Bab 4

2.2K 79 0
                                    

Mikhail pov

Lantak lah!Naik Lamborghini pun Lamborghini lah.Betulnya,aku nak naik kereta sport jer tadi pergi sana tapi,aku lupa kereta tu si Qashri bawa pergi Terengganu pula.

Okey,sekarang ni aku nak pakai baju apa eh?Orang keluar pergi dating selalunya pakai baju apa?Nak pakai baju formal ke kasual ni?Ehh....jap bila masa aku nak keluar gi dating pula ni.Aku nak keluar jumpa Fiza je lah sebab aku nak bincang dengan dia benda penting.Tapi,kalau keluar berdua tu sama lah macam dating kan?Hehehehe...ada-ada betul kepala otak aku ni nak rancang benda bukan-bukan.Tapi,aku harap sangat Fiza dapat terima benda yang aku nak sampaikan kat dia ni.Takut nanti dia pengsan sebab terkejut.Ya ALLAH,kau permudahkan urusanku!

Beberapa minit kemudian.......

Akhirnya Mikhail pun tiba di Bangsar Village dengan selamat.Selepas pergi letak kereta,Mikhail terus memasuki Dunkin'Donuts dan Mikhail sangat bertuah pada petang itu kerana sebaik melangkah masuk ke dalam,Fiza merupakan orang pertama yang dilihatnya.Dengan senyuman yang cukup manis bak gula melaka,Mikhail terus menuju ke arah Fiza secepatnya.
        Fiza yang baru sahaja ingin beredar dari situ,terus membatalkan niatnya sebaik sahaja terlihat Mikhail yang sedang tersenyum menuju ke arahnya.Sebaik sahaja Mikhail melabuhkan punggungnya di kerusi yang terletak berhadapan dengan Fiza,Mikhail terus memohon maaf di atas kelewatannya sebentar tadi.Tanpa membuang masa,Mikhail pun memulakan perbincangan di antara mereka berdua.
          "Okey,tujuan saya ajak awak jumpa saya hari ni senang jer.Saya nak awak jadi girlfriend saya."Tenang saja intonasi suara Mikhail ketika menyatakan hasratnya untuk bertemu dengan Fiza petang ni.Habis terbeliak mata Fiza mendengar penjelasan daripada Mikhail sebentar tadi.Mikhail nak jadikan perempuan macam dia ni sebagai girlfriend?Sihat ke tak mamat ni.Baru dua kali jumpa dah ajak aku jadi makwe dia?Fiza terus bersuara setelah agak lama terkaku.
         "Awak ni,janganlah bergurau benda-benda macam ni.Saya tak suka lah."
           "Siapa kata saya gurau?Saya serius lah nak awak jadi girlfriend saya.Lagipun,awak sorang jer yang boleh tolong saya sekarang ni."Nada suara Mikhail kedengaran benar-benar berharap agar Fiza bersetuju untuk menjadi teman wanitanya.Demi mengelakkan Fiza semakin tertanya-tanya,Mikhail pun menceritakan apa yang telah berlaku kepadanya.
        "Awak,sebenarnya situation dia sekarang ni,mummy dengan daddy saya dah plan nak kahwinkan saya dengan anak kawan diorang."Belum sempat Mikhail menghabiskan luahannya,Fiza terlebih dahulu memintas cakapnya.
          
             "Baguslah kalau macam tu.Awak tak payahlah susah-susah cari girlfriend lagi.Terus jerlah kahwin dengan perempuan pilihan keluarga awak tu."
                 "Tapi masalahnya,saya tak berkenanlah kat perempuan pilihan keluarga saya tu.Jadi,untuk elakkan diri saya daripada kahwin dengan dia, saya pun bagitaulah kat parent saya yang saya ni dah ada  girlfriend dan saya takkan kahwin dengan mana-mana perempuan pun kat dalam dunia ni kecuali dia."Mikhail menyampaikan kata-katanya dalam satu nafas sahaja.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now