Bab 45

1K 41 0
                                    

      Sedar tak sedar,Mikhail dan Fiza sudah hampir seminggu di England.Jelas sekali mereka amat menikmati percutian mereka di negara ini.

        Fiza termenung di atas London Bridge memikirkan keluarganya yang berada di England ini.Sedikit sebanyak Fiza agak kecewa kerana tidak berjaya bertemu dengan seorang pun ahli keluarga diraja.Fiza juga ingin mengenali keluarga papanya dengan lebih dekat sama seperti keluarga mamanya di Malaysia.Sudahlah mereka tidak pernah pulang ke England dan melawat keluarga diraja,apabila dia sudah berada di England pula,mereka tetap tidak dapat bertemu antara satu sama lain.Kasihan sekali...

       Mikhail menyedari Fiza yang asyik termenung sejak tadi lagi.Entah apa yang sedang berlegar difikirannya pun Mikhail tidak tahu.

       Tidak lama kemudian kedengaran bunyi yang riuh dari kawasan berdekatan mereka.Mikhail dan Fiza memalingkan kepala mereka serentak ke arah bunyi tersebut dan menuju ke sana dengan segera bagi melihat apa yang sedang berlaku.

         Setibanya di lokasi keriuhan tadi,mereka dapat melihat perarakan khas daripada keluarga diraja England yang sedang berlangsung.Tidak semena-mena,Fiza terkaku sebentar.Adakah Allah memakbulkan doanya sebentar tadi?

         Tiba-tiba,salah seorang dari kerabat diraja dapat menangkap wajah Fiza yang berada tidak jauh dari mereka.Dia menggosok kedua-dua belah matanya seakan-akan tidak percaya dengan apa yang dilihatnya.Baginda mengarahkan perarakan dihentikan dengan serta-merta.Semua pengunjung terkejut terhadap tindakan baginda.Baginda turut membisikkan sesuatu pada Raja yang duduk disebelahnya.Tidak lama kemudian,Raja keluar dari kenderaannya dan mula berjalan di antara rakyat jelata.

       Mikhail berasa hairan apabila menyedari langkah baginda semakin hampir kepada dirinya dan Fiza.

       "May I ask you something,Young Lady?"Soalnya kepada Fiza.

        "Yes,you may.Your Higness."Balas Fiza lantas menunduk hormat.

          "Are you Syafiza Henry Manhattan,daugther of Prince George Henry Manhattan?"Soal baginda inginkan kepastian akan tekaannya.

           Mikhail memandang wajah Fiza bagi melihat reaksinya.Mikhail sendiri masih tidak faham akan situasi yang sedang berlaku.Siapa pula Prince Henry Manhattan,dan apa kaitannya dengan Fiza?

              Fiza mengangkat wajahnya perlahan sebelum akhirnya dia menjawab,
  
              "Yes,Your Higness.I am Syafiza Henry Manhattan,the daugther of Prince George Henry Manhattan.I am your grandchild."Tutur Fiza yakin.Mikhail disebelahnya sudah terlopong mendengarnya.Fiza,isterinya yang tercinta berketurunan Diraja England?Biar betul?

               _______________________

      Hah!Terkejut tak?Hehehe....Apa akan jadi lepasni pula ya?Kasihan Mikhail tidak tahu apa-apa.Hohoho...
   
         Nantikan di bab yang seterusnya!

        Jangan lupa vote dan komen tau.

     

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now