Bab 9

1.4K 50 0
                                    

     Di dalam kereta,Mikhail memandu dengan penuh cermat dan berhati-hati walaupun mindanya mengarahkan dirinya untuk berpaling melihat Fiza yang sedang duduk bersebelahan dengannya.Sungguh,Mikhail mengaku,sedikit sebanyak dia telah tergoda melihat Fiza,tambahan pula kini Fiza telah bersetuju untuk mengikuti rancangan yang telah diaturkan olehnya.Jadi,mulai hari ini dia akan lebih banyak meluangkan masanya bersama Fiza.Meskipun,mereka hanya sekadar berpura-pura menjadi pasangan kekasih bagi mengelakkan dirinya disatukan dengan pilihan keluarga,Mikhail amat pasti terhadap firasat hatinya yang mengatakan bahawa Fiza merupakan wanita yang paling tepat untuk menjadi peneman hidupnya sepanjang hayat.

        Fiza hanya membatukan diri sepanjang perjalanan mereka.Bukan apa,Fiza sebenarnya segan menaiki kereta secara berdua-duaan dengan Mikhail meskipun ini bukan kali pertama mereka menaiki kereta bersama.Fiza berasa segan apabila teringatkan pengakuan Mikhail di hadapan abangnya sebentar tadi.Mikhail dengan penuh yakinnya menyatakan bahawa Mikhail adalah teman lelakinya!Sekaligus memberikan tanggapan kepada Fiqri bahawa mereka berdua sedang hangat bercinta!Aduh,malunya!!!Macam mana aku nak jawab bila Abang tanya nanti?Kalau Abang bagitahu hal ni dekat mommy dan daddy nanti,tentu teruk aku kena sakat nanti....Aduh,peninglah macam ni,serabut kepala otak aku!

      Mikhail yang sedari tadi ligat memerhatikan Fiza akhirnya memecahkan kesunyian diantara mereka."Fiza,awak ok tak ni?Kenapa awak senyap je dari tadi?Awak tak sihat ke?"
    
          Satu pertanyaan ringkas daripada Mikhail menyentak Fiza yang sibuk mengelamun dari tadi.Fiza mengukir satu senyuman manis di wajahnya lalu menjawab pertanyaan Mikhail tadi dengan tenang."Eh,taklah.Saya ok je,awak tak perlu risau pun.Saya cuma teringat kat mommy dan daddy saya,tu aje."

       "Macam tu ke?Baguslah kalau awak tak apa-apa.Oh,untuk pengetahuan awak,kita dah sampai ke tempat yang saya nak bawa awak tu.Jom,kita turun."Ujar Mikhail sebelum meletakkan keretanya.Mikhail dan Fiza pun turun dari kereta dan dihadapan mereka terdapat sebuah rumah agam yang tersegam indah.Melihatkan rumah tersebut,menimbulkan tanda tanya di hati Fiza.Rumah siapa ni?Kenapa Mikhail bawa dia ke sini?

      "Fiza,jom kita masuk.Parents saya dah tunggu kita dekat dalam.Diorang dah tak sabar nak jumpa awak."Kata Mikhail dengan penuh ceria.Jelas terpapar kegembiraan di wajahnya tatkala menuturkan kata-katanya itu.

            "APA??!!!Parents awak???!!!"Balas Fiza tak percaya.Biar betul mamat ni....

                "Ya,parents saya dah tunggu kita dekat dalam.Mereka tentu tak sabar-sabar nak jumpa dengan bakal menantu diorang yang cantik ni.Mari kita masuk."Kata Mikhail sambil memimpin tangan Fiza untuk masuk ke dalam rumahnya.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now