Datin Fazrina hanya merengus geram melihat kemesraan yang dipamerkan antara Fiza dan Mikhail.
Sakit hatinya melihat sinar kebahagiaan yang terpancar daripada pasangan dua sejoli itu.Mikhail dan Fiza datang ke sana untuk menikmati makan malam bersama.Tambahan pula,Mikhail ingin menyampaikan khabar gembira kepada mereka semua.Entah apa agaknya khabar gembira itu,Datin Fazrina tidak ingin mengambil peduli terhadap perkara tersebut.
"So,Mikha...tadi kau kata kau ada good news yang kau tak sabar sangat nak bagitau kitorang.Hah,apa lah good news kau tu?"Soal Qashri yang baru selesai makan.Serentak dengan itu juga, Dato'Tengku Zainal turut mengalihkan pandangannya ke arah Mikhail dan Fiza silih berganti.Sementara,Datin Fazrina pula sudah memberikan jelingan setajam pedang ke arah Fiza.Sakit hatinya melihat Fiza yang asyik tersenyum sahaja dari tadi.
"Okey,sebenarnya Mikha nak bagitau korang semua yang tak lama lagi Mikha akan...."kata Mikhail lalu mendiamkan diri selama beberapa minit.Mikhail sengaja memberikan aura-aura saspens kepada ahli keluarganya.
"Tak lama lagi Mikha akan apa?Boleh tak kau terus terang aje dengan kitorang?Tak payahlah nak main saspens-saspens semua ni.Berdebar-debar jantung aku kau tahu tak?"Marah Qashri yang sudah hilang sabar kerana Mikhail sempat pula mempermainkan mereka.
"Qash,apa cakap macam tu?Sabarlah,bagi Mikha cakap sampai habis dulu baru lah boleh bertanya.Hah,Mikha teruskan."Tegur Dato'Tengku Zainal lembut.
"Terima kasih daddy.Sebenarnya,tak lama lagi Mikha akan jadi ayah.Fiza dah mengandung anak kami sebulan lebih."Beritahu Mikhail sambil tersenyum bahagia lalu memeluk lembut bahu Fiza.Fiza turut tersenyum memandang kesemua ahli keluarga mertuanya.
Dato'Tengku Zainal dan Qashri terus mengucapkan syukur tatkala mendapat khabar yang jelas sekali menggembirakan itu.Namun,Datin Fazrina mencebik benci dalam diam."Macam mana perempuan tu boleh mengandung?Tak boleh jadi ni,aku kena buat sesuatu supaya kandungan dia gugur.Aku tak nak cucu yang lahir daripada perempuan sehina dia.Dia tak layak untuk lahirkan waris bagi keluarga ni."Monolog Datin Fazrina dalam hati.