Bab 22

1.1K 37 0
                                    

Pejam celik,pejam celik...hari ni merupakan hari kepulangan Tengku George Henry dan Tengku Haslinda Ameliath.Siapa mereka?Siapa lagi kalau bukan mama dan papa Fiza dan Fiqri.Hehehehe...

Kejap,jadi Fiza ni sebenarnya anak orang kaya lah?

Betul tu,Fiza ni memang anak orang kaya.Bukan kaya biasa-biasa....kaya yang luar bisa....

____________________________

"Aduh,mana pula Abang Qri ni?Kata nak pergi jemput mama dengan papa dekat KLIA 2 hari ni....tapi dari tadi tak pandai turun dari bilik dia..."Omel Fiza tidak puas hati.Mana taknya,dah dekat sejam Fiqri bersiap kat atas tu,entah apalah yang dibuatnya.Mengalahkan anak dara bersiap.

"ABANG!CEPATLAH SIKIT!NANTI KITA LAMBAT SAMPAI KAT AIRPORT,KESIAN PAPA DENGAN MAMA TUNGGU!!!"Jerit Fiza sekuatnya.Biar padan dengan muka Fiqri,siapa suruh lambat sangat,kan dah kena jerit oleh adik sendiri.

Akhirnya,Fiqri turun dengan muka tak bersalah langsung.Siap tersengih-sengih lagi.Amboi,suka ya!

"Sorry,adik sebab buat adik tunggu lama.Dah,jom kita gerak sekarang!"Balas Fiqri.

Tanpa banyak soal,Fiza dan Fiqri terus menaiki kereta menuju ke KLIA 2 secepat yang mungkin.

_____________________________

KUALA LUMPUR INTERNATIONAL AIRPOT 2

Encik Abdullah serta puan Linda baru keluar dari pesawat QZ691.Lega sungguh hati bila dapat pulang semula ke tanah air setelah seminggu berada di Sydney,Australia.

Sedang seronok mereka menolak troli bagasi,terlihat Fiza dan Fiqri melambai-lambai mereka penuh ceria.

"Papa,mama!Adik rindu sangat kat papa dan mama..."luah Fiza tatkala memeluk erat kedua orang tuanya.Encik Abdullah serta Puan Linda membalas pelukan Fiza sebelum memeluk Fiqri pula.Setelah itu,mereka menuju ke kereta bagi pulang ke rumah.

Di dalam kereta,mereka semua sibuk bercerita sesama sendiri lebih-lebih lagi bercerita mengenai hubungan Fiza dan Mikhail yang telah pun diketahui oleh Encik Abdullah dan Puan Linda sejak tiga hari yang lalu setelah dimaklumkan oleh Tengku Zainal melalui panggilan telefon.

"Papa dan mama dah berbincang dengan uncle Zainal mengenai pertunangan adik dengan Mikhail.Kami dah setuju nak adakan pertunangan hujung minggu ni dekat rumah kita.Tarikh nikah pula,dua minggu selepas kamu berdua bertunang."Kata Encik Abdullah dengan tenang.

"Papa dan mama tak rasa cepat sangat ke?Yalah,baru dua minggu bertunang terus mereka nak nikah.Papa dan mama dah fikir masak-masak ke,tentang perkara ni?Kahwin ni bukannya benda yang boleh dibuat gurau pa,benda ni melibatkan masa depan adik."Soal,Fiqri bimbang mengenai keputusan yang dibuat oleh mama dan papa mereka.

"Takpe lah.Abang,elok juga kalau kami nikah cepat-cepat.Daripada dibiarkan lama-lama,bukan ke tak elok?"Ucap Fiza secara rasional.

"Kalau itu yang terbaik untuk adik,Abang setuju.Abang doakan adik bahagia dengan Mikhail dan semoga semuanya akan berjalan lancar."Doa Fiqri sambil tersenyum.
"Amiiiin......"Doa mereka satu keluarga.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now