Bab 85

1.2K 37 2
                                    

       Mikhail menemani Fiza ke hospital bagi menjalani temu janji dek kerana usia kandungan Fiza kini telah memasuki tempoh tujuh bulan.Fiza ingin melakukan baby scan namun Mikhail melarangnya berbuat demikian kerana,Mikhail ingin menyambut kelahiran bayi mereka dalam kejutan sama ada bayi pertama mereka lelaki ataupun perempuan.Selesai urusan di hospital,Mikhail mengajak Fiza untuk pergi ke Popular Book Store kerana Mikhail ingin membeli beberapa buah majalah keibubapaan sebagai persediaan untuk menjadi seorang bapa tidak lama lagi.

     "Sayang,jom kita pergi sana.Abang nak cari majalah Ibubapa  kejap.Kalau sayang nak beli apa-apa,sayang ambil je.Nanti Abang bayar ya?"Pelawa Mikhail sambil menarik tangan Fiza untuk masuk ke dalam kedai buku tersebut.Fiza berjalan menuju  bahagian novel.Ketika dia sedang leka memilih beberapa buah novel, tiba-tiba sebuah novel terlepas dari tangannya lalu jatuh ke lantai.Baru sahaja Fiza ingin mengambil novel itu,Mikhail yang muncul entah dari mana terus mencapai novel itu lalu menyerahkannya kepada Fiza semula sambil mempamerkan senyuman yang sungguh menawan.

      Fiza terpana sebentar melihat wajah tampan milik suaminya itu.Tak semena-mena,wajah Fiza terasa berbahang kemerah-merahan kerana malu.Aik,Fiza...dengan suami sendiri pun nak malu ke?

       "Te-terima kasih,Abang."Ucap Fiza malu-malu.Mikhail yang melihat reaksi isteri kesayangannya seakan-akan malu itu terus tertawa kecil dibuatnya.

          "Sama-sama,Sayang.Sayang kenapa ni?Malu ek?Alah,takkanlah dengan suami sendiri pun nak malu kot.Tapi,okey juga kalau sayang malu,sebab sayang nampak comel aje.Tambah pula tengah sarat mengandung ni,lagilah meletop-letop comel sayang tu."Puji Mikhail sebelum mencubit lembut kedua belah pipi isterinya yang agak kemerahan akibat malu yang teramat.Nasib baiklah hari ni tak ramai orang sangat,kalau tak lagilah malu jadinya nanti.

      "Dah jumpa buku yang sayang nak ke?Kalau dah,jom lah kita balik sayang.Lagipun Abang dah tak sabar nak balik rumah ni.Bolehlah Abang bermanja-manja dengan sayang hari ni."Kata Mikhail dengan penuh teruja.Sekali lihat,gaya Mikhail tak ubah seperti gaya seorang kanak-kanak.Dah nak jadi bapa budak pun masih kebudak-budakkan ke?Apalah Tengku Mikhail ni.Ish,Ish,Ish...

    "Dah,Abang.Saya nak beli buku ni je.Dahlah,jom kita pergi bayar sekarang,lepastu bolehlah kita balik rumah awal sikit."Kata Fiza kepada suaminya.

      "Okey,sayang..."Balas Mikhail.

          _____________________________

       "Sayang..."Kata Mikhail tatkala mereka berdua sedang seronok menonton tv di ruang tamu.Mikhail dengan selambanya membaringkan kepala di atas paha isterinya,namun Mikhail masih berhati-hati kerana dia tahu kandungan Fiza kini telah sampai tempoh tujuh bulan yang ertinya sebentar sahaja lagi,anaknya bakal lahir ke dunia dan menemui mereka semua.

         "Ya,Abang.Ada apa?"Balas Fiza lembut sekali.Wajah Mikhail diusap lembut oleh Fiza.Auch...romantiknya.

          "Masa kita dekat Popular tadi,sebenarnya Abang happy sangat.Sayang nak tahu sebab apa?"Soal Mikhail pada Fiza dengan teruja.

          "Kenapa Abang happy pula?Hmm,mungkin sebab Abang jumpa buku yang Abang nak tu?"Teka Fiza.

           "Bukanlah,Sayang.Abang bukannya happy sebab tu.Cuba teka lagi.Kali ni sayang kena teka betul-betul.Abang tengah serius ni."Balas Mikhail pula.

            "Bukan ke?Hmm...ke sebab Abang ada memori gembira dekat Popular tu?"Teka Fiza lagi.

            "Hah!Betul...pandai isteri Abang ni.Abang memang ada memori gembira pun dekat Popular tu,malah memori tu memori terindah dalam hidup Abang."Jelas Mikhail bersungguh-sungguh.

            "Yakah?Mesti sebab Abang jumpa dengan first love Abang dekat sana.Tu sebablah memori tu jadi memori terindah dalam hidup Abang."Sambung Fiza lagi.Tanpa dia sedari,dia sebenarnya telah mengimbau kenangan manisnya bersama Mikhail pada awal pertemuan mereka tidak lama dahulu.

           Mikhail yang berbaring sedari tadi terus duduk tegak menghadap isterinya sambil menggenggam erat kedua belah tangan mulus Fiza.Fiza hanya tersenyum lalu,turut sama berpaling menghadap wajah tampan milik suaminya itu.Bibirnya pula mengukir senyuman gembira.

           "Kalau sayang nak tahu,dekat situ lah Abang jumpa cinta pertama Abang.Dan,Abang mengaku yang Abang memang cintakan dia sepenuh jiwa Abang.Sekarang ni,Abang rasa happy sangat sebab perempuan yang Abang cintai tu dah jadi milik Abang yang sah.Sebenarnya,perempuan tu ialah sayang sendiri.Sayanglah cinta pertama dan terakhir Abang.Terima kasih sebab hadir dalam hidup Abang sayang...I love you,Fiza."Kata Mikhail penuh romantis lalu mengucup dahi isterinya penuh kasih.

      Fiza mengalirkan air mata kegembiraan tatkala mendengar ucapan penuh tulus yang terucap dari bibir suaminya.Dia membiarkan Mikhail mengucup dahinya sambil menangis terharu.Terima kasih,ya Allah kerana Engkau telah hadirkan seorang lelaki yang benar-benar mencintaiku sepenuh hatinya.

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now