"Eh,bukanlah...sa-saya cum-cuma teringatkan masa saya stu-study dulu.Sebab...hah!Saya dan kawan-kawan saya selalu datang sini kalau kami free atau masa hujung minggu."Kata Fiza tergagap-gagap sebentar.Harap-harap Mikhail percaya cakapnya!
Mikhail memandang tajam ke dalam mata biru Fiza.Dia ingin mencari kebenaran di sebalik kata-kata Fiza sebentar tadi.Fiza terus meyakinkan Mikhail dengan senyuman manis yang penuh ikhlas diukirkan pada wajahnya.Akhirnya,Mikhail tersenyum senang dengan reaksi Fiza.Lega sungguh hatinya kerana Fiza tidak akan berlaku curang kepadanya.
"Kalau macam tu,baguslah...lega saya rasa.Hah,sebenarnya saya ajak awak datang sini untuk bawa awak pergi shopping barang-barang kita."Kata Mikhail penuh teruja.
Namun,kata-kata Mikhail itu menambah tanda tanya dalam diri Fiza."Barang-barang kita"?
"Maksud awak?"Soal Fiza inginkan kepastian.
"Yalah.Maksud saya preparation untuk majlis pertunangan kita hujung minggu ni."Tambah Mikhail dengan teruja.
"Tapi....mama dan papa saya belum balik dari Sydney lagilah.Saya pun tak pasti kalau mama dan papa saya setuju dengan perkahwinan kita yang terlalu cepat ni."Kata Fiza,menyuarakan kebimbangannya.
"Oh...pasal tu,awak tak perlu nak risau sebab daddy saya dan hubungi papa awak semalam.Daddy juga dah bagitau pasal kita pada mama dan papa awak.Dan berita baiknya,mama dan papa awak setuju dengan perkahwinan kita!"kata Mikhail semakin teruja.
"Kalau awak dah cakap macam tu...syukurlah.Saya tak sangka papa dan mama saya setuju.Eh,awak ni.Tadi kata nak pergi beli barang-barang kita kan.Jomlah pergi sekarang!"Kata Fiza dan terus menarik tangan Mikhail menuju ke dalam pusat membeli-belah.Mikhail pula sudah mengukir senyuman bahagia di wajahnya.
Fiza dan Mikhail pergi membeli barangan hantaran seperti,kasut,beg tangan,minyak wangi,telekung,kasut tinggi serta barangan makeup sebagai hantaran.
Setelah selesai membeli barang-barang yang diperlukan,Mikhail membawa Fiza ke kedai makan bagi mengisi perut mereka memandangkan telah masuk waktu lunch,Mikhail membawa Fiza ke satu restoran yang berdekatan bagi mengisi perut mereka.
"Terima kasih tau,Mikhail sebab sudi belanja saya hari ni."Ucap Fiza setelah mereka selesai melakukan pesanan.
Mikhail tersenyum memandang Fiza sebelum berkata,"It's okay.Lagipun,tak lama lagi kan,awak akan jadi tunang saya.Jadi,saya mestilah sanggup lakukan apa saja untuk awak kan?"Ucap Mikhail penuh ikhlas sambil menggenggam erat kedua-dua belah tangan Fiza.
Air mata Fiza,menitis tatkala mendengar kata-kata indah yang diucapkan oleh Mikhail itu.Sungguh,Fiza rasa sungguh bahagia kerana berjaya memenangi cinta lelaki dihadapannya ini.
"Alololo...janganlah nangis,awak.Saya tak sukalah bakal tunang saya ni sedih-sedih.Nanti tak cantik.Cuba senyum sikit."Pujuk Mikhail,manja.
"Ishh!Awak ni...ada-ada jerlah."Kata Fiza,sambil memukul lengan Mikhail lembut.Mengundang tawa pasangan itu.
Tiba-tiba,seorang lelaki yang memakai kaca mata hitam datang menghampiri meja mereka berdua sambil melemparkan senyuman.
"Hai,Fiza.Tak sangka kita akan berjumpa dekat sini,kan?Awak masih ingat saya tak?"Kata lelaki tersebut sambil menanggalkan kaca mata hitamnya sekaligus mempamerkan wajah sebenarnya kepada Mikhail dan Fiza.
Mikhail hanya memandang lelaki tersebut dengan seribu satu pandangan.Macam mana lelaki itu boleh mengenali Fiza?Siapa sebenarnya lelaki tersebut,dan apa kaitannya dengan Fiza?
Sebenarnya,Fiza sudah berdebar-debar memandang wajah lelaki tersebut.Setelah lama tidak berhubung,kenapa dia muncul kembali dalam hidup Fiza?
