Bab 32

1.1K 39 0
                                    

     Akhirnya,setelah lama berada di dalam kereta,Mikhail dan Fiza pun tiba di kediaman Mikhail.Fiza hanya bersahaja kerana dia sudah pernah hadir ke rumah Mikhail sebelum ini,jadi dia berasa kurang kekok.

         "Sayang,jom kita masuk."Pelawa Mikhail lantas menarik tangan Fiza erat ke dalam rumah.

            Ketika mereka masuk,kelihatan Dato' Tengku Zainal dan Qashri sedang berbual di ruang tamu.Mikhail menarik tangan Fiza lalu mara ke arah mereka berdua.  
   
             "Assalamualaikum daddy,kitorang dah sampai."Kata Mikhail lalu menyalam tangan daddynya kemudian Fiza turut melakukan hal yang sama.

               "Waalaikumussalam.Sampai pun kamu berdua.Dari tadi daddy tunggu korang."Kata Dato'Tengku Zainal kepada mereka.

               Qashri yang tidak memahami keadaan sebenar memandang Mikhail dan daddynya silih berganti.Setelah itu,matanya tertumpu pula kepada gadis yang bersama Mikhail itu.Cantik...kata hati Qashri,namun siapa gadis itu sebenarnya?

                "Oh,lupa pula nak kenalkan.Sayang,ni adik Abang,Qashri.Qashri ni masih student lagi.Umur Qashri ni pun lebih kurang umur sayang jer.Tapi,rasanya Qashri tua dua tahun dari sayang kot.Dan,Qashri,perkenalkan ni Fiza,isteri aku merangkap kakak ipar kau."Bicara Mikhail,lantas membuatkan Qashri ternganga.Seriuslah,perempuan cantik ni,kakak ipar aku?Melepas aku...
     
              "Kau merepek apa ni,Mikha?Kakak ipar?Bila masa pula kau kahwin ni?Jangan nak kelentong aku boleh tak?"Bicara Qashri,tidak puas hati.Macam mana dia boleh tak tahu yang Mikhail sudah beristeri ni?Setahu dia lah,Mikhail ni mana ada teman wanita sebelum ni.Tup-tup,dah kahwin dulu dari dia.Padahal,selama ni dia yang asyik tukar-tukar kekasih.

             "Betul tu,Qashri.Fiza ni memang isteri Mikhail,kakak ipar kamu.Daddy ada masa majlis pernikahan mereka kat masjid tadi."Jelas Dato' Tengku Zainal kepada Qashri yang kebingungan tika ini.

                "So,betul lah kau dah kahwin ni?Apa-apa jer lah.Ni,Mummy tahu tak yang kau dah kahwin?Setahu aku,mummy tu bukan main beriya lagi nak jadikan si Helena tu bini kau.Yalah,calon menantu kesayangan dia."Kata Qashri sekali lagi.

                "Tak nak aku dengan si Helena tu.Perangai tak semengah macam tu nak jadi bini aku?Tolong sikit...dengan kau sesuailah."Bidas Mikhail lagi.

                   "Aikk?Aku pula yang kena?Suka hati kau lah Mikha.Anyway,welcome to our family,Fiza.Congrats,for your wedding."Ucap Qashri dengan perangai playboy nya itu.

                   "Hah,dah-dah lah tu.Fiza,kalau kamu nak apa-apa,kamu bagitahu jer kat daddy atau Mikha.InshaAllah,daddy akan cuba tolong apa yang termampu."Ucap Dato' Tengku Zainal,ikhlas.

                    "Terima kasih,daddy.Tapi,Fiza tak nak lah susahkan daddy dengan abang Mikhail.Malu Fiza."Kata Fiza,jujur.

                       "Tak susahlah.Kamu kan,menantu daddy?Hah,korang berdua pergilah naik kat atas rehat.Nanti,pukul 8:30 daddy dah arrange kan dinner date untuk korang berdua.Korang pergi ya?"Ujar Dato' Tengku Zainal lagi.

                       "Baiklah,daddy.Kami naik atas dulu,ya?Assalamualaikum."Bicara Mikhail dan Fiza serentak sebelum Mikhail membawa Fiza ke bilik mereka.

   

Hmmm,Siapa Awak Sebenarnya?Where stories live. Discover now