Mikhail dan Fiza bangun awal pada pagi esoknya.Maklumlah,hari ini mereka bakal bertolak balik ke Malaysia.Tambahan lagi,mereka kini sedang menetap di istana negara England,bukannya hotel mereka.Maka,mereka perlu bersiap lebih awal ke hotel bagi menguruskan urusan check-out mereka dan terus bertolak ke lapangan terbang kerana penerbangan mereka ke Malaysia dijadualkan pada pukul 2 petang.Mereka perlu berangkat lebih awal supaya mereka tidak perlu kelam-kabut di saat-saat akhir nanti.
"Nenda,kami berangkat balik dulu,ya?Nanti,kalau ada rezeki dan masa terluang,kami datang melawat nenda di sini lagi."Kata Fiza tatkala menghadap nendanya.
"Yalah,Fiza.Kamu berdua hati-hati dalam perjalanan tau.Sampaikan salam sayang dari nenda untuk keluarga kamu di Malaysia."Kata Yang Mulia Raja dengan sebak.Maklumlah,mereka sudah lama tidak bertemu kan?Bila sudah bertemu,mereka hanya sekejap sahaja di sini.Apakan daya,ini semua takdir.
"Mikhail,kamu sebagai ketua dalam keluarga,harus pandai menguruskan keluarga kamu sebaiknya.Jangan lupa tanggungjawab kamu terhadap isteri dan anak-anak meskipun kamu harus mengutamakan ibubapa kamu.Lagi satu,kamu jaga cucu nenda ni sebaik-baiknya.Jangan pernah sakitkan hatinya dan buat dirinya kecewa.Hati perempuan ni lembut bak tisu Mikhail,muka terguris dengan setiap kata-kata dan perbuatan seorang lelaki.Ingat tu baik-baik tau."Kata Yang Mulia Raja sambil menepuk-nepuk bahu Mikhail.Rasa sayu pula hendak membiarkan kedua cucunya kembali ke tanah air mereka.Namun,apakah daya.Ini semua adalah satu ketetapan Yang Maha Mencipta.
"Okay,if everyone's ready,let's start our journey now.If not,we might stuck in the traffic jam."Kata Steve lalu melangkah keluar dan menuju ke kereta.
Mikhail dan Fiza turut masuk ke dalam kereta tidak lama selepas itu.Ketika enjin kereta mula dihidupkan,Fiza memalingkan mukanya ke luar dengan wajah yang sayu sekali.Fiza dan Mikhail melambai-lambai tangan mereka pada Yang Mulia Raja dan Yang Mulia Permaisuri tatkala kereta mula bergerak meninggalkan kawasan istana di belakang dan semakin jauh meninggalkannya.
