Fiqri.
"Yalah...Abang pun sayang Adik sampai bila-bila.Lepasni dah takde dah orang nak bermanja dengan Abang dekat rumah.Sunyilah Abang lepasni."Kata Fiqri,sayu.
"Kalau Abang tak nak sunyi,Abang kahwinlah cepat-cepat.Adik dah tak sabar nak dapat kakak ipar ni."Gurau Fiza lantas mencetuskan tawa mereka semua.
"Okeylah,jom Adik.Suami Adik dah tunggu Adik dekat luar tu.Lepasni kan majlis resepsi.Tetamu pun dah ramai dalam dewan majlis."Kata Fiqri sebelum mengundur diri terlebih dahulu bersama mama mereka.
"Lah...kamu ada kat luar rupanya,Mikhail.Hah,pergilah masuk dalam.Fiza pun dah siap dah tu."Kata mama kepada Mikhail yang berada di luar bilik.
"Baik,mama.Kejap lagi kami pergi ke dewan ya.Mikha masuk dulu ya."Kata Mikhail sebelum melangkah masuk ke dalam bilik Fiza.
"Cantiknya isteri Abang ni.Dah macam Cinderella dah Abang tengok.Cair terus hati Abang dibuatnya."Gurau Mikhail sambil tersenyum penuh menggoda pada pandangan Fiza.
"Abang pun kacak juga hari ni.Kalau saya macam Cinderella,Abanglah Putera Raja saya."Kata Fiza membalas pujian suaminya.Memang benar kata Fiza,Mikhail kelihatan lebih tampan hari ini berbanding hari-hari sebelumnya.Tuksedo yang digayakan Mikhail berwarna senada dengan Fiza.Ditambah pula dengan mata coklat milik Mikhail,menyerlahkan lagi ketampanannya.
"Jom kita pergi ke dewan sekarang.Majlis dah nak mula kejap lagi."Kata Mikhail.
"Okey,Abang."Kata Fiza.
"Can we go now,Mrs.Mikhail?"Kata Mikhail sambil menghulurkan lengannya pada Fiza persis seorang Putera Raja.
"Yes we can,Mr.Mikhail."Kata Fiza lantas memaut mesra lengan sasa milik Mikhail.Mereka pun berjalan beriringan memasuki dewan majlis resepsi.