Bab 46

1K 40 1
                                    

     Fiza dan Mikhail telah dijemput oleh Raja dan Permaisuri England untuk bertandang ke istana mereka.Fiza begitu senang hati mendengarnya,nampaknya ahli keluarga papanya agak senang untuk dibawa berurusan.

       Tidak berapa lama kemudian,mereka pun tiba di istana.Mikhail tergamam seketika melihat dekorasi kawasan istana yang begitu mewah.Di tengah-tengah laman istana terdapat satu pancuran air gergasi yang cukup cantik.Para pengawal pula sentiasa mengawasi istana dan kawasan sekitarnya.

        Fiza dan Mikhail masuk ke ruang tengah istana diiringi pembantu istana,Sir Jonathan.Mereka berdua dimaklumkan bahawa sudah lama ahli keluarga diraja menantikan kedatangan waris Prince George untuk menghadap yang mulia Raja.Ada hal yang ingin dibincangkan mengenai kerajaan,katanya.

       "Your Highness,there are already here.Can I go and continue with my duties,Your Highness?"Tanya Sir Jonathan sambil menunduk hormat.

         "Yes you may,Jonathan.Both of you come here please."Titah yang mulia Raja kepada Mikhail dan Fiza.Yang Mulia Permaisuri turut ada bersama mereka pada hari ini.

         Mikhail dan Fiza datang menghampiri Baginda dan berdiri penuh hormat dihadapan kedua-duanya.

          "Please,have a seat."Jemput Yang Mulia Raja.Mikhail dan Fiza menurut perintah Baginda.

           "Before I start,do you prefer me to speak in English or...in Malay?"Soal Baginda Raja.Hal ini membuatkan Fiza terkejut,begitu juga Mikhail.

            "Tuanku boleh bertutur dalam bahasa melayu?"Tanya Fiza berhati-hati.

            "Mestilah beta boleh bertutur dalam bahasa melayu.Ianya merupakan salah satu bahasa yang perlu beta pelajari di dunia ini."Ucap Baginda sambil tertawa kecil diikuti Yang Mulia Permaisuri.

              "Kalau itu yang Tuanku selesa...syukurlah.Tak perlulah kami susah payah menerangkannya."Kata Fiza sambil menghembus nafas lega.

               "Kamu kata kamu puteri kepada anakanda George betul?"Soal Yang Mulia Raja kepada Fiza.

               "Benar Tuanku.Kalau Tuanku tidak percaya, ini dia dokumen asal  dan sijil lahir saya yang sah."Kata Fiza sambil menghulurkan kedua-dua item tersebut pada Baginda.

                Baginda Raja menyambut huluran Fiza dan menyemak dokumen serta sijil lahir Fiza bersama Yang Mulia Permaisuri.Setelah selesai menyemak kesemua dokumen tersebut,Baginda berdua tersenyum tanda berpuas hati.Baginda menyerahkan semula dokumen tersebut pada Fiza.

              "Nampaknya kamu memang tidak menipu.Kamu sememangnya puteri kepada anakanda beta.Apa khabar anakanda dan keluarga kamu di Malaysia?"Tanya Baginda prihatin.

               "Alhamdulillah Tuanku.kami semua dalam keadaan yang baik.Papa turut mengirimkan salam pada seluruh kerabat diraja."Tutur Fiza lembut.

            "Kalau begitu kata kamu,syukurlah...Oh,ya.Kamu tak perlu lah nak formal sangat.Panggil ja Nenda.Lagipun,kamu kan cucu nenda juga?"Seloroh Baginda Raja.

             "Baiklah,nenda.Saya menurut perintah"Kata Fiza.

               "Oh,ya boleh nenda bertanya.Siapa jejaka yang bersama kamu ni,Syafiza?"Soal Baginda merujuk kepada Mikhail yang duduk disamping Fiza.

               "Oh,lupa pula nak kenalkan.Ini Mikhail,suami saya."Kata Fiza memperkenalkan Mikhail pada datuk dan neneknya.

              "Oh,nama anak ni Mikhail.Suami kamu ya,Fiza?Tak sangka kamu ni dah mendirikan rumah tangga di usia muda."Kata Baginda Raja.

              "Err,kalau tak silap nenda kamu ni Tengku Mikhail kan?Tengku Mikhail anak Dato' Tengku Zainal,betul?"Soal Baginda pada Mikhail inginkan kepastian.
   
               "Ya,betul tu nenda.Saya anak kepada Dato' Tengku Zainal."Kata Mikhail mengiyakan.

                 "Macam mana nenda boleh kenal suami saya?"Soal Fiza hairan.Seingatnya,ini kali pertama keluarga Diraja England bertemu suaminya,Tengku Mikhail.

                "Memanglah nenda kenal suami kamu.Dia kan jutawan terkemuka di Asia Tenggara sana.Lagipun banyak artikel di internet mengenai Mikhail ni."Jelas Baginda Raja.Kini,giliran Fiza pula melopong tanda tidak percaya.Tengku Mikhail,suaminya itu...seorang JUTAWAN?!!Dan yang lebih mengejutkan ialah Mikhail sangat terkenal di Asia Tenggara!Aduh,dia yang menetap di Malaysia sendiri pun tidak tahu mengenai perkara ini.Inikan pula datuknya yang tinggal nun jauh di England!Aduh,memalukan betul lah Fiza ni...

                "Abang,kenapa Abang tak pernah bagitahu saya pasal benda ni?"Fiza menyoal Mikhail.

                "Lah...sayang tak pernah tanya Abang apa-apa pun.Abang main aci senyap jer lah.Lagipun,sayang pun rahsiakan Abang pasal diri sayang yang sebenar kan?So,kira adil lah..."Balas Mikhail.

                 "Dahlah tu.Tak payahlah nak gaduh.Kamu berdua kan suami isteri."Nasihat Baginda Permaisuri.

                  "Baik,nenda."Balas Mikhail dan Fiza serentak.

              "Hah,alang-alang kamu berdua dah ada kat sini.Apa kata kalau malam ni kita bersantap sama-sama?Barulah meriah sikit."Cadang Baginda Raja.

                  "Baiklah,nenda."Jawab Fiza dan Mikhail serentak.
             
   

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now